MENGENAL KHUSYUK


‘Khusyuk sbg satu kewajipan org mukmin dlm urusan ubudiyah terhadap Allah s.w.t.Tiada bahasa selain bahasa Arab yg berupaya member makna ‘khusyuk’ dgn tepat, justeru terpaksa akur dgn sebutan khusyuk dlm bhs asalnya.

 

 

3259022732648l1.jpg

 

 

            Dalam  bhs apa pun, khusyuk mesti disebut khusyuk., kerana khusyuk dlm bhs syar’ie adalah khusyuk dlm semua bahasa di dunia ini.Khusyuk diperlukan bg setiap hamba mengabdikan diri kpd Allah s.w.t khususnya ketika melakukan ibadat solat.

Khusyuk boleh diertikan sbg beribadat dgn tenang dan merendah diri merasa hina dina di hdpn Allah SWT serta penuh tumpuan hati serta ingatan terhadap-Nya.

Orang yg khusyuk dlm solat, anggota tubuh  tidak akan bergoyang di luar tuntutan kaifiyat, tgn tidak bergerak menggaru-garu atau membetulkan pakaian.

Jika seperti itu menandakan hatinya tidak khusyuk, sbgmana  sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud:

 “Jika seseorang itu khusyuk, maka anggota tubuhnya turut khusyuk sama,” 

Menghadirkan khusyuk dlm solat satu kewajipan bg org2 yg beriman, kerana ketika solat igtn mesti tertumpu kpd Allah SWT semata, sbgmana yg ditegaskan oleh firman-Nya yg bermaksud:

  “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tiada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikan solat utk mengingati Aku.” –( Surah Toha ayat 14) 

Manusia diperintahkan supaya mendirikan solat dgn tujuan utk mengingati Allah SWT .Apabila tidak menumpukan igtn kpd Allah SWT , bererti solatnya tanpa tujuan.Solat bukan sekadar dilakukan secara zahir yg dimulai dgn takbiratul ihram diakhiri dgn salam serta melakukan beberapa rukun qalbi, qauli, fi’li di dalamnya.Tetapi mesti khusyuk iaitu dipenuhi dgn zikrullah (ingat Allah SWT) kerana gia wajib berdasarkan firman Allah SWT dlm Surah Toha : 14.

Khusyuk mampu dilakukan oleh manusia dgn mengikuti beberapa syarat , krn Allah tidak akan mewajibkan sesuatu syariat di luar kemampuan manusia, sbgmana janji Allah dlm Al-Quran yg bermaksud:

 “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kemampuannya.”-(Surah al-Baqarah : 286) 

Langkah pertama utk mencapai khusyuk mesti mengetahui makna  setiap ucapan atau bacaan dlm solat, khusyuk tidak mungkin tercapai jika yidak mengetahui makna dan ucpn dlm solat, sebaliknya akan terjerumus ke lembah lalai.

Padahal lalai dlm solat akan membawa padah yg buruk di akhirat kelak, sbgmana yg ditegaskan Allah yg bermaksud:

 

“Maka kecelakaanlah (azab neraka) bg org2 yg solat,(iaitu) org2 yg lalai dari solatnya.”  -(Surah al-Maa’un   : 4 & 5) 

 

   Langkah kedua utk khusyuk dlm solat ialah menjaga segala makan minum yg halal serta pakaian dan tempat tinggal hanya dari sumber yg halal.Makan dan minum yg tidak halal adalah brg busuk yg dibenci Allah SWT dan malaikat-Nya.Tuhan akan menjauhi jika manusia diselubungi perkara yg haram, apabila Tuhan menjauh dari manusia sebegitu maka syaitanlah yg akan mendekatinya.Tidak mungkin khusyuk dapat dicapai dlm situasi syaitan sbg pendamping manusia itu, jika mereka solat pun pasti tiada zikrullah.

 

Sayugia diingatkan bhw dua keadaan diperlukan apabila mendirikan solat.Pertamanya solat itu mesti sah.Untuk sah solat hendaklah atas landasan rukun dan syarat yg ditetapkan syariat.Untuk makbul (diterima) oleh Allah SWT puls semestinya solat dlm keadaan igt kepada-Nya dan tidak lalai.

   

(petikan dari MAUIDZAH- oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat)

                                                                                               

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: