Bunga atau Mutiara?


“Tajuk yang indah ini menarik perhatian saya ketika saya membaca satu soalan yang ditujukan kepada para gadis: imAdakah anda bunga atau mutiara?? Bunga cantik, begitu juga dengan permata. Mana satukah yang anda pilih? Ya, bunga baunya wangi, warnanya cantik, menggoda dan menarik, manakala permata tinggi harganya dan cantik juga.Tetapi, bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik matahari atau diganggu oleh tangan manusia atau binatang. Mungkin ada orang memetiknya, lalu ia akan layu dengan cepat. Umur bunga sangat pendek.

imagesSedangkan mutiara akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada di dalam cenkerangnya. Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak dan layak.

Kedua-duanya cantik tetapi kecantikan mutiara berkekalan sementara kecantikan bunga hanya sementara. Demikian juga dengan para gadis. Gadis yang tidak menutup aurat cantik tetapi ia sama seperti bunga. Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna adalah mutiara yang amat cantik. Pasti terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

Oleh itu wahai saudariku! Wahai orang-orang yang merindui syurga dan merindui para pemuda di dalamnya yang kekal abadi serta kenikmatan yang berpanjangan! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya!

Setiap gadis yang beriman bahawa Allah sebagai tuhannya, Muhammad saw sebagai nabinya dan Islam sebagai agamanya hendaklah memerhatikan firman Allah swt (surah Ali Imran ayat 102):

Maksudnnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Kembalilah!

Islam bererti menyerah, menerima serta tunduk kepada segala perintah Allah dengan penuh kerelaan dan reda.

Apakah yang Allah swt perintahkan kepada anda wahai muslimah?! Dia memerintahkan anda supaya menutup aurat. FirmanNya (surah al-Nur ayat 31):

Maksudnya: dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju dengan tudung kepala mereka.

FirmanNya lagi (surah al-Ahzab ayat 36):

Maksudnya:

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.

Jika benar anda muslimah, ini bererti anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah. Jika anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah, Kenapa anda tidak menutup aurat anda?

…renungan..

5 Responses

  1. hmmm, nk jd mutiara & permata lah klu bgtu.. hihi..=)
    posting yg baik ni. Syabas!

  2. nk jadi embun atau mutiara?
    (tb2 tukar bunga jd embun)..:) terigt pula cerita embun mutiara..yg pastinya embun tu hanya cntik di pg hari, segar merenik di hujung daun tatkala disinari cahaya matahari. cantiknya hanya sementara krn embun akan juga segera hilang bila cahaya terik menyinari..
    maka jadilah ibaratnya mutiara.menyinari dari sinar lautan dalam.

  3. “…Sedangkan permata akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada di dalam cenkerangnya….”

    Uits cik adik, permata tak duk dalam cengkerang, permata tu carik kat gurun biasanya. Papepun, kemilau permata or mutiara itu tidakkan terpancar tanpa hadirnya cahaya. Apa dia cahaya tu? Mari kita fikir2kan.

    *Tetiba teringat “diamond cutter”

  4. ye bos.noted! tak perasan pulak, yg duk dlm cangkerang hanya mutiara. :)tersasul

  5. hik3, lawak la kakak2 ku ni…=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: