SUATU HARI


CATATAN 29 JULAI 2009.(RABU)

Hari yang kelam kabut jadinya.Ekoran langkah berjaga-jaga pihak usmkkj yg telah mengeluarkan arahan supaya kampus ditutup bermula esok sehingga 5 ogos, maka berpusu-pusulah para pelajar ni dgn sepantas kilatnya meninggalkan kampus.

Fuh,bertindak pantas semua org.Dan aku? Kepala dr pg tadi mula berserabut bkn kerana memikirkan kerisauan ttg H1NI, huhu namun kepala ini berputar-putar memikirkan bbrp perancangan yg perlu ditunda, ditukar, dan diubahsuai.Err x lupa juga yang menyumbangkan kpd belitan urat kepala ni adalah ttg process design yg kena htr next week.Plan asalnya nk bncg dgn SV dan ahli kump ari ni ttp memandangkan semua org pun dah lari, maka tinggallah semata perancangan..tapi lupakan semua tu.

Pada asalnya aku mahu saja pulang esok petang slps menyelesaikan bbrapa tugasan namun plan itu juga perlu disegerakan kpd awal pagi esok memandangkan ibu baru saja menelefon dan mengkhabarkan kembalinya ibu saudara ku ke rahmatullah petang td.

Dan bermula selepas isya’ tadi segera aku menyelesaikan bbrp tugasan itu, (huhu namun tak siap2 jugak)..Blok di desa mmg  sunyi dari hiruk pikuk suara penghuninya yang kebanyakannya sudah pantas meninggalkan kampus.Maka tinggallah aku sendiri di bilik menyelesaikan kerja-kerja tertangguh dlm aman damai.Namun kerja harus dihentikan pada jam 1040 mlm memandangkan aku sudah berjanji utk menghantar bbrpa org adik junior ke hentian bas PB. Segera aku berkemas,kerana malam ini aku akan bermalam di rumah akak2 baik memandangkan kami akan bertolak terus pulang seawal yg mgkin pagi esoknya.

Adus kelam kabut jadinya.Maaf la adik2 kalo akak bw keta ntah apa2.huhu.mujur lah ada adik2 yang baek dan memahami.Hari sudah semakin lewat.Sesungguhnya hati ini risau, apatah lagi bw keta sorg diri.Selesai menghantar adik2, segera ku menuju ke rumah akak2 baik, tp sesuatu pula yg terjadi.Adus rupanya kredit ku sudah hbss, maka tersadailah aku di depan rumah akk2 baik hampir 10 minit kerana penghuninya mmg langsung x menyedari kehadiranku walaupun sudah dibunyikan hon berkali2.Hendak bersuara, aku yakin sure2 susah juga nk dgr, err takut juga mengganggu jiