Catatan Raya Pertama



Get Hari Raya Graphics Here

Bismillahirrahmanirrahiim…

Aku bersyukur padaMu Rabbi, kerana mengizinkan aku masih bernafas pada hari yang mulia ini,penuh barkah, 1 Syawal 1429 H.

Raya tahun ni agak sunyi kat rmh aku, almaklum kbykan abg2 ku tak dpt pulang berhari raya.Kalo ada yg balik pun kbykannya balik raya kedua esok. Hari raya pertama cuma ada mak ayah aku dan abg long serta famili…Aku pagi-pagi dah sibuk dgn kak ipar kat dapur, maklum la mak tiba-tiba tak sihat jadi tgl kitorg dua sj yang kena berperang kat dapur tu.Huhu kesian tgk mak, betul-betul tak larat.Ayah pun kena selesema skit. Lps solat raya, mak dpt panggilan ucapan slmt dari anak-anak yang tak dpt balik , termasuk akhi Ali dari Qatar.Kesian abg aku ni dah masuk kali kedua kena raya kt sana.Sama jugak dgn akhi Wadi yang beraya kt Kelantan, tapi raya ketiga ni terpaksa fly semula ke Qatar.Huhu memang kesian, apa nk buat dah tuntutan kerja.

Fuhh memang tak menang tangan, ramai pulak yang datang beraya dari pagi tadi.Budak2, mak budak, bapak budak, semua ada.Ayah dan abg long sibuk layan tetamu kat dpn, aku dgn kak long sibuk berperang kat dapur.Mujur ada kak ipar yang rajin ni.Dan mak pulak mmg btl2 tak larat, dia dah masuk berehat kat bilik,panas bdnnya.Tak pe la mak, berehat la betul2, giliran kitorg pulak mengerah tenaga. Semoga Allah memberikan nikmat kesihatan kpdmu ya ummi.

Jam menunjukkan pukul 11 lebih. Bdk2 dah makin berkurang sikit yang datang, jadi blhlah menarik nafas sekejap.Tidak lama lps tu, aku menyambut ketibaan Ustz Hafizah dan adiknya yg sudi dtg beraya kat rumah.Baru je berborak seketika, dtg pula dua tiga org saudara sepupu beraya kat rumah. Jd aku kembali sibuk melayan tetamu yg dtg.Baru je diorg ni menjamu selera, dtg pula segerombolan saudara sepupu2 ku dgn familinya dlm belasan org. alamak kali ni aku panic, baru perasan rupa-rupanya abg long dan kak long keluar tadi, pegi beraya kat rmh pak cik ku skjp.dan time tu tgl la aku sorang yg kena melayan tetamu2 ni.Adoi tak blh jadi ni, mana cukup tgn nk melayan diorg ni.Di ruang tamu dpn, kak fizah dan sepupu yang td sdg menjamu selera. Di ruang tamu blkg pula hmpir penuh segenap ruangnya dgn saudara mara aku ni yang mula mengambil tempat..Mujurlah semuanya perempuan.

Hmm apa nk buat ni?Tiba2 aku terpk, kak fizah yang baik hati kan ada.Mujur dia dah hbs makan, terus aku meminta bantuannya.Kesian kak fizah tiba2 kn jadi tuan rumah sat, membantu aku kat dapur.Maka berhempas pulas la kitorg kat dapur menyediakan juadah kpd saudaraku yg datang.

“ Haa kak fizah, tlg bancuh air.
“ Haa kak fizah, tlg potong daun sup.”
“ Haa kak fizah tlg tambah kuah sup.”

Hihi seronok juga membuli senior aku ni, bila lagi dpt buat mcm tu, tahun depan dia dah keluar, pastu keja, pastu jadi isteri org.Mujur kak fizah jenis tak kisah, ringan tgn saja ustazah ni.Dan dia pula asik tergelakkan aku kat dapur, katanya padan muka aku.haish memang nk kena la mak cik ni.

Slps menjamu selera, saudara maraku pun beransur pulang.Begitu juga dgn kak fizah yg meminta diri.Mmg tak smpt nk berborak pjg,tapi apa pun kitorg masih ada byk lagi agenda pada hari raya ketiga ni.

Keadaan sblh ptg agak terkawal, semakin kurang tetamu yg dtg..aku menyusun bbrapa perancangan pd raya ketiga ni.,.termasuklah plan utk bertemu dgn shbt baikku ukhti Izzati…Dah lama kami tak meluangkan masa bersama sejak mendaftar masuk blajar kat Usm ni.Masing2 sibuk dgn amanah masing2, dia di kmpus induk dgn kesibukannya yg semakin bertambah2 setahun dua ni,( kalo tak percaya g la melawat blog dia mashitahizzati.blogspot.com) dan aku pula di kmpus kejuruteraan dgn kesibukan aku yg tersendiri.Aku masih igt lagi kali pertama dan terakhir dia dtg rmah aku pun tiga tahun yang lalu.Dan pertemuan2 kami slps itu di usm pun slalunya sekejap sj. Tu pun kebetulan kalo ada majlis ape2, dan topic yg dibncgkan slalunya lebih kpd gerak kerja.

Dan kali ni aku tekad, aku pula nk pegi beraya kat rumah dia.Apa pun tgu la jumaat ni.Haish tak sabar pulak nk tgu raya ketiga.Semoga semuanya berjalan spt yg dirancang. …AMEEN.

Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: