kerana ini JALAN PILIHANKU


23798289326971m.jpg Berapa kali aku kata aku bukan belajar di London ! Aku belajar di Swansea ,
di salah satu tempat di Wales ‘
 “Aku dah bilang kat hang banyak kali dah!
Kalau pergi London tu jangan buat
perangai tak elok! Jangan malukan mak ayah! Kau pergi sana untuk
belajar.
Bukan untuk jadi pendakwah!’
Swansea ayah, Swansea ! Bentak hatiku.Aku tak mengerti mengapa semua orang
Malaysia menganggap jika belajar di UK itu maksudnya adalah belajar di
London .

‘ Tak mengapa Sham, aku dok belajar di Ireland ni pun mak aku kata aku
belajar di London.’ Teringat kata-kata Izzul, teman serumahku di saat kami
berbual. Aku mengeluh di saat gagang telefon belum ditutup. Ayah masih meneruskan
ceramahnya yang panjang lebar. Terasa bingit apabila suara garaunya
menembusi gegendang telingaku.

‘ Aku dah bilang kat hang, dok London tu belajar. Buat apa nak enjoy-enjoy
sangat. Bukan senang nak pergi overseas itu, tahu? Semua orang
kampong ni tahu yang anak ayah pergi London . Mana aku nak letak muka jika
kau balik tak bawak apa2 selain bini kau tu je?’

Dia masih tidak berkata apa-apa. Membiarkan si ayah memuntahkan segala
isi hatinya yang terbeku. Padanya ayah tidak mengerti apa-apa yang dialaminya
di bumi berhawa dingin itu.

‘ Usrah-usrah tu bukan tak bagus. Aku suka anak aku jadi anak soleh. Tapi
jangan sampai berlebih-lebihan. Jangan sampai kau tak study langsung. Nak
belajar Islam itu belajar juga, tapi janganlah berlebihan.
Islam itukan
wasatiah. Berpada-pada. Kita jangan terlalu ekstrim. Biar Islam kita Islam
hadhari’
Teringat dulu ayah pernah bertanya kepadaku erti wasatiah. Dia jumpa
dalam buku kitab kuning katanya. Aku katakan itu bermakna berbuat sesuatu
biar pada kadarnya, tidak berlebihan dan tidak berkurangan.

‘ Ayah memang kecewa dengan kau, Sham. Kau tak kasihan ke pada mak ayah.
Macam mana nanti kami nak tanggung malu jika kau balik tak bawak apa-apa?
Kau nak cari kerja macam mana nanti? Nak tanggung anak bini kau lagi. Kau
nak kasi mereka makan pasir ke?’

Aku merenung lantai di bawah telapak kakiku. Kosong. Di sisiku, bidadari
yang menerangi rumah tanggaku duduk bersimpuh sambil menanti-nanti ucapan
dari bibirku. Kasihan dia, tentu dia gundah melihat reaksiku berbicara
dengan ayah di balik telefon. Setiap kali aku mahu menjawab kata-
kata ayahku, si bidadari menyentuh lembut bahuku dan membuka ayatNya yang
menyirami api amarah hatiku;

‘Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa.Jika salah seorang di antara
keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu,
maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya
perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah
keduanya perkataan yang baik’ ( Al-Isra’: 23)
Benarlah sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Aku melirik dengan
hati yang tenang pada wajah bercahaya si bidadari. Dia bukanlah dikalangan
wanita yang dikatakan sebagai jelita.
Hidung sedikit sepet, kulitnya sawa
matang dan ada pancaran-pancaran jerawat di mukanya.
Badannya sedikit
gebu. Tapi aku tidak melihat kesemua itu kerana di saat aku ditanya oleh
abang usrahku akan kriteria calon isteri pilihanku, jawapanku hanyalah;
dia seorang akhwat yang mengikuti tarbiyah dan melaksanakan ajaran
Islam.
Sehingga ke hari ini, aku tidak pernah menyesal membuat pilihan itu.
‘Ayah…’ ujarku dengan nada yang lembut  sambil menahan gelojak di hati yang
tersinggung dek tuduhan-tuduhan si ayah.

‘Ayah, Hisham sebenarnya bukan fail exam keseluruhan ayah. Hisham cuma
fail satu modul sahaja.’

