madah untuk wanita solehah

537241637m.jpg

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.Salam perjuangan untuk sahabatku ,
Wanita solehah.

“Wanita hiasan dunia ,Seindah hiasan adalah wanita solehah”

8 Responses

  1. Wanita solehah itu ibarat sebutir mutiara yg bersinar di dasar lautan.

  2. wanita solehah juga ibarat permata di celahan kaca

  3. syukran buat umm thuraya
    seinfiniti penghargaan kpd hamba Allah yg mengingatkan saudaranya.

    benar kata umm thuraya,

    “Wanita salihah, wanita yang terjaga dan mulia dari pandangan non mahram. Wanita salihah, wanita yang pandangannya terjaga dari memandang non mahram.

    Wanita salihah ketika berdakwah, tak pernah terlihat siapa ia. Namun coretan pena dan buah fikirannya bertebaran ke penjuru mata angin, tanpa orang tahu siapa dia.”

    -Umm Thuraya-

  4. Sungguh wanita solehah itu adalah lebih baik dari perhiasan dunia

  5. wanita dicipta dr rusuk lelaki utk dijaga dan dipelihara…. bukan untuk ditindas

    kedudukan wanita ni istimewa…

    wanita kena berilmu dan menjaga diri kerana sesungguhnya wanita itu adalah aurat……

  6. Wanita solehah yang cerdas yang memanfaatkan ilmu pengetahuannya di jalan Allah

  7. sungguh indah madah ini, boleh djadikn pedoman..thanx :)

  8. [...] “Wanita hiasan dunia ,Seindah hiasan adalah wanita solehah” http://nonaro.wordpress.com/2007/07/01/madah/ [...]

Leave a Reply