Demi jiwaku yang berada di dalam genggamanNya


32082655112051m.jpg

Saudaraku……

aku menyeru kepadamu agar kita tidak
luPa dan alpa akan tanggungjawab kita
yang sebenar-benarnya dan yang
terutama iaitu kepada ALLAH RASULNYA
DAN JIHAD

.9:24. Katakanlah: “jika bapa-bapa,
anak-anak, saudara-saudara, isteri-
isteri, kaum keluargamu, harta
kekayaan yang kamu usahakan,
perniagaan yang kamu khawatiri
kerugiannya, dan tempat tinggal yang
kamu sukai, adalah lebih kamu cintai
dari Allah dan Rasul-Nya dan dari
berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah
sampai Allah mendatangkan keputusan-
Nya.”
Dan Allah tidak memberi petunjuk
kepada orang-orang yang fasik.
61:10. Hai orang-orang yang beriman,
sukakah kamu aku tunjukkan suatu
perniagaan yang dapat menyelamatkanmu
dari azab yang pedih?
61:11. (yaitu) kamu beriman kepada
Allah dan RasulNya dan berjihad di
jalan Allah dengan harta dan jiwamu.
Itulah yang lebih baik bagimu, jika
kamu mengetahui.


JANGAN KAU TERTIPU SAUDARAKU,,,,,,,,,

Janganlah kau tertipu dengan selain
dari itu, kau pandulah semangatmu pada
jalan yang betul…
SAUDARAKU…….

ada matlamat yang lebih penting lagi,
janganlah kita sibukkan kita dengan
hal-hal yang remeh temeh saudaraku,

kau tahu saudaraku bahawa NASIB
SAUDARA-SAUDARAMU perlu dan
WAJIB!!!!!! DIBELA

49:10. Orang-orang beriman itu
sesungguhnya bersaudara. Sebab itu
damaikanlah (perbaikilah hubungan)
antara kedua saudaramu itu dan
takutlah terhadap Allah, supaya kamu
mendapat rahmat.

DIMANA DIRIMU!!!!! DIMANA!!!!

 tatkala
umat islam yang lainnya sibuk dengan
hal menyelamatkan maruahnya, AGAMA
mereka ,AGAMAMU juga, lalu dimana
dirimu saudaraku dimana!!!!!
saudaraku,,,,,,

mungkin dikau merasakan hal yang dikau
persoalkan dan perselisihkan itu
penting, namun bagi mereka yang
berilmu mungkin itu hanya sia-sia.

HADIS 12
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ
الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مِنْ حُسْ ن
إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْآُهُ مَا لاَ یَعْنِيْهِ)) حدیث حسن
رواه الترمذي وغيره هكذا.
Daripada Abu Hurairah r.a beliau
berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang
mukmin ialah meninggalkan apa yang
tidak berfaedah baginya.
Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan
oleh al-Tarmizi dan lain-lain
sedemikian.

hadis 9 عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنِ صَخْرٍ رَضِىَ الله
عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى ا لله
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ یَقُوْلُ : (( مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ
فَاجْتَنِبُوْهُ وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا
اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَا
أَهْلَكَ الَّذِیْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ آَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ
وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ )) رواه البخاري
ومسلم.

Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn
Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah
mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Apa-apa yang aku larang kamu
melakukannya, maka hendaklah kamu
menjauhinya, dan apa-apa yang
aku perintahkan kamu melakukannya,
maka lakukanlah seberapa daya kamu.
Sesungguhnya umat yang
terdahulu daripada kamu telah binasa
lantaran banyak persoalan dan banyak
perselisihan mereka
terhadap Nabi-nabi mereka.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan
Muslim.

WAHAI SAUDARAKU,

janganlah dikau hilang arah tujumu
untuk ISLAM akan kerana tipu daya
syaitan, sesungguhnya syaitan itu
dapat memandangmu dan menipudayamu
dari arah yang tidak engkau ketahui
sepertimana IBU dan BAPA kita (ADAM
A.S dan HAWA) diperdaya oleh mereka.

7:27. Hai anak Adam, janganlah sekali-
kali kamu dapat ditipu oleh syaitan
sebagaimana ia telah mengeluarkan
kedua ibu bapamu dari surga, ia
menanggalkan dari keduanya pakaiannya
untuk memperlihatkan kepada
keduanya ‘auratnya. Sesungguhnya ia
dan pengikut-pengikutnya melihat kamu
dan suatu tempat yang kamu tidak bisa
melihat mereka. Sesungguhnya Kami
telah menjadikan syaitan-syaitan itu
pemimpin-pemimpim bagi orang-orang
yang tidak beriman.



SAUDARAKU…..

kembalilah kepada sunnah rasulmu,
telusurilah jalan da’wah baginda
dengan sebenar-benarnya, janganlah kau
tertipu dengan semangatmu yang kau
pandu dengan nafsu semata-mata. Jangan
dikau terpedaya dengan hamasah
jama’iyyah semata-mata kerana itu
bakal merosakkan jiwamu.
SAUDARAKU…..

sedarlah akan dikau bahawa nasib ummat
islam sehingga kiti masih tidak
dibela, lalu, DIMANAKAH DIRIMU?
DIMANAKAH ISLAM YANG KAU LAUNGKAN? ,
kerana dikau terlalu sibuk akan
perkara dan hal-hal yang tidak sama-
sekali membina iman, kau tertipu
dengan hal-hal yang sama-sekali tidak
membela nasib ummat islam.
WAHAI SAUDARAKU,,,,,,

kuseru kepadamu, bangkitlah bangunlah
dan binalah generasi ummat yang
berakhlak generasi sahabat RASULULLAH
S.A.W. Binalah imanmu, tanamkanlah
semangat jihad, cinta akan rasul dan
takut akan ALLAH.

KEMBALILAH , KEMBALILAH DAN KEMBALILAH
SAUDARAKU.

3:104. Dan hendaklah ada di antara
kamu segolongan umat yang menyeru
kepada kebajikan, menyuruh kepada yang
ma’ruf dan mencegah dari yang munkar
[217]; merekalah orang-orang yang
beruntung.
3:110. Kamu adalah umat yang terbaik
yang dilahirkan untuk manusia,
menyuruh kepada yang ma’ruf, dan
mencegah dari yang munkar, dan beriman
kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab
beriman, tentulah itu lebih baik bagi
mereka, di antara mereka ada yang
beriman, dan kebanyakan mereka adalah
orang-orang yang fasik.


WALLAHUA’LAM……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: