Lapang Sebelum Sempit


Hari ini sudah genap seminggu cuti semester sy bermula.setelah pulang ke rumah pd selasa yg lalu ,22 April 2008, segala percaturan dan perancangan mula bermain di fikiran. Cuti ini bukan spt yg sebelum2 nya, kerana ia cukup berbeza.Segalanya blh kembali memeningkan kepala yg baru sj aman dr perang peperiksaan jika tidak diurus dgn sebaik2nya.

Saya mula merancang strategi, mengisi planner cuti selama 10 minggu ini.Minggu pertama br sj bermula pd minggu ini walaupun hakikatnya sy sudah berada di rmh seminggu lebih awal memandangkan peperiksaan kali ini tamat dalam masa 2 minggu sj dgn jumlah sbyk 7 paper utk dihadapi.apapun semua dugaan itu telah sy lalui.fokus terkini adalah merancang waktu yg ada dgn sebaik mungkin.

Dalam perancangan, sy cuma punya masa 3 minggu sj utk berada di rumah (Mei), setelah ditolak masa selama seminggu lebih memandangkan buat kali ketiganya sy akan terlibat lagi sbg fasi minggu pengurusan pelajar baru matrikulasi (kmpk).masa selebihnya juga bkn spenuhnya dpt bersenang2 di rmh, msh ada byk perkara lagi yg perlu diuruskn.hari ini sy kembali sbntr ke kampus dan akan pulang semula ke rmh keesokan harinya setelah selesai bbrp urusan.

Tamat bln mei, maka akan bermulalah perjalanan Jun yg baru.Sy akn kembali ke kmps dan bertugas sepenuhnya pd bln Jun ini sbg research assistant di PPK kIMIA sendiri.suatu pnglmn baru dan pasti menyeronokkan.Semua urusan berkenaan permohonan RA ini telah sy selesaikan bbrp minggu yg lalu.sy akan terlibat dgn projek ‘ continuous production of nanotubes by …..’ ( sy sendiri telah terlupa tajuknyašŸ™‚ ) di bwh penyelidikan PROF RAHMAN., seorang profesor yg bnr sy kagumi akan jati dirinya yg sgt mencintai ilmu itu.Tanyalah sesiapa yg pernah kuliah dgn nya, pasti akan menyanjungi dan menyenangi peribadinya.mulutnya tidak pernah lekang dgn suntikan motivasi yg membina utk setiap anak bangsa.Peramah orgnya, begitu senang berbicara dgnnya, byk sekali ilmu dan pengalaman yg dpt dikongsi bersama. SY msh igt lg akan pertemuan yg pertama bersamanya pd ptg itu, smgt sekali dia bercerita ttg tips2 stadinya, menunjukkn koleksi nota2nya yg kemas tersusun di ruangan pjbtnya itu.Dlm asik2 bersembang, barulah sy mengetahui bhw dia sendiri merupakan super duper senior sekolah sy dahulu.tp pd zaman itu MRSM PDRM msh lg dikenali sbg MRSM Kulim sebelum secara totalnya termeterai perjanjian antara pihak MARA dan PDRM.Bks pengetua sy di MRSM Taiping adalah bks guru B. Melayunya, MISS cHAN kArm Ling pula guru b. iNggerisnya, dan seorang lg guru yg sy kenali yg prnh menjadi guru sejarahnya.Cerita tidak terhenti setakat itu sj, beliau msh lg bersmgt berkongsi pnglmn hidupnya smsa di luar negeri.Sekurang2 nya pertemuan pertama itulah juga yg menaikkan kembali smgt sy utk belajar. terutama pd sem ini yg dianggap sgt kronik dr segi subjeknya.apa pun terima kasih kpd prof rahman.( tidak sabar utk kuliah dgn nya pd tahun 3 nnti)

Sy masih menghitung2 perancangan lain pd masa cuti ini. Inilah masanya utk mengkhatam dan menghabiskan pembacaan buku2 yg telah dibeli hampir satu sem.Dari segi ibadah dan kefahaman ilmunya byk lg yg perlu ditingkatkan.Byk perkara yg perlu disemak kembali.

Dalam kesibukan mengurus perkara itu dan ini, tb2 sy teringat kembali akan pesanan abg kedua sy bbrp minggu yg lalu dlm mesejnya …”abg rindu pada kamu adikku, sudah setahun abg tidak berjumpa dgn kamu..”..huhu rupa2nya dia juga perasan akan hal ini, dlm msjnya dia berpesan agar pd bln jun ini sy melapangkn masa menemani ibu dan ayah pergi ke kelantan kerana insyaALLAH pd bln itu dia akan bercuti dari tugasnya dan pulang sebentar ke Malaysia…mmg ssh betul nk berjumpa dgnnya, berbanding dgn abg2 yg lain, walaupun pd masa yg sama abg kembar kelima juga bertugas di sana.dulu abg kmbr keenam juga bersama bertugas dgn mereka ttp telah memilih utk bekerja di sini sj. Setelah difikir2 nmpknya sy harus berusaha menyiapkan segala urusan sebelum mei berakhir. sy mesti melapangkan dua tiga hari pd penghujung mei ini utk menemani ibu ke kelantan menziarah adik beradik dan saudara mara yg lain.

Apa pun segala-galanya masih dalam perancangan kita, dan Allah lah sebaik2 penentu.Semoga masa yg lapang ini dpt digunakan sepenuhnya utk memantapkan ibadah, ilmu dan berbakti kpd keluarga dan masyarakat.

wasalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: