PERSOALAN WITIR


Bismillahirrahmanirrahim.

Malam ini sudah masuk malam ke tujuh Ramadhan.Suasana sejuk di luar   memandangkan keadaan sekarang ini yang memang kena pada musim hujan.( ntah dah brape posting intro/penutup ana ckp ttg cuaca yg sejuk kat luar :))Menyingkap perjalanan Ramadhan kali ini, sy pasti setiap drp kita mempunyai keazaman masing2 dalam meningkatkn mutu ibadah di dlm bulan yg penuh barakah ini.Bercakap ttg Ramadhan jugak, tiba2 teringat akan malam kedua Ramadhan baru2 ini ketika selepas menunaikan solat sunat tarawih di PUSAT ISLAM yg disayangi.Beberapa org ke belakang slps solat tarawih tanpa mengikuti imam bg solat sunat witir yg seterusnya dan antara org itu termasuklah sy sendiri.Kak Yan melemparkan senyuman ke arah sy, kami saling berpandangan.Dan tiba2 keluarlah perbincangan ringkas berkenaan persoalan solat sunat witir ini memandangkan masing2 pernah mndgr pelbagai mcm pendpt berkenaan solat sunat witir.

Soalan yang paling famous di kalangan muslim:

1)Apakah kedudukanya jika saya sudah menunaikan solat sunat witir selepas solat tarawih, dan ingin menunaikan tahajjud pada malam diniharinya.Perlukah sy membuka terlebih dahulu dgn solat sunat witir dan kemudian barulah menunaikan solat tahajjud?

Dan alhamdulillah pada malam ini persoalan tersebut sedikit sebanyak  telah terungkai apabila kak Yan mem ‘forward’ kpd sy link artikel dari web ust zaharuddin sendiri yg membicarakan persoalan witir ini.

Jawapannya ringkas dan padat:

Berkenaan solat witir bagi orang yang telah menunaikannya selepas terawih. Terdapat ulama yg mengatakan, jika anda ingin menunaikan solat sunat lain selepas itu. Ia adalah harus dengan syarat tidak perlu lagi solat witir di akhirnya. kerana hadith riwayat At-Tirmidzi menyebut bahawa “tiada dua witir dalam satu malam”.

Bagaimanapun, terdapat sebahagian kecil ulama pula mengatakan anda boleh witir tetapi
dengan syarat anda solat satu rakaat witir dahulu sebelum memulakan solat sunat yang lain, then di akhir solat-solat sunat itu, anda tutup dengan witir semula (dengan rakaat ganjil).

Dan bagi mereka yang berkeyakinan mampu utk bangun malam bg menunaikan solat sunat tahajjud itu tidak perlulah utk menunaikan solat sunat witir selepas tarawih kerana ianya masih blh dilaksanakan di hujung waktu slps selesai menunaikn solat tahajjud/sunat yg lain pd mlm harinya.

untuk keterangan lanjut sila layari:

http://zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=247&Itemid=95

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: