si Kelapa Tua

Satu cerita untuk renungan bersama. KELAPA TUA:

Semua orang kenal dan tahu pula gunanya. Sangat penting dan sangat berguna

Kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan dan kelapa tua tak pernah jadi topik perbincangan, tak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalau kelapa tua ada emosi, tidak ramai yang dapat merasai dan menyelam perasaannya.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak pedulikannya. Dirinya terbuai-buai di atas pokok, bila ditiup angin terasa nyaman sekali. Elok-elok kelapa tergantung di pokoknya sambil menikmati keindahan buana, datang orang menjoloknya dengan galah panjang. Bukan selesa kena jolok macam tu.

Bila tangkainya menjadi lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-berpusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah, bukan setakat 5-10 kaki tapi sehingga 40-50 kaki. Bunyinya berdentum sampai ketanah. Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua bukan setakat ini sahaja. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk kedalam kulit sabutnya. Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan, lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat dan ini berterusan sehingga tinggal tempurung. Dah tinggal tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya, keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu nak menilai seni seperti ini.

Tempurung bulat yang cantik ditetak dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua, di tengah-tengahnya. Maka tersemburlah dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sampai tahap ini maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Baru muqaddimah. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih diparut dan dikukur pula hingga lumat. Tempurungnya pula dibuang. Kadang-kadang dibakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi , dituang pula air kedalam isi parut, kemudian diramas-ramas dan diperah-perah. Kalau hendak dikirakan ini sudah terkeluar dari batas-batas keperimanusiaan. Kemudian ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah lain ditumis. Bila dah cukup kuning dituanglah santan tadi dalam belanga. Maka berpanasanlah santan hingga pecah minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya: “Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?

Orang di dapur hanya menjawab,”Kari ikan bawal.” Kari dapat nama. Ikan bawal dapat nama. Orang kata,”Oh! sedap kari ni.” “Oh! sedap ikan bawal ni.”

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa ambil kira atau ambil peduli.

Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja tetapi ta’abud kepada ALLAH. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tetapi ada dalam perhatian Tuhan!

Advertisements

Pedihnya Sebuah Kehilangan

Bismillahirrahmanirrahim

Mendung langit pada petang itu sama mendungnya dgn hatinya.Petang itu dia mendapat jawapan dari penantiannya selama beberapa hari ini.Rindunya hati bila berpisah dgn sepasang telekung kesayangannya sejak beberapa hari yang lalu kerana ianya dipinjam oleh seorang sahabat.

Maka hari demi hari dia menanti kepulangan sahabat bersama sepasang telekung putih itu.Dalam hati, datang ketakutan, ketakutan jika kehilangannya.Petang itu, dia menghabiskan masa di perpustakaan, meneruskan pembacaan journal yg bertimbun2 .Namun tidak lama kemudian, dia mendapat jawapan dari penantian itu, apabila dtgnya khabar dari shbt yg memohon maaf krn baru disedari bhw ianya telah tertinggal di sebuah surau perhentian rnr.Dia tidak mampu membalas msg tersebut, tgnnya bertukar sejuk tiba2, dia tidak mampu lagi meneruskn pembacaan, air mata mula mengalir perlahan-lahan.Dia terus mengemas bhn bacaan, dan melangkah keluar dari perpustakaan yg tersergam indah itu. Gelap sekali cuaca di luar.Hujan renyai-renyai.

Dia terus melangkah.air mata makin mengalir deras, sama lebatnya dgn hujan yg turun.mujur hari sudah ptg, jalan juga sunyi sepi dari segenap bunyi bising.tiada org yg lalu lalang, hanya semata-mata seorang insan yg sdg menangisi sebuah kehilangan.

Dia cuba menyeka air matanya.Tapi setiap kali dia cuba berbuat demikian, maka akan hadir semula bygn sepasang telekung putih itu.

Hatinya kembali sebak, ibaratnya empangan yg pecah pasti tidak dpt ditahan lg.Bukannya senang utk dirinya menerima kehilangan telekung putih itu, kerana telekung itulah peneman setianya selama 3 tahun ini, setia berdiri,rukuk dan sujud bersamanya.Setia bersama dlm bisikan doanya.Juga menjadi tempat tumpah air matanya, apatah lg sujud tatkala dugaan melanda.Telekung itu menjadi saksi, jatuh bangun dirinya selama beberapa tahun ini.

Dia hampir tiba ke biliknya, namun sebak hatinya masih belum mampu dibendung.Dia cuba memujuk hatinya, sedikit demi sedikit dia mula merasakan bisikanNya.Dia kembali berfikir, berfikir sewarasnya.Sekurang2nya dia tahu di mana telekung itu berada sekarang, ianya masih wujud, cuma tempat itu  bkn di sisinya lagi.Dan tempat itu bknnya tempat yg membimbangkan, apatah lagi ianya juga adalah sebuah rumah ibadat, malah seringkali dikunjungi muslim yg singgah di situ hampir setiap masa.Bukankah sepatutnya dia merasakan dirinya insan yg paling bertuah?Kerana Allah telah memuliakan dirinya, dgn memilih sesuatu yg tinggi nilai di sisi dirinya untuk diberikan peluang berkhidmat di rumah ibadatNya.

Malah pada saat dia sdg menangisinya, mungkinkah sudah masuk berapa kali si malaikat mencatat input pahalanya,pada setiap kali seorang muslim memakai telekung putih itu demi menunaikan kewajipannya.

Dan sehingga saat ini, dia telah redha.Malah memanjatkan kesyukuran kpd Tuhannya yg telah memuliakn dirinya.

KeredhaanMU

Ya Allah, Ya Tuhanku

HambaMu merindukan

Rahmat kasih sayangMu

Dan jua keredhaanMu

Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda

Yang menjanjikan azab sengsara

Namun ku sedari

KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini

Hamba yang mungkir pada janji-janji

Jadikanlah taubat ini yang sejati

PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku

Ya Allah, redhakanlah kehidupanku

Moga terhapus penghijab kalbu

Antara Kau dan aku Tuhan

Ku zalimi diri ini Andai

Kau tak ampuni dan rahmati

Alangkah ruginya diri

Tuhan

Jangan Kau palingkan hati ini

Setelah Kau beri hidayah

Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

Lagu: IniAmin/Zamre Khan (Hijjaz Records)

Lirik: IniAmin/Zamre Khan (Hijjaz Records)