‘”Erti Syukur”….saya suka bnr pd lagu unic ini.walaupun rancak tp liriknya cukup menyentuh jiwa.Mmg benar,lagu nasyid terutamanya yg berirama ’slow’ dn sentimental blh dipanggil sbg hiburan yg mendidik jiwa tp pd sy itu bergantung jg.Mksudnya lagu nasyid yg rancak juga sbnrnya blh mendidik jiwa jika liriknya cukup bermkna dn menyentuh hati serta jiwa insan yg bergelar hamba.Mendgr akn lagu erti syukur ini kdg2 membuatkn sy mengalirkan air mata, menghayati akn bait2 kalimahnya walaupun lg ini bernada rap…
Bercakap ttg lagu ini juga membuatka sy teringt akn satu pnglman sy x lama dulu.Ketika itu, sy berada di bilik selepas menunaikan solat maghrib dn bersiap2 utk ke klas ganti pd mlm itu.Kebiasaanya tingkap bilik sy akn dibiarkan terbuka sj walaupun pd waktu mlm.sambil bersiap2, tb2 sy terdengar seakan2 intro lgu ini.sangkaan sy mgkin lg ini dipasang oleh roommate sy krn waktu itu laptop sy sudahpun disimpan.sy membiarkan sj smbil terus bersiap2.tb2 sy terpaku sebentar.bunyi itu bknnya dtg dari laptop roommate sy.saat itu baru sy tersedar, nada intro yg seakan2 lg erti syukur itu dtgnya dr luar tingkap blk sy,ykni kicauan seekor burung…Wallahualam
******************************
ERTi SYUKUR
Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah…
Segalanya yang kukecapi
Adalah milikmu Ilahi [Tuhan Maha Pemurah]
Takkan terbalas walaupun sebesar zarah
Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan [Lepas dari pandangan]
Bila hilang barulah dikesalkan
Adakalanya aku hanyut
Adakalanya ku terlupa
Adakala aku leka
Ampunilah…
Keranaku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisi-Mu
Seringkali terlupa nikmat-Mu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut nama-Mu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmat-Mu
Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka
Dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa
Nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku gilap keimanan
Ku tingkat ketakwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan
Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman
Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta sebalinya
ALLAH Maha Mengetahui
Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padamu
Sebagai tanda ku nilai
Rahmat-Mu Tuhan
Aku bersyukur Ya ALLAH
Segala pemberian-Mu padaku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang kukecapi
Adalah milik-Mu Ilahi [Tuhan Maha Pemurah]
Bukan milikku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah
Sesungguhnya solatku
Amalku, hidupku, matiku
Kerna ALLAH Yang Satu
Kuserahkan segala hatta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
Kepada-Mu Yang Esa.
Filed under: nasyidul islami










“Adakalanya aku hanyut
Adakalanya ku terlupa
Adakala aku leka
Ampunilah…”
sungguh hidup ini tidak dpt lari dari melakukan kesilapan apatah lg sifatnya manusia itu mudah lupa.
lagu ni mmg bezz..