WARKAH TERAKHIR DARI RAMALLAH

 MEMORI keakraban antara aku dan Jihad masih segar di kotak ingatan. Meski setelah tiga tahun lalu perpisahan menjadi tamu, sekaligus menjarakkan kemesraan yang baru memutik. Nostalgia menyusur denai-denai ilmu di Jamie’ Al-Azhar menerpa. Membasuh keresahan menghabiskan pengajian di rantau orang di universiti yang terkenal sebagai kiblat ilmu itu. Betapa indahnya saat lalu, meski ia tidak [...]

Nur Ramadhan

Oleh: Al-Hidayah

Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya. [...]

CINTA

“Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~…
-Amin, UK-”  
Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum [...]

aku dan hujan

Oleh: Himmah Mardhatillah

 Bumi Melbourne yang selama ini kering dek musim panas yang berpanjangan walaupun Autumn mula basah sejak kebelakangan ini, basah dek hujan yang menimpa tanah asing ini… Sejak aku hijrah ke sini, jarang sekali kudengari bunyi guruh atau kilat seperti di tanahair. Jika dulu di sana, aku takut dan gerun dengan kilat, mahu [...]

Sahabat Sejati

Hayati mengemas pakaiannya ke dalam “back-pack”nya, sementara menunggu laptopnya “turn-off”.
Kemudian, dia memperosokkan sahaja laptopnya ke dalam “back-pack”nya. Zuraida, teman sebilik Hayati memasuki bilik sambil membawa secawan kopi yang baunya semerbak sehingga memenuhi atmosfera bilik mereka.
“Awak tak tido umah malam ni ke?” tanya Zuraida. Hayati sudah mengagak pertanyaan tersebut, lalu tersengih sahaja.
“Huhu.. Sedihnya saya tinggal sorang-sorang [...]

kerana ini JALAN PILIHANKU

 Berapa kali aku kata aku bukan belajar di London ! Aku belajar di Swansea ,
di salah satu tempat di Wales ‘  “Aku dah bilang kat hang banyak kali dah! Kalau pergi London tu jangan buat
perangai tak elok! Jangan malukan mak ayah! Kau pergi sana untuk belajar.
Bukan untuk jadi pendakwah!’ Swansea ayah, Swansea ! Bentak hatiku.Aku [...]

TATKALA IMAN TERGODA

Matahari telah tergelincir. Seorang lelaki abersegera menuju
masjid ketika adzan zuhur dikumandangkan dari sebuah masjid
kampus. Lelaki itu berwudhu dan menunaikan solat nawafil. Lalu ia
menjadi makmum di shaff terdepan.Solat wajib ia laksanakan dengan ruku’
dan sujud yang sempurna. Setelah solat tak lupa ia memuji nama Tuhannya dan
memanjatkan doa untuk dirinya, ibu,ayahnya dan untuk ummat Muhammad saw
yang sedang berjihad [...]