The War On Democracy


Pernahkah anda menonton filem “The War On Democracy”?Jika belum, pastikan anda menontonnya memandangkan filem ini sarat dengan kupasan bagaimana sebuah negara bernama Amerika memporak perandakan sesebuah negara berdasarkan modus operandi yang didalangi oleh gerakan Freemasonry.

warSaat ini saya sudah hampir menamatkan pembacaan saya terhadap sebuah buku yang berjudul “Gerakan Freemasonry: Musuh dalam menghancurkan Islam.” yang pada saya sangat penting utk diketahui oleh segenap umat Islam, terutamanya pendokong gerakan Islam utk mengenali siapakah golongan ini dan bagaimana mereka mendalangi percaturan dunia dalam membentuk New World Order. Dan kebetulan pada hari ini juga saya telah terbaca akan satu tulisan oleh Sdr Faisal Tehrani yang mengupas tentang filem “The War On Democracy” yang menarik perhatian saya serta berselari dengan apa diceritakan tentang Freemasonry.Filem berbentuk dokumentari ini menjadikan Venezuela dan Hugo Chavez sbg kes yang dikupas dan pernah menimbulkan kekecohan di Pesta Filem Cannes 2007.

Filem ini mengisahkan Hugo Chavez seorang pemimpin Venezuela yang disenangi rakyatnya atas dasarnya yang membela rakyat miskin, kelas bawahan dan rakyat luar bandar manakala dasar luarnya pula tidak pernah memberi muka kepada AS, kuasa imperialis dunia.Kekayaan minyakVenezeula tumpah kembali kepada rakyat yang memerlukan dan ini tentunya tidak disenangi golongan atasan Venezuela serta Washington.Rancangan menjatuhkannya mula dirancang di Miami, Rumah Putih dan kelab-kelab mewah di Caracas.

Media digunakan untuk menyebarkan kebencian dan dakyah palsu mengenai Chavez.Gerakan anti-Cahvez mendapat perhatian besar.Kod warna diperkenalkan utk menunjukkan solidarity mereka, kononnya mereka bangkit utk memastikan demokrasi, kebebasan dan hak asasi Venezuela bertakhta kembali.

Pada 11 April 2002, gerakan pembangkang yang semakin kuat kerana sokongan media tertentu mengatur rally utk menunjukkan protes terhadap Chavez.Pada hari yang sama, kumpulan pro-Chavez juga berarak.Jalan yang mereka lalui tidak sama mengikut perancangannya.Namun, sesuatu telah berlaku.Terdapat ahli dari gerakan pembangkang yang tidak dikenali muncul, memandu ribuan manusia ke arah jalan yang sedang dilalui oleh perarakan pro-Chavez.Mereka bertembung.Dan tiba-tiba keadaan menjadi huru hara.Penembak hendap dari atas bumbung menembak orang awam khusus dari kumpulan pembangkang.Ramai yang terbunuh, dan tercedera.

Malam tersebut, media swasta yang memang anti-Chavez menunjukkan rakaman penyokong Chavez berdiri di atas

Hugo Chavez

Hugo Chavez

jambatan, mengeluarkan pistol dan menembak ke arah kumpulan pembangkang yang sedang berarak di bawah.Footage itu dgn jelas memaparkan kumpulan pro-Chavez sdg menembak “sesuatu”.Ia berguna utk membakar semangat rakyat bhw Chavez mmg bertanggungjawab terhadap pembunuhan dan rusuhan berdarah itu. Malah malam itu juga, pihak atasan tentera ikut muncul di kaca tv mengesahkan Presiden Chavez adalah “pembunuh” dan dictator.Mereka menuntut Chavez meletak jawatan.Tentera malah mengepung rumah Chavez.Adakah ia benar?Adakah penyokong Chavez yang menembak golongan pembangkan?Siapakah penembak di atas bumbung?Adakah mereka polis?Pihak berkuasa?

Pilger ( pengarah filem) berjaya mencungkil rahsia sebenar.Otto Nuestald, koresponden CNN di Venezuela pada tahun 2002 dalam satu temubual mengakui beliau merakam kenyataan media komandan tentera Venezuela mengutuk Chavez “sebelum” perarakan bermula.Malah dalam kenyataan media itu, komanden itu menyebut angka kematian dan kecederaan walhal rusuhan belum pun berlaku!

Dalam huru hara di istana Moraflores, Chavez kemudian diculik.Media CNN dan swasta segera melaporkan Chavez meletak jawatan.Dan seorang pemimpin baharu dilantik, seorang usahawan bernama Pedro Carmona. Propaganda media segera menghebahkan “cahaya baru telah tiba di Venezuela”.Harus diingatkan Chavez tidak pernah meletak jawatan.Malah beliau diculik selama 48 jam.Pemimpin baru Venezuela menggantung parlimen serta merta, kembali meletakkan dasar yg memihak kumpulan atasan.

Seperti yang dijangkakan, Bush yang memerintah AS ketika itu mengalu-alukan pertukaran “rejim Chavez”.Rakaman pembunuhan yang dikatakan dilakukan Chavez terhadap kump pembangkang diulang-ulang oleh media antarabangsa.CNN,FOX, CBS dan BBC semuanya memanjangkan berita yang sama.Kuasa Tuhan, Maria, isteri Chavez menelefon sebuah radio kiri di kwsn pedalaman dan menjelaskan ,”Chavez tidak menandatangani surat perletakan jawatan.Tandatangan palsu telah diturunkan.”

Kebenaran yang mengejutkan itu mendorong rakyat miskin, luar Bandar dan kelas pekerja bangkit menyelamatkan Chavez.Mereka berarak ke Caracas dan menuntut Presiden Chavez dikembalikan.Tentera berpangkat rendah yang tidak sanggup lagi menipu, menyerbu istana presiden, dan mengembalikan Chavez yang ditahan di sebuah tempat.Perancang yang merampas kuasa sebelumnya melarikan diri ke Miami.

Begitulah kisah yang telah dibongkar oleh Pilger. Bertahun-tahun AS mengerahkan seluruh jentera yang ada khususnya media utk menyediakan konspirasi jahat.Salah satu jentera di bawah CIA ialah NED ( National Endowment for Democracy) yang berfungsi menyalurkan dana bagi menjatuhkan kerajaan di negara yang tidak memihak AS. Di Venezuela, lebih AS$2 juta disalurkan kepada pembangkang utk menjatuhkan Chavez.

Selepas 45 tahun, menurut kajian Pilger, AS telah berusaha menjatuhkan lebih 50 buah kerajaan yang demokratik supaya lebih pro-Washington. Itulah yang sedang dilakukan NED di Malaysia dan Republik Iran.Adalah tidak mengejutkan Kenneth Timmerman, salah seorang pemikir NED terlanjur mengatakan di sebuah majlis di Washington beberapa hari sebelum pengundian di Iran ,” There is the talk of a “green revolution” in Tehran”.Gerakan hijau yang dimaksudkan merujuk kpd gerakan pembangkang Mir Hossein Mousavi yang kempen nya menggunakan warna hijau.

Tidakkah ada persamaan apa yang menimpa Chavez hampir 10 tahun yg lalu dgn apa yang dilalui Mohmoud hari ini?Siapakan pembunuh sebenar Neda, remaja yang mati ditembak hendap dari atas bumbung Tehran? CNN mendakwa Neda dibunuh oleh Basiji,( kump para militari yang setia kpd Ayatullah Ali Khamanie). Tetapi tidak pernah ada pembuktian.Saban hari video “pembunuhan “ itu dimuat turun dari You Tube dan dihebahkan melalui Twitter di seluruh dunia.

Apa yang tidak disedari (ttp ditunjukkan Pilger dlm filem itu) ialah ketika kudeta terhadap Chavez berlaku, imej penyokong Chavez menembak anggota pembangkang sbnrnya imej yang dimanupulasikan.Apa yang sebetulnya berlaku ialah golongan penyokong Chavez di atas jambatan mengeluarkan pistol utk mempertahankan diri mereka drp serangan penembak hendap yang sama, yang menembak kump pembangkang.Ini bermakna ada campurtangan yang misterius yang sengaja melaga-lagakan kedua-dua kump itu.

Di Malaysia, adakah NED beroperasi? Sudah tentu.maka berhati-hatilah dgn laporan media dan khabar angin menerusi internet.

Cepat dapatkan filem The War On Democracy dan tonton sendiri!

2 Responses

  1. what is NED?

  2. national endowment for democracy

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: