The Friendship in Islam

Islam urges to  have cordial relations with others and to avoid corruption and the harmful  effects of the company of the wicked and the mischievous, strictly  forbidding every kind of contact and intimacy with them. The first kind of  friend are very few, and their friendship is like a mirror to you. In deed,  we must be fair to our friends, and must want for them that which we want  for ourselves.

Nabi Muhammad (Sallallahu Alayhi Waalihi  Wa Salam) said,

“A  true believer is a mirror to his brother. He prevents him from any harm.”

Friends wish well for their friends, and feel a strong grief when they see  them in any kind of distress or suffering. They work hard by all means, by  their wealth and their hands to restore the rights of their friends, and  give them all the help they need. They keep the secrets of their friends.  This kind of friendship is the basic necessity of social life.

29032009_006

Nabi  Muhammad (Sallallahu Alayhi Waalihi  Wa Salam) said,”A person follows the  ways and conducts of his friends.”

On the other hand, one encounters fools, avaricious, people cowards, and liars. The fool wants to help others, but  cause more harm to them despite good intentions. The avaricious one takes  but does not give back to anyone. The coward flees at the smallest danger,  abandoning everyone. And the liar does not benefit others, brings animosity  and resentment, and causes serious damage to others. Also, the liar is not  trusted even if he/she is telling the truth.

There are many characterizes of true friends:

Their heart and face should be alike, they should be honest with their friends and show them both the good  and the bad side: wealth and children should not change them; they should  help whenever able to do so, and they should not leave their friends during  difficulties.

Muslims are advised by the Nabi (Sallallahu Alayhi Waalihi Wasalam) to select a good friend to associate with, and to have him as a social companion in life.

Nabi (Sallallahu Alayhi Waalihi Wasalam) said,“The  similitude of a good companion is like an owner of musk; if you don’t get  anything, you will get the smell of it. The similitude of a bad companion is  like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt,  you will be touched by its smoke.”

So, which kind of companion do you have now and what kind of companion do you are ????




BE POSITIVE!

1_686308818l2
If anyone talks to me badly, I will stay away and try to be calm
If anyone tells me the truth I will accept and do not ever regret
If anyone hurts my heart I will stay calm and pray
If anyone gives me hope, I will hold and do not keep it at bay
If anyone looks down on me I take it easy and strengthen my heart
If anyone loses their temper I take a deep breath and be quite
If anyone needs my help I will lend my hand and do the best
I care for everyone’s feeling and desire

BE POSITIVE FOR EVERYDAY!

Soalnya Hati

view056Kira-kira dua minggu yang lalu,dalam kesibukan aku berhadapan dgn test, asignment dan proses akhir menyiapkan jurnal, seorang teman putri di desa telah bertanya kepada ku.Satu persoalan yang sukar juga untuk ku jawab, kerana ianya adalah berkaitan dgn permasalahan hati dan jiwa manusia, sedangkan aku bukanlah orang yang arif di dalam hal ini.

‘’ Bagaimanakah caranya untuk kita mengetahui keikhlasan hati orang lain terhadap kita terutamanya dalam hal yang melibatkan hubungan persahabatan ?

Tetapi teman ini punya masalahnya yang lebih spesifik lagi, lagi parah kerana melibatkan soal percintaan.Adoi bertambah pening kepala ku, hendak saja ku jawab ,bagi menjimatkan masaku yang memang sedia pendek ‘’Jika hubungan itu terlarang di sisi Allah maka tinggalkanlah segera daripada engkau memeningkan kepalamu memikirkan keikhlasan dan kejujuran si lelaki itu kpd mu.. ‘’

Tetapi akal dan suara hati aku menghalang, kerana orang sebegini bukanlah begitu pendekatannya..Aku kenal benar perwatakan teman ini, seorang gadis kota metropolitan, ,ingin bebas, petah berbicara, lebih suka berfikir sesuatu yg realistik dan mindanya sarat dgn pelbagai persoalan.Sesunguhnya aku sayangi nya sbg temanku, kerana aku tahu jauh di sudut hatinya dia dahaga kan kasih sayang dan cinta, Cuma malangnya dia tidak mengetahui kepada siapakah sebenarnya yang layak utk meraih kasih sayang tersebut.

Perlahan-lahan aku kembali bertanya kepada nya.Aku ingin dirinya sendiri yg berfikir..
’’Mun, (bukan nama sebenar) , pernah Mun tya diri sendiri apa tujuan hidup ini ? ‘’

Mun hanya menggelengkan kepala. ‘’Ntah lah, tak pernah Mun terfikir.” Jawabnya ringkas.

“Kalau begitu, nampaknya Mun sendiri pun belum cukup mengenali diri sendiri.Jadi macam mana Mun nak kenal diri orang?” sambungku lagi.

“Ntah lah, yang memeningkan Mun skrg Cuma mcm mn caranya utk mengetahui keikhlasan kawan Mun tu,”..suaranya hiba.Aku tahu dia sedang dilandak konflik dalaman yang membawa seribu permasalahan kpdnya.

“ Macam ni lah Mun, cuba Mun amik masa beberapa hari ni, fikir betul2, kenali diri Mun dulu..Mun boleh cuba pisahkan diri sementara daripada kawan Mun tu..,” cadang ku.Mun diam menyepi.

“Mun, untuk merasai keikhlasan seseorang, maka bersihkan lah dulu jiwa kita.Hanya jiwa yang ikhlas dapat merasai keikhlasan orang lain.”...tambahku.

Maka masa berganti masa…Kami masing-masingnya terus disibukkan dgn urusan masing-masing.Namun pada masa yang sama aku tidak lupa utk terus memikirkan apakah nasihat yang terbaik harus diberikan.Sedih sekali kerana hakikatnya masih ramai lagi teman-teman mahasiswa yang hidupnya kosong, hati yang tidak terarah, lantas mereka sendiri akan dibelengu kebingungan yang merosakkan.Aku tidak mahu temanku juga akhirnya begitu.Aku mencari-cari ruang waktu yang sesuai utk mendekati Mun..Aku yakin ianya masih belum terlambat…

Akhirnya selang seminggu kemudiannya….

……….bersambung

aku yg terlupa

“Isk2, mcm mana blh terlupa ni? “, geleng kak Ma, kerani desasiswa Jaya yg sudah lama ku kenal sejak dua tahun lalu lg.Aku hanya tersengih, hmm tak pernah aku lupa mcm ni, lupa utk memohon penginapan desasiswa online.

Hehe nah hari ni baru aku teringat ,setelah 3 hari tarikh daftar on9 ditutup.Rupa-rupanya bukan aku seorang saja yg lupa, dan aku tidak tahu juga apa yg menyebabkan mereka itu lupa utk memohon penginapan desa on9.Mereka itulah teman2 ku..Hmm kak Ma menjelaskan pjg lebar procedure nye yg lebih ketat pd sidang ini, memandangkan semua desasiswa sdh tidak mempunyai kuasa lg utk menguruskan permohonan penginapan peringkat pertama dan smua urusan itu kini dikendalikan UPU Bg golongan yg nak merayu ini nampaknya kna la tgu sehingga beberapa bulan lagi utk mendapat peluang menghantar permohonan rayuan.

So skrg tgu dan berdoa saja lah utk dimudahkan urusan.Tapi yang peliknya, xde la rasa susah hati pulak, hehe.Hebat juga penangan menyiapkan jurnal biomass last week nmpknya, ditmbh lagi dgn mslh ummah itu ini nya dlm kotak fikiran.adakah itu yg membuatkn aku terlupa? Hmm wana, nad, aini, maya, hajar, apa la nasib kite,hhehe.Kalo x bertmpat, alamatnya merempat lah.Awat la hgpa pun lupa.Begitu byk perkara yg bermain di fikiran nmpknya skrg.Takpe2, yakin lah setiap perkara itu dtg dengan hikmahnya.

semoga dipermudahkan urusan mu wahai sahabat.

Make your own at ProfilePitstop.com

Zainab al-Ghazali

Zaynab al-Ghazali bukanlah seperti wanita biasa. Seperti Aisha Abdul Rahman, beliau merupakan rakyat Mesir dan mempertahankan hak-hak wanita Islam berdasarkan apa yang diyakini beliau sebagai fahaman Islam yang betul. Beliau dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917 di dalam keluarga yang terhormat, keturunan Umar al-Khattab dan al-Hasan bin Ali bin Abi Talib. Ayah beliau juga merupakan lulusan al-Azhar. Beliau lebih terkedepan sebagai pejuang dan aktivis Islam daripada seorang yang ulama’. Sewaktu mudanya, beliau aktif dalam pergerakan feminis, dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir (Egyptian Feminist Union) yang diasaskan oleh Huda as-Syarawi pada tahun 1923. Beliau telah keluar daripada persatuan itu disebabkan tidak bersetuju dengan idea dan landasan perjuangan gerakan pembebasan wanita. Pada umur 18 tahun (1936), beliau mengasaskan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hal-ehwal dan akitiviti-aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam dan tujuan ke arah Islam.
zai1

Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al-Banna pada 1928 mempunyai perancangan untuk mengasaskan sayap wanita di dalam pertubuhannya. Hasan al-Banna telah meminta beliau untuk mengetuai bahagian wanita dalam Ikhwan Muslimin. Beliau dan persatuannya menolak tawaran ini tetapi menyatakan persetujuan untuk memberikan kerjasama. Setelah Ikhwan Muslimin dibubarkan pada tahun 1948, Zaynab al-Ghazali telah berbaiah kepada Hasan al-Banna pada tahun 1949 untuk menyokongnya dan bersama memperjuangkan sebuah daulah Islam. Malangnya Hasan al-Banna telah gugur syahid tidak lama setelah itu. Kesedihan hati Zaynab telah tercoret dalam bukunya yang masyhur, Hari-hari Dalam Hidupku. Beliau menyambung perjuangan dan mengotakan baiahnya kepada pemimpin Ikhwan Muslimin yang menggantikan Hasan al-Banna iaitu Hasan al-Hudhaibi. Beliau menyertai dan bersama dengan ahli Ikhwan Muslimin terutama apabila Ikhwan Muslimin diharamkan dan mereka terpaksa bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naser sekitar tahun 1950-1960an.Dalam satu temuramah dirumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, Zainab al-Ghazali berkata:

“Islam telah menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya-kebebasan,hak ekonomi,hak politik,hak social, hak awam dan juga hak persendirian. Islam telah memberikan hak-hak wanita di dalam keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian,Yahudi dan juga masyarakat pagan, tetapi dalam masyarakat Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita Muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam telah memberikan mereka semua hak-hak mereka.”

Inilah intipati pemikiran Zainab al-Ghazali berkenaan dengan status wanita seperti yang selalu diluahkan dan disampaikan beliau dalam ceramah-ceramah beliau dan juga karya-karya beliau di dalam majalah al-Da’wa, dimana beliau merupakan editor sebuah ruangan untuk pembangunan rumah tangga Muslim yang sebenar. Perkara utama dalam perjuangan beliau adalah pentarbiyahan, iaitu untuk memberi kefahaman Islam di dalam pemikiran wanita, mendidik mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka dan mengubah masyarakat untuk membina sebuah daulah Islamiah yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Zainab al-Ghazali meyakinin bahawa Islam membenarkan wanita untuk bergiat aktif dalam hal social, memegang jawatan, memasuki politik dan juga memberi pendapat. Beliau percaya Islam membenarkan wanita memiliki harta, menguruskan perniagaan dan apa sahaja yang mereka mahu dalam perkhidmatan masyarakat Islam. Beliau berpendapat tugas utama wanita Muslimah ialah menjadi ibu dan isteri. Oleh itu, tiada tanggungjawab lain yang boleh mengatasi tanggungjawab ini. Jika wanita itu mempunyai masa luang untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan setelah tugasnya sebagai ibu dan isteri telah dipenuhi, maka dia boleh berbuat demikian kerana Islam tidak melarang perbuatan tersebut.

Zainab al-Ghazali sangat meyakini tanggungjawab agama dan social apabila berkahwin. Pada perkahwinan beliau yang pertama, suami beliau tidak bersetuju untuk membenarkan beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam. Dengan sebab itu, beliau telah meminta cerai daripada suaminya kerana pra-syarat yang diletakkan oleh beliau sebelum berkahwin adalah membenarkan beliau memperjuangkan Islam. Suami beliau yang kedua memahami semangat dan gagasan perjuangan beliau dan melibatkan diri dalam penulisan untuk menyokong beliau dan sama sekali tidak menghalang beliau dari perjuangan. Didalam buku ‘Hari-hari dalam Hidupku’ (Ayyam min Hayati) beliau mengisahkan bagaimana suami beliau walaupun sangat bimbang akan diri beliau tetapi terus menerus menyokong perjuangan suci beliau. Zainab al-Ghazali juga menekankan beliau tidak akan mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan keluarga beliau walaupun beliau Amirah sayap wanita Ikhwan Muslimin. Tanggungjawab beliau yang berat itu menyebabkan beliau perlu bekerja pada waktu yang panjang di pejabat beliau dan aktiviti bersama Ikhwan Muslimin. Setelah kematian suaminya yang kedua, beliau masih di dalam penjara. Beliau merasakan tanggungjawabnya terhadap perkahwinan telah selesai dan beliau bebas untuk mengorbankan seluruh masanya untuk perjuangan Islam.

Sebagaimana pejuang-pejuang Islam yang lain, beliau juga kecewa dengan revolusi Mesir 1952 yang didokong mereka pada mulanya dan akhirnya pejuang Islam telah dikhianati oleh Jamal Abdul Naser. Zainab al-Ghazali menyatakan bahawa rejim Jamal Abdul Naser adalah musuh kepada Islam. Setelah beberapa tokoh Ikhwanul Muslimin ditangkap dan dihukum mati dan ramai dipenjara, beliau mendahului pergerakan untuk menolong isteri, janda dan keluarga pejuang yang telah dibunuh dan dipenjarakan. Walaupun dipenjara, beliau meningkatkan usaha tarbiyyah secara rahsia diketuai oleh pimpinan Ikhwan Muslimin. Dalam tahun 1962, beliau dapat berhubung dengan Sayyid Qutb melalui dua orang adik Sayyid Qutb dan menerima tulisan beliau berkenaan perjuangan Islam dan tafsir al-Quran dan hadith serta syariah Islam. Beliau juga menerima sebahagian dari buku yang dikarang oleh Sayyid Qutb dalam penjara yang kemudian diterbitkan dengan judul Ma’alim Fit-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan).

.Tulisan dan petunjuk daripada Sayyid Qutb di dalam penjara dan juga ayat-ayat al-Quran akan dipelajari dalam satu kumpulan terdiri daripada lima hingga sepuluh pemuda yang berjumpa pada waktu malam di rumah Zainab ataupun tempat lain. Perbincangan, pandangan dan pendapat diutarakan di dalam pertemuan tersebut. Dengan persetujuan Sayyid Qutb dan pimpinan Ikhwan Muslimin, keputusan untuk menjalankan program tarbiyyah selama 13 tahun sepertimana zaman Rasulullah saw di era Mekah. Apabila tempoh ini berakhir, maka studi dan kajian akan dibuat adakah sekurangnya 75% daripada rakyat Mesir sudah yakin dengan keperluan adanya daulah Islam dan membangunkannya. Jika ianya terjadi maka gerak kerja menubuhkan daulah Islam akan dilakukan dan jika belum lagi mencapai tahap tersebut, program pentarbiyahan akan dilakukan semula selama 13 tahun lagi sehingga sehingga rakyat bersedia untuk membina daulah Islam, menerima pakai undang-undang syariah Islam dan menegakkan hukum Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Apabila kerajaan Mesir berasa curiga dengan perkumpulan rahsia dan matlamat mereka ini, Ikhwan Muslimin diserbu pada tahun 1965. Ikhwah dan akhawat pergerakan Ikhwan Muslimin semuanya ditangkap dan dipenjarakan. Zainab al-Ghazali adalah salah seorang daripada mereka. Jemaah wanita Ikhwan Muslimin dibubarkan. Beliau dibicarakan bersama sahabiah yang lainnya pada tahun 1966 dan dihukum penjara seumur hidup dengan kerja berat. Satu hukuman yang tidak masuk akal bagi seorang wanita. Namun pada tahun 1971 beliau telah dibebaskan apabila kematian Jamal Abdul Nasir dan Anwar Sadat mengambil alih tampuk pemerintahan. Setelah itu, beliau terus sahaja meneruskan perjuangan beliau tanpa mengenal penat lelah dalam mendaulatkan Islam dibumi Mesir.

Beliau merupakan wanita yang terkemuka setelah jatuhnya khilafah Islamiah di Mesir. Beliau tidak mempunyai anak dan segalanya hidupnya diserahkan kepada perjuangan Islam. Beliau juga menjadi sanjungan dan pendorong kepada perjuangan wanita di seluruh dunia. Beliau dihormati oleh kawan dan lawan, malah disegani oleh tokoh-tokoh ulama’ kerana perjuangannya yang luar biasa.

Zainab al-Ghazali kembali ke rahmatullah pada hari Rabu 3 Ogos 2005 di kala umur beliau 88 tahun. Ternyata umur yang panjang yang dianugerahkan Allah pada beliau telah digunakan tanpa sia-sia sedikitpun, semuanya dikorbankan demi menegakkan agama Allah yang mulia. Beliau terus menjadi idola dakwah kepada pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia. Beliau juga menjadi bukti kukuh bahawa sebenarnya Islam mampu membina wanita yang berjuang untuk Islam. Sejarah hidup beliau persis hidup srikandi di teratak Rasulullah saw. Jadi tidaklah salah jika kita menggelarnya sebagai Ummul Mujahidah pada masa kini. Moga Allah mencucuri rahmat yang melimpah ruah kepada beliau dan menjadikan beliau di kalangan para siddiqin,amilin dan mujahidin.

http://dakwah.info/?p=5

Sekilas

Alhamdulillah, sy tidak tahu apakah kekuatan yg mendorong tgn ini utk menaip juga pd keyboard laptop biar pun mata rasanya mcm mmg dah nk tersembul keluar.( mode baru balik meeting) Skrg jam sudah menunjukkan 1.58 pagi, 21 Mac 2009.Rupa-rupanya dah nk masuk bulan 4 tak lama lagi la ye ,tinggal lagi 2  minggu nk masuk stadi week,  masyaALLAH mmg cpt masa berlalu, dan sedar x sedar sudah hampir 2 bulan sy x menggerakkan pena maya di blog usang ini.

Sekilas dalam masa beberapa minggu ini, kehidupan masih berputar spt biasa.Kesibukan berprogram itu sdh  ibaratnya makan minum, ditambah dgn tugasan akademiknya yg luar biasa menimbun.Di adun lagi dgn bermacam permasalahan yg perlu difikir dan diselesaikan sesegera mungkin.Keadaan kesihatan juga tidak berapa baik sejak 2 minggu yg lepas namun nikmat itu telah sikit demi sedikit di kembalikan  oleh Tuhanku Rabbul ‘ALAMIN yang Maha Pengasih lg Maha Penyayang.Semua itu kalo di + /-/x /e/ tanh/cosh/ atau di ln kan membuatkan sy tersenyum kerana itulah nikmat sebenar kehidupan.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Sbnrnya xde apa2 info yg nk dikongsi , cuma sj nk melepaskn penat dan kepuasan di sini, sbb siang tdnya berjaya jugak menyiapkan review paper. ALHAMDULILLAH, the journal writing is based on the potential of GASIFICATION method on extracting  the oil palm as the renewable biopower source in MALAYSIA.At least , walaupun agk tension mulanya tulis jurnal , tp in the long run rupanya this writing make me realise that kita patut bersyukur dgn segala nikmat kurnian ALLAH atas muka bumi especially the energy. Fossil fuels depletion is not a new issue and this point explodes the phenomena on finding the alternatives for utilizing the renewable energy source. Salah satunya adalah menggunakan gasification method which is clean and produce the H2 gas. Hmm sy mmg teruja dgn atom hydrogen since this atom is one of the primitif atom sejak alam ni diciptakan. Tak percaya? Sesungguhnya He dan H2 bertebaran diangkasa dalam masa 5 saat after the BIG BANG occured.

DAN APAKAH ORANG-ORANG KAFIR TIDAK MENGETAHUI BAHAWA LANGIT DAN BUMI KEDUANYA DAHULU MENYATU, KEMUDIAN KAMI PISAHKAN ANTARA KEDUANYA; DAN KAMI JADIKAN SEGALA SESUATU YANG HIDUP BERASAL DRP AIR ; MAKA MENGAPA MEREKA TIDAK BERIMAN?

AL ANBIYA’- 30

This  paper was successfully submitted to my supervisor Dr Lee keat Teong about 10 hours ago and it was really satisfied me. Huhu and now we just need to get prepared for the coming renewable energy ViVA ( the figure of Prof BATHIA is start to come accross my mind,yesterday dream and even Im goin to pasar mlm , he walked passed me by…hehe :))

Nvm, everything will be ok soon.just put a lot of effort and consistently pray to the GOD ALMIGHTY.

Hmm better stop here, rasa kalo ckp byk lagi merapu pulak.SEkilas saja drp sy.Mengantuk2.

wasalam.

 


Damai BersamaMU

 

Ku dedikasikan lagu indah ini buat jiwa-jiwa yang merindui kasih cintaMU,

 mendambakan damai bersamaMU.

Mari teman bersamaku, menyelusuri perjalanan utk dekat kpd TUhanku.

island_06

Download Damai BersamaMU

Aku Termenung Di Bawah Mentari
Di Antara Megahnya Alam Ini
Menikmati Indahnya Kasih-Mu
Kurasakan Damainya Hatiku

Sabda-Mu Bagai Air Yang Mengalir
Basahi Panas Terik Di Hatiku
Menerangi Semua Jalanku
Kurasakan Tenteramnya Hatiku

Jangan Biarkan Damai Ini Pergi
Jangan Biarkan Semuanya Berlalu
Hanya Pada-Mu Tuhan
Tempatku Berteduh
Dari Semua Kepalsuan Dunia

Bila Ku Jauh Dari Diri-Mu
Akan Kutempuh Semua Perjalanan
Agar Selalu Ada Dekat-Mu
Biar Kurasakan Lembutnya Kasih-Mu