‘Sama jelah . Kalau dah fail tu fail juga…’ Ayah memotong.

‘Bukan begitu. Maknanya Hisham boleh ambil balik modul itu dan lulus. Tak
perlu pun nak kena ulang tahun.’

Aku membayangkan betapa terkejutnya ayah tatkala menerima surat keputusan
peperiksaanku di kampung. Ditambah lagi abang sulungku pulang dari US
tanpa membawa balik segulung ijazah. Hanya sebatang kara. Kini dia hanya
menolong ayah menguruskan kedai runcit di kampung. Sedangkan dahulunya abang
adalah pelajar terbaik sewaktu sekolah menengahnya.

‘Abang ikut tabligh kot, Angah.. Balik rumah asyik pakai baju putih je’
begitu kata adik bongsuku tatkala ditanya.
Abang enggan berbicara
denganku. Aku sendiri tak mengerti kenapa. Mungkin berasa malu.
Barangkali kerana itu ayah melenting dan terkejut. Tapi Hisham tak ikut
tabligh ayah! Hisham ikut tarbiyah!
‘Modul periksa itu modul terakhir Hisham kena ambil. Tapi waktu periksa
hari itu, Hawa dan Hisham kene demam panas. Hisham pergi juga ambil periksa
waktu itu, walaupun tak dapat nak jawap soalan periksa betul-betul.’

Ayah berdengus kasar. Seolah-olah tidak berpuas hati dengan jawapanku. ‘Apapun, ayah tak nak kamu gagal lagi. Kamu kalau ikut-ikut usrah pun jangan
sampai tak belajar. Kita biasa-biasa sudahlah. Tak perlu sampai nak jadi
pendakwah.’

Kadang-kadang aku kecewa mengapa ramai menganggap bahawa faktor utama
kegagalan seseorang yang aktif menghadiri pertemuan-pertemuan ilmu
itu adalah kerana kesibukannya. Ramai lagi manusia yang gagal dalam
pelajaran tapi mereka itu sibuk dengan kefoyaan mereka berhibur serta
menghabiskan masa dengan perkara yang langsung tidak berfaedah.

Pertemuanku dengan seorang sahabat yang memberi cahaya kepada kehidupanku
kini adalah pertemuan yang paling membahagiakan hidupku. Sahabat itulah
yang menjadi naqib usrahku dan menjodohkanku dengan Hawa. Saat aku
jatuh cinta dengan tarbiyah, saat itulah aku mengetahui erti kepada
makna kehidupannya di atas muka bumi ini.

‘Kau sanggup berkorban duit dan masa semata-mata nak pergi usrah Sham? Get
a life man! Takkan masa muda kau ni nak habiskan masa baca Quran je?Kau
tak bosan ke dengar ceramah-ceramah ? Ke hulu-hilir pergi entah kemana-mana
entah. Kau boleh tolak tau kalau orang ajak kau. Kau jangan paksa diri Sham,’
Itulah kata-kata teman serumahku di kala mereka selalu melihat aku hilang
dari bilikku.

‘Tapi aku tak jumpa ketenangan dan kebahagian bila aku buat apa yang kita
buat selama ini.
Usha awek cun, main game, tengok wayang dan lepak-lepak.
Mula-mula aku rasa best lah. Tapi lama- lama aku rasa boringlah.Hidup takde
tujuan. Buat camtu pun aku rasa buang duit dan masa juga.’
‘ Kau memang dah berubahlah, Sham.’ Dan di saat itu, aku mula merasakan
hubunganku dengan teman serumahku semakin renggang.
Nyata jalan kami
adalah dua jalan berbeza. Pemikiran kami berbeza. Kesukaan kami begitu
juga.
Aku berasa bahagia tatkala berjumpa dengan teman seperjuanganku namun aku
sedih melihat teman serumahku masih leka dengan kefoya-foyaan sementara.
Duhai teman, jika dikau mengetahui betapa nikmatnya jalan yang berliku
namun penuh cahaya ini tentu kamu takkan tersilau dengan hiburan
sementara di atas dunia ini. Kehidupan yang kau lalui sekarang ini adalah
jalanyang gelap, yang tidak bermakna apa-apa walaupun kelak kita sama-sama
pulang membawa segulung ijazah, kerana kehidupan sedemikian menjanjikan suka
sebentar, tetapi duka selamanya di akhirat nanti.

‘ Dan sungguh akan Kami isikan neraka
Jahanam dari kalangan jin dan manusia.
Mereka memiliki hati,tetapi tidak
mempergunakannya untuk memahami dan
memiliki mata tetapi tidak melihat dan
memiliki telinga tetapi tidak
mendengar. Mereka seperti haiwan
ternak, bahkan lebih sesat lagi,’ ( Al-
A’raf: 7)
Aku berdoa agar keluargaku dan sahabat- sahabatku akan mendapat pancaran
hidayah ini.

Aku berdoa agar mereka menyintai ilmu, menyintai Islam dan
mahu beramal dengannya. Kerana hidup di bumi UK ini, perbezaan antara kafir
dan Islam adalah terang dan jelas. Minum arak, pergaulan bebas, pergi
kelab malam dan makan babi adalah nyata perkara haram. Tetapi di
Malaysia sangat sukar untuk menilai manakah Islam manakah yang bukan
kerana orang Islam sendiri minum arak, pergi ke kelab malam dan berfoya-foya.
Oleh kerana itu tidak hairan jika ramai graduan luar negara apabila
pulang ke tanahair akan lebih dekat dengan Allah, kerana keadaan
kehidupannya menjadikan dia sedemikian.
Dia memerlukan Allah untuk
hidup. Dia memerlukan Allah untuk menjadikan dia kuat menahan cabaran
kekufuran. Sebab itu di saat sahabat- sahabat seperjuangan mengajaknya untuk
belajar tentang agama Allah, hatinya tidak menolak, kerana dirasakan
bahagia di saat hatinya dekat dengan Allah. Dan dia buntu memikirkan
bagaimanakah lagi dia boleh membawa teman serumahnya mengikuti jalan yang
dia ikuti kini.
‘ Wahai orang-orang yang beriman.
Penuhilah seruan Allah dan Rasul,
apabila dia menyerumu kepada sesuatu
yang memberi kehidupan kepadamu,’
(Anfal:24)

Kerana itu Hisham ikut usrah ayah! Kerana Hisham mahu merasai cahaya itu!
Dan Hisham mahu orang sekeliling Hisham turut merasai cahaya keimanan
tersebut. Kegagalan yang Hisham hadapi sekarang ini bukanlah kerana kesibukan
Hisham tapi adalah semata-mata kerana Allah mahu menguji Hisham. Sebab
semakin Allah sayangkan hambanya semakin Allah berikannya ujian. Jangan
ayah salahkan usrah hanya kerana Hisham gagal!

Mahu sahaja dilontarkan kata-kata itu kepada ayahnya yang separa uzur. Dia
mahu ayahnya memahaminya walaupun sukar. Dan dia berazam untuk berbakti
kepada ayah tatkala dia pulang nanti. Dia mahu tunjukkan bahawa apa yang dia
dapat di negara orang putih ini adalah perkara yang terbaik pernah berlaku
pada dirinya.

‘Abang…’ Lamunannya terhenti selepas sahaja dia meletakkan gagang telefon.
‘Result abang dah dapat dah ini..’ Siti Hawa berlari-lari anak sambil
membawa sampul putih ke arahku. Aku membuka sampul itu dengan penuh
hati-hati dan perlahan-lahan.. ‘Alhamdulillah….’ Sambil menoleh ke
arah isteriku dengan senyuman penuh makna.
Pantas jemariku mengambil telefon kelui di atas katil sambil menekan
punat dial.‘Assalamualaikum ayah, Hisham dapat
first class honor.….’
Dan di saat itu dia merasakan bahawa angin-angin sepoi bahasa di luar sana
turut merasai keriangan hatinya…

One Response

  1. excellent story to share…

    jika kita ikhlas mencari hidayah Allah, Allah lebih-lebih lagi ikhlas dan redha untuk memberi apa yang kita cari

    kata-kata dari hukamak,
    “jika kita tak menyibukkan diri dengan perkara yang baik, kita akan disibukkan dengan perkara yang buruk/mungkar”..

    lets find the true guidance from Allah SWT. The only protector…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: