Satu panggilan, satu semangat

hajiAlhamdulillah, satu semangat baru menyelinap masuk lantas sebuah kegembiraan yg hadir apabila akhirnya saya mendengar juga suara ibu yang sudah hampir dua minggu pergi menunaikan haji bersama ayah di sana.Hanya panggilan mereka yang kami nantikan, kerana mustahil untuk kami yang menghubungi lantaran bimbang akan mengganggu ibadah dan masa mereka di sana.

Baru saja tengahari tadi saya mendapat panggilan drpnya, yg bertanyakan khabar.Ibu dan ayah juga berada dalam keadaan sehat dan kini sudah berada di Mekah selepas meninggalkan Madinah.Perbualan yang ringkas dan sekejap saja, namun sudah memadai bagi saya.Ibu sempat menceritakan keadaan di sana.Katanya mereka sudah pergi melawat ke makam Rasulullah, makam Nabi Ibrahim dan banyak lagi tempat-tempat istimewa yang sudah dilawati.

“Akhirnya dapat juga berjumpa dengannya di sana,” cerita ibu sambil merujuk lawatannya ke Makam Rasululllah saw.Perlahan-lahan juga air mata mengalir, kerana merasakan bahagianya mereka, dan alangkah bahagianya juga jika saya diberikan peluang itu.

Ibu sempat bertanya jika saya mahukan apa-apa, dan saya hanya membalas, saya hanya mahukan doa.Doa untuk kesejahteraan dan kejayaan.

Jika sebelum2 ini saya cukup mencemburui teman-teman yang setiap hari boleh saja menelefon ibu bapa mereka bertanyakan khabar dan meminta doa drp ibu bapa mereka apatah lagi saat musim peperiksaan sudah memasuki fasanya, namun hari ini  Allah Yang Maha Adil dan Pengasih juga menggantikan kepada saya suatu nikmat.
Sekurang-kurangnya panggilan daripada Mekah itu telah menyuntik satu semangat baru yang segar dalam diri ini untuk berjihad melawan perasaan malas, mengantuk tatkala mata menghadap nota-nota kuliah yang harus dihadam untuk menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan.

Terima kasih ya ALLAH.Terima kasih ibu dan ayah.

doa1

Ya ALLAH, jadikanlah haji mereka haji yang mabrur, saie mereka saie yang disyukuri dan dosa mereka dosa yang diampuni, dengan rahmatMU ya ALLAH wahai yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.

doa2

Ya ALLAH kami memohon dalam perjalanan mereka kebaikan dan takwa dan segala amalan mereka Engkau redhai, mudahkanlah perjalanan mereka ini dan dekatkanlah jarak mereka yang jauh.Engkau sebaik-baik yang ditinggalkan (untuk menjaga) keluarga dan harta mereka, ya ALLAH kami berlindung dari halang rintang perjalanan dan buruknya pemandangan serta daripada keburukan masa kembali kepada harta dan keluarga, dengan rahmatMU wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Assalamulaikum wbt.

Rasanya belum terlambat lagi utk saya mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada teman-teman dan adik-adik junior yang dikasihi sekalian.( Hehe, orang lain dah lepas dua tiga paper dah pun minggu ni, aku je yang belum lps2 lagi)

Saat ini pasti ramai yg sedang struggle di sana sini, di bilik, di library, di cafe, di surau, di PI dan di mana saja ada ruang utk belajar selagi otak mereka comfortable.Jadi satu peringatan buat teman2 dan kpd tuan yang sedang menulis sendiri, ” Jangan sesekali mengabaikan kualiti ibadah rutin anda walaupun dalam super kalut mana anda sdg struggle stadi “.

Cukup mengecewakan dan sukar diterima akal jika ada yang memberikan alasan utk meninggalkan solat berjemaah, atau terlalu berkira utk menghadiri majlis ilmu walaupun sekejap dgn hanya bersebabkan nak spend masa yang lebih on study.Erk, tiba2 time macam tu la nak jadi rajin stadinya walhal sebelum2 ni tak macam tu pun.

Teman-teman,
Letakkanlah motivasi tinggi dalam apa saja tindakan anda yang ke arah mencapai redha ALLAH.
Musim exam ni la ALLAH beri kita peluang utk lebih banyak muhasabah diri.

Last but not least, semoga apa yang dikejar bukan lah kemahsyuran nama di dunia jika menjadi orang yang cemerlang, tetapi kejarlah apa yang dikatakan sbg REDHA ALLAH jika menjadi hambaNya yang sentiasa berusaha terbaik untukNYA.

Akhir kata, mohon maaf atas segala salah dan silap bagi yang pernah terasa hati dgn hamba.

Sekian wassalam.

p/s:
kpd shbt2 dan adik2 yang ade kehilangan pen dan pensil. bolehlah dtg berkunjung ke bilik sy utk mencari dan kenalpastinya, kerana sy ade byk koleksi/himpunan segala jenis pen pensil org yang sy kutip di dlm beg, kotak pensil, kereta, di kelas dan di surau.termasuk jugak kategory yang sy terambil mahupun kepunyaan sy sendiri yang sy ragui hak miliknya.

Maka semuanya sy himpunkan hampir nak penuh satu mug. :)



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

VIVA SEMALAM

ALHAMDULILLAH, rasa nak bagitau semua org sj yg saya benar-benar rasa release , gembira yg tak terhingga setelah selesai membentangkan PLANT DESIGN dalam viva semalam. !

h2Terima kasih kepada supervisor yg baik dan memahami, Prof Madya Noel Fernando dan juga kepada ‘papa Plant design USM’ kami, Prof Subhash Bhatia atas nasihat dan tunjuk ajar kpd ‘Hydrogen Power (M) Sdn. Bhd (company ku) dan tak lupa juga kpd my collègues Nad,Hajar dan wani.

Pelbagai ujian yang telah kami lalui sepanjang buat plant design ni, semuanya dilalui dgn kekuatan yg diberikan Allah.Pengalaman juga macam-macam.Kerana penat buat design ni la, sy tertidur hampir dua jam dalam kereta di parking desa dulu.

Kumpulan kami merupakan antara 3 kump terawal yang terpilih utk siri viva yang berlangsung selama 3 hari

h2

Our future hydrogen plant

sejak semalam dan akan berakhir esok..Pembentangan plant design kami, ‘THE PRODUCTION OF HYDROGEN USING AUTOTHERMAL REFORMER ‘memakan masa hampir satu jam setengah semalam walaupun setiap kump hanya dihadkan untuk membentangkan selama satu jam sj.Ha apa dah jadi?

Semua berjalan spt biasa, dgn panel examiners kami Dr Zainal dan Dr Hekarl uzir.Cuma yang jadi lama tu sebab viva kump kami juga semalam telah dipilih untuk dihadiri oleh panel industry, En Zulkifli Ibrahim, Manager Plant operation department, dari Petronas Fertilizer Kedah.

logo04_nHeh, macam-macam pengalaman rasa sepanjang viva, dan memang betul la org industry ni mata dia dah betul-betul mcm mata x-men, ada je yg dia Nampak.ada jugak yg kantoi.tapi takpa, byk yang kami belajar, dgn teguran yang membina.Selesai viva pun, En zul minta utk bertemu kami secara personal, memberi nasihat dan komen-komen yang membina.Baik hati sungguh manager petronas ni.Dan semua nasihat yg diberikannya akan kami guna utk improve lagi projek plant design kami ni utk sem depan pulak.

pfd

New pfd

Saya sudah puas berehat dari semalam smp ke petang ni.Terima kasih ya ALLAH.Maka hari ni bermula la study week, tutup dulu cerita plant design..buka pulak buku cerita Effluen Engineering dan Petroluem.

Dan tahniah juga kpd yg baru selesai viva hari ni (tokei company yang buat ethyl hexanol , Aini dan Maya , dan tokey company yang buat baja urea, Raihana dan Syikin.) , dan good luck kepada teman-teman yg bakal viva esok. kpd wana yang buat plant hydrogen peroxide( isk ni bahan racun perosak ni) , kami p makan RFC dulu  .

Ok sekian sj drp sy.(ada byk lg agenda nak buat lepas ni)

WASALAM.

Special thanks dedicated to PLANT DESIGN lecturers
from Hydrogen Power (M) Sdn Bhd:

Dr. Bhatiaw

papa Plant Design, Prof Subhash Bhatia

Dr. Fernandow

Good supervisor, Assoc Prof W.J Noel Fernando

Dr. Zainalw

Aspen Plus specialist :) , Dr Zainal Ahmad

INSYAALLAH


Gratisan Musik

 

A BEAUTIFUL SONG BY MAHER ZAIN

 

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

 


Protected: Catatan Syawal 1430H

This post is password protected. To view it please enter your password below:


SALAM EID MUBARAK

DARIPADA

NOR NAIMAH ROSYADAH AHMAD

Mohon maaf atas segala salah dan silap kepada sesiapa yang mengenali diri ini.Semoga Ramadhan yang berlalu berjaya mentarbiyah kita menjadi insan yang lebih baik dari hari semalam.Dan Syawal ini menjadi momentum untuk kita terus ke depan, istiqamah dalam hasil pentarbiyahan Ramadhan.

Sekian,

Jemput datang raya bagi yang sudi datang:)

GUNUNG KEHIDUPAN

scenery02

Aku melihat kelibat bayangan gunung nan tinggi tu.

Di hadapan ku, tersergam gunung tinggi itu, dan beserta pada gunung tinggi itu kelihatan bayangan denai dan satu laluan.

Laluan yang ku lihat itu sudah hampir sebahagian perjalanan menuju ke puncak gunung.

Lantas hadir satu suara berbisik, “ Itulah kehidupanmu, yang engkau kini sudah separuh perjalanannya.

Aku seolah-olah bertanya pula ,” Gunung itu terlalu tinggi, mampukah orang yang melaluinya meneruskan perjalanan ke puncaknya?”

Suara itu membalas,” Engkau yang menentukannya..Dan terletak kepada pilihanmu untuk terus meneruskan perjalannya atau tidak.Jika engkau tidak meneruskannya, engkau akan selama-lamanya berada di atas gunung itu tanpa ke mana-mana, atau engkau kelak akan jatuh bersama-sama runtuhan gunung tersebut.Namun jika engkau meneruskan perjalananmu ke puncaknya, engkau akan selamat.”

************************************************************************

Dan tiba-tiba saat itu jasadku sudah benar-benar berada di atas gunung yang tadinya aku melihatnya dari jauh.

Tempatku berpijak itu kelihatan gersang dan retak di sana sini dan di situ juga terdapat seolah-olah bayangan bangunan yang hampir runtuh dindingnya.Dan tiba-tiba muncul satu gegaran yang seolah-olahnya menandakan gunung itu akan runtuh.Aku terpaku.Tidak tahu harus berbuat apa. Menyelamatkan diri? Tetapi tidak tahu harus ke mana, di situ hanyalah diriku seorang diri dalam gegaran gunung yang dahsyat.

Dan saat itu muncullah seolah satu suara dan kekuatan dari sudut jiwaku.

Ianya berbisik, “ Cepat teruskan berusaha, engkau yang menentukan sama ada engkau akan membiarkan dirimu tenggelam dalam runtuhan ini atau engkau akan selamat darinya.

Saat itu aku seolahnya mengetahui bahawa di situ terdapat satu gerbang yang jika aku melaluinya aku akan selamat dr dunia runtuhan gunung ini.Tetapi bukankah hampir sudah terlambat? Pintu itu hampir tertutup sudah.

Namun entah apa kekuatan dan suara yang mendorong diriku saat itu untuk lari sekuat hati menuju ke gerbangan itu walaupun pintunya hampir tertutup sudah hingga mustahil ruang bukaannya untuk seorang manusia melepasinya.
Aku berlari sekuat hati menujunya dan kini hampir terus pada gerbangan itu yang . semakin kecil bukaan pintunya.Mustahil!Mustahil aku boleh melepasinya.Namun aku tetap berlari,seolah-olahnya mahu saja aku merempuh pintu yang sudah hampir tertutup itu.

Namun entah apa keajaiban yang berlaku, dari celahan pintu yang hampir tertutup itu muncullah satu sinar cahaya yang menarik jasadku ke arahnya, lantas membawaku dan menyelamatkan aku dari dunia runtuhan itu.

Dan muncullah satu suara yang berbisik ,’’ Sesungguhnya atas rahmat Tuhanmu yang menyelamatkanmu yang melihat kesungguhan hambaNya yang berusaha dan bersungguh-sungguh.”

<