Adab Pergaulan Antara Lelaki dan Perempuan

Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang akan kecelakaan.


Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan


• Ucapan yang makruf dan sopan
Firman Allah:

“Dan ucaplah kata-kata yang makruf.”
Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.”
Menundukkan pandangan

Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.


Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu, menurut Ibnu Syiahab az-Zuhri.


Tidak berkhalwat (berdua-duaan)

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia muhramnya.”


• Menghindari tempat syubhat

Sabda Rasulullah SAW:

“Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu…” (Riwayat Bukhari)


Adab khas untuk wanita
Iltizam dengan pakaian Islam

 

Firman Allah:

“Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka.”

Dan firmanNya lagi:
Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliyyah bertabrruj.”


Serius dalam ucapan

Tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja dalam percakapan.

Firman Alla :
“Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.”

Menjaga pergerakan

Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah:

“Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.”

Advertisements

Duhai Pemberi Rahmat

Bismillahirrahmanirrahim

Syukur ke hadrat Ilahi, kerana mengizinkan sy untuk mencoretkan kata hati pada petang ini.Allah yang Maha Pemurah, mmg tidak bertepian pintu rahmat dan taubatNya.Berkali-kali aku menzalimi diri ini, ttp Engkau sesekali tidak pernah meninggalkanku.

Saya telah menyemak keputusan rasmi peperiksaan sem 2 sdg 07/08 smlm, dan keputusannnya nyata melangkaui jangkaan saya.

“Aku bersyukur padaMu Tuhan, seringkali soalan itu dtg menerpa fikiranku dari dulu…aku tidak tahu, aku hairan, aku ini adalah hambaMu yg sering alpa dan leka, berulangkali ku mungkiri janjiku padaMu, RABBI.sungguh aku ini zalim pada diriku dgn dosa-dosaku.Namun Engkau ttp mengurniakan daku rahmatMu Tuhan, rahmat yg tidak bertepian, penuh dgn haruman nikmat.

Allah, Allah, Allah, jgnlah sesekali Engkau meninggalkan daku, sungguh aku ini lemah,lemah dgn duniaMu yang ibarat lautan yg dalam . Jangan Engkau biar daku tenggelam di dalamnya.

Allah, Allah,Allah, tuntunilah daku menuju redha Mu , syurgaMu. Dan jadikan daku antara hamba-hambaMu yg sentiasa bersyukur.

YA Tuhan, Pemberi rahmat tak bertepian, aku bersyukur atas kurniaMu, apa yang telah Engkau anugerahkan padaku ,semoga Engkau juga menganugerahkn rahmatMu kpd sahabat2 ku.

 

 

Doa Rabhitah

Hati ini telah bersatu

berkumpul di perut bumiMU
hati ini telah berpadu
bersatu memikul beban
dakwahMU

Hati ini telah mengikat setia
untuk mendaulat
untuk mendokong
syariatMU di alam maya
maka YA ALLAh eratkan
ikatan yang ada 

Kekalkan kemesraan yang ada
tunjukkan jalan yang benar
tunjukkan dengan cahayaMU
tiada malap terangi alamMU 

Hidup suburkanlah dengan MAkrifatMU
tapi jika ingin mematikannya
matikanlah sebagai syuhada
dalam perjuangan menegakkan
agama yang mulia

AURAT WANITA

“Aurat Wanita dari Firman Allah dan Hadis-hadis Nabi


1. Bulu kening


Menurut Bukhari
, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud FiFathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)


Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” An-Nur: 31.

 

Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian


“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” Riwayat Nasaii, IbnKhuzaimah dan Hibban.

4. Dada


Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. “An-Nur : 31

5. Gigi


Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. “Riwayat At-Thabrani,

 

“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah”. Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher


“Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.”

 

 Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan


“Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah:
Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” RiwayatMuslim dan Bukhari.

8. Tangan


“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”. Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata


“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.” An Nur : 31.

 

Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” Riwayat Ahmad, Abu Daud danTirmidzi.

10. Mulut (suara)


“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.” Al Ahzab: 32.

 

Sabda SAW, “Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan


“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. ” An Nur : 31.


“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” Riwayat Al Bazzar.

 

 “Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.”
Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian


“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii danIbn Majah.

 

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. 

“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” Al Ahzab : 59.

13. Rambut


“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” Riwayat Bukhari dan Muslim.