Ziarah


c.jpg 

 

Bismillahirrahmanirrahim….

Syukur ke hadratNya kerana masih mengizinkan sy utk mencoretkan kata-kata di ruangan ‘BEAUTIFUL JOURNEY’  ini… Syukur juga pada Yang Esa kerana mengizinkan sy utk bangun pd pagi ini dgn merasa seribu nikmatnya.Sungguh indah terasa segala-galanya.Walaupun tidur sy kurang nyenyak pada malam td, namun sy berasa cukup beruntung kerana permulaan hari sy pada pg ini cukup indah sekali.Segala-galanya dipermudahkan.Hari yang cukup baik, cuacanya juga redup-redup shj.Tidak terlalu panas dan tidak sejuk.Cukup enak sekali berehat di rumah pada hari ini setelah kepenatan kerana hari semalamnya sy dan saudara keluar seharian suntuk menziarahi saudara mara yang sudah lama tidak ketemu..Menaip artikel ini sambil mendengar lagu ‘Satu Perjuangan’..memang mengasyikkan sambil mengimbau kenangan lalu.

Awal pagi semalam 22 Jun 2007, sepupu sy menelefon ibu mengajak kami keluar untuk menziarahi saudara-mara lama.Entah bagaimana hati sy tergerak untuk ikut sama.Tapi hakikatnya bukan selalu dapat peluang untuk berbuat begini.Destinasi yang kami tujui ialah Baling, sebuah daerah yang berbukit-bukau di negeri Kedah ini.Namun sy sukakan perjalanannya kerana dari situ sy boleh melihat pemandangan desa dan rumah-rumah bukit yg blh mendamaikan jiwa.Sebelum itu kami sempat menziarahi saudara-mara yang lain di Sik yang bersebelahan dgn daerah Baling itu.Sy kagum dengan masyarakat desa.Mereka mmg ramah,cukup berbesar hati menerima kunjungan tetamu walaupun hakikatnya ada antaranya yang hidup serba kekurangan.

Kami meneruskan perjalanan ke Baling.Mulanya kami berkunjung ke rumah seorang pak cik tua yang merupakan kenalan sepupu sy.Orangnya, masyaAllah cukup berbahasa.Tutur katanya lembut.Awal perbualan pak cik itu menyingkap kembali sejarah kampungnya membuatkan yang muda khusyuk mendengar.Makin lama berbicara sehingga ke topik asal-asul keturunan, maka terbongkarlah yang rupa-rupanya pak cik itu juga mempunyai talian persaudaraan dengan kami.Masing-masing tergelak.Memang kalau orang tua-tua yang berbicara, akan diperiksanya hingga ke asal-asul persaudaraan.Keluarga sy mmg besar lingkungan ahlinya.Malah sy diberitahu ada saudara sy yang menulis salasilah keturunan kami sehingga menghasilkan sebuah buku yang tidak nipis jilidnya.Begitulah usaha yang tua supaya yang generasi muda sekarang masih dapat mengenali jalur keturanan sendiri.Namun situasi skrg cukup menyedihkan.Benar kata pak cik itu, anak muda sekarang ,jika hubungan ‘dua pupu’ pun sudah menganggapnya sbg persaudaraan yg agak jauh.Berbeza dgn generasi tua yg cukup gah di ingatannya setiap talian persaudaraan tidak kira sejauh mana pun.Realitinya anak-anak muda sekarang mmg jarang sekali untuk mengambil tahu dan mengenali saudara mara sendiri.Sampai masa kami pun mengundur diri dan meneruskan lagi ziarah ke rumah saudara yang tidak jauh dari situ.Hanya di kampung sebelah, Kg Memali.Sebuah kampung yang menyimpan seribu sejarah hitam suatu ketika dahulu.

Di situ kami bertandang di rumah saudara jauh.Ziarah kami kena pada waktunya kerana kebetulan isteri tuan rumah itu sedang terlantar sakit kerana demam.Seingat saya, dulu sy pernah dtg sekali ke rumah itu semasa berumur antara 7-8 tahun.Walau kunjungan yg dulu sdh hampir belasan tahun, namun mak cik tua yg sy kenali sbg Tok Nab itu, masih igt akan sy.Mereka sekeluarga cukup berbesar hati menerima kunjungan kami ini.Kebiasaannya org tua-tua di desa yg terlantar sakit lebih senang berbaring di atas tilam di suatu sudut di rumahnya bagi memudahkan saudara mara yang datang menjenguk.Begitu juga akan tok Nab.

Tengah kami berbicara, datang pula sekumpulan mak cik-mak cik tua yg sy kira kawan dan jiran Tok Nab yg sakit ini.Begitulah indahnya hidup di desa.Saling mengambil berat.Jika terdengar ada yg sakit, pasti akan ada jiran tetangga yg dtg menziarah.Sy igtkn bilangan mereka sedikit tetapi bila ditoleh ,‘mak oi’ ramai juga mak cik2 ni.Tok Nab sempat mengenalkan mereka yg hadir itu sbg kwn2nya dan sy ada menangkap perkataan ‘usrah’ dari suaranya yg perlahan itu.Mungkin kwn2 yg sama2 mengaji di surau pd fikiran sy.Mereka yg baru dtg menghulurkan tgn utk bersalaman dgn kami.Dalam sedang bersalam-salaman itu, tiba2 sy tersenyum sendirian.Rasanya nk tergelak pun ada.Bukannya apa tapi tgh bersalaman itu tiba2 sy terperasan yg salah seorang mak cik tua itu wajahnya mirip sahabat lama sy, Najua.Mata sy pula sibuk memerhatikan lingkungan mak cik- mak cik tua itu yg mula mengambil tmpat, duduk mengelilingi yg sakit.Sy kira mereka itu tujuh org kesemuanya.Hampir kesemuanya bertudung labuh.Senyuman sy semakin lebar.Hati makin tercuit apabila sy terperasan lg yg hampir setiap mereka punya gaya dan mirip shbt2 sy.(sy kira dlm versi wajah mereka apabila tua )Mak cik di dpn sekali itu gayanya seperti shbt sy seorg lg, Munifah manakala mak cik yg kurus dan diam itu pula seperti Nur.Mak cik tua di sebelah mak cik yg mirip Najua itu pula ada gayanya seperti Syikin.Manis orangnya.Selang beberapa darinya kelihatan seperti Iliyyin.Masih ada dua org mak cik lagi yg walaupun gaya dan wajahnya tidak seperti mana2 shbt sy, tetapi sy anggap saja mereka itu ibarat Izzati dan Mizah.Sy membayangkan sj Akma juga di situ.Emm nampaknya baru cukup korum.Mungkin ada mak cik2 ini yg pelik akan sy yg tersenyum simpul sendirian.Kemudian sy bertanya diri sendiri.’Habis aku di mana dlm kalangan shbt2ku ini?’…

Serentak itu masa sy terus melirik ke arah Tok Nab yg terbaring sakit itu.Nampaknya itulah watak sy.Terlantar di tengah2 shbtnya…Mungkinkah sy yg terlebih dahulu akan diuji sakit suatu hari nanti?Wallahu’alam  krn Allah itu yg lebih mengetahui akan ajal maut kita.Justeru sy muhasabah diri di sini, juga buat shbt2 agar menggunakan masa muda ini sebaik2nya.Selagi terdaya teruskan perjuangan dakwah ini.Tidak lama kemudian, kumpulan mak cik2 ini pun meminta diri.

Lewat petang itu,selepas puas menziarah, kami pula meminta diri.Dalam perjalanan pulang, ibu masih sempat membuka kembali sejarah hitam kampung itu.Ibu juga mengingatkan agar sentiasa menjaga hubungan persaudaraan ini.Benar kata ibu.Yang tua akan cukup berbesar hati jika yg muda masih ada yg mengingatinya dan menziarahinya malah tubuh yg sakit pun akan merasa kuat kembali.Saya kembali teringatkan Tok Nab tadi yg kelihatan sedikit kuat malah bangun dari tmpt pmbaringannya tatkala berbual dgn kami td.Jadi shbt2, sentiasalah kita menjga hubungan persaudaraan ini.Yang jauh kita dekatkan , yang dekat kita eratkan.

10 Responses

  1. khbr Nonaro, akhirnya jumpa jua blog ni…. memang usaha yg baik…. boleh menambah informasi org yg membaca… teruskan usaha yg murni ini…

  2. (^_^)harap kite pon macam makcik2 tu jugak…insyaALLAH, walaupon kite dah jauh sekarang, selagi semuenyer terpahat di hati, hubungan kite akan kekal…insyaALLAH…=)

  3. kalo syikin ada kat situ mesti rasa nk tergelak.tp semoga ukhwah ni berkekalan sehingga hujung usia sama spt mereka.

  4. alamaaaaak!!!…aku dah tua daaaah….. ‘makcik munifah’ la ye…hik! hik!…
    ukhuwahfillah abadan abadaaa….

  5. munifah ni seorang shbt yg paling bersemangat.langkahnya penuh gah laksana wanita Islam yg berangkat ke mdn jihad.tutur kata penuh keyakinan

  6. Salam…A’fwan ana lambat baca part ni…Hehe..ana boleh bayangkan muka anti masa nak menahan gelak pada ketika tu..InsyaAllah,mudah-mudahan persahabatan kita berpanjangan sehingga ke usia itu..

    “Aah lah..tak pernah terbayang pun macamane muka Ana mAsa dah tua nanti..”

  7. salam..hanya Allah saja yg tau mcm mn gelinya hati ana waktu 2.kalo la korang sume ade sama kat situ.hehe

  8. jgn puji aku lebih2……naemah
    nnti bdn yg dh kembg ni btmbh kembang…huhuhu

  9. hehe biar la asal jgn meletup dah

  10. Assalamualaikum..
    Geli hati bc cerita naimah ni..macam mn la rupe bb versi makcik ye..hehe….
    YA Allah rindu sgt ngn korg.huhu..Allah je yg tahu..
    Maafla lmbt sket masuk cni..
    Nk sgt jumpe korg sume..mcm2 berlaku dlm hidup ana..moga Allah terus melorongkn kita ke jln yg lurus…
    Teruskn berkarya ye naimah…best bb bc kisah2 ni..bak kata cikin mengembalikn semangat kita dulu2…
    Salam kerinduan dr ana utk semua sahabat mulia…(^_^)V

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: