Soalnya Hati


view056Kira-kira dua minggu yang lalu,dalam kesibukan aku berhadapan dgn test, asignment dan proses akhir menyiapkan jurnal, seorang teman putri di desa telah bertanya kepada ku.Satu persoalan yang sukar juga untuk ku jawab, kerana ianya adalah berkaitan dgn permasalahan hati dan jiwa manusia, sedangkan aku bukanlah orang yang arif di dalam hal ini.

‘’ Bagaimanakah caranya untuk kita mengetahui keikhlasan hati orang lain terhadap kita terutamanya dalam hal yang melibatkan hubungan persahabatan ?

Tetapi teman ini punya masalahnya yang lebih spesifik lagi, lagi parah kerana melibatkan soal percintaan.Adoi bertambah pening kepala ku, hendak saja ku jawab ,bagi menjimatkan masaku yang memang sedia pendek ‘’Jika hubungan itu terlarang di sisi Allah maka tinggalkanlah segera daripada engkau memeningkan kepalamu memikirkan keikhlasan dan kejujuran si lelaki itu kpd mu.. ‘’

Tetapi akal dan suara hati aku menghalang, kerana orang sebegini bukanlah begitu pendekatannya..Aku kenal benar perwatakan teman ini, seorang gadis kota metropolitan, ,ingin bebas, petah berbicara, lebih suka berfikir sesuatu yg realistik dan mindanya sarat dgn pelbagai persoalan.Sesunguhnya aku sayangi nya sbg temanku, kerana aku tahu jauh di sudut hatinya dia dahaga kan kasih sayang dan cinta, Cuma malangnya dia tidak mengetahui kepada siapakah sebenarnya yang layak utk meraih kasih sayang tersebut.

Perlahan-lahan aku kembali bertanya kepada nya.Aku ingin dirinya sendiri yg berfikir..
’’Mun, (bukan nama sebenar) , pernah Mun tya diri sendiri apa tujuan hidup ini ? ‘’

Mun hanya menggelengkan kepala. ‘’Ntah lah, tak pernah Mun terfikir.” Jawabnya ringkas.

“Kalau begitu, nampaknya Mun sendiri pun belum cukup mengenali diri sendiri.Jadi macam mana Mun nak kenal diri orang?” sambungku lagi.

“Ntah lah, yang memeningkan Mun skrg Cuma mcm mn caranya utk mengetahui keikhlasan kawan Mun tu,”..suaranya hiba.Aku tahu dia sedang dilandak konflik dalaman yang membawa seribu permasalahan kpdnya.

“ Macam ni lah Mun, cuba Mun amik masa beberapa hari ni, fikir betul2, kenali diri Mun dulu..Mun boleh cuba pisahkan diri sementara daripada kawan Mun tu..,” cadang ku.Mun diam menyepi.

“Mun, untuk merasai keikhlasan seseorang, maka bersihkan lah dulu jiwa kita.Hanya jiwa yang ikhlas dapat merasai keikhlasan orang lain.”...tambahku.

Maka masa berganti masa…Kami masing-masingnya terus disibukkan dgn urusan masing-masing.Namun pada masa yang sama aku tidak lupa utk terus memikirkan apakah nasihat yang terbaik harus diberikan.Sedih sekali kerana hakikatnya masih ramai lagi teman-teman mahasiswa yang hidupnya kosong, hati yang tidak terarah, lantas mereka sendiri akan dibelengu kebingungan yang merosakkan.Aku tidak mahu temanku juga akhirnya begitu.Aku mencari-cari ruang waktu yang sesuai utk mendekati Mun..Aku yakin ianya masih belum terlambat…

Akhirnya selang seminggu kemudiannya….

……….bersambung

4 Responses

  1. Salam…
    bila nk sambug citer?:-)

  2. ooo ade jugak orang yang nk tau smbungnnya.:),sabar ili, ana pun xtau bile nk smbg..hehe,,alamat nye tgu ana hbs exam dulu
    lama xdgr khabar ili; aku menyayangimu kerana ALLAH

  3. Bila nak sambung cerita? Lama dah tunggu ni….. Exam dah habis kan…

  4. tq 4 ur request.sy akan cuba mencari masa juga utk smbung cerita ini sbb slps exam hari tu terus disibukkan dgn perkara lain.mohon kemaafan, sy akan cuba.
    terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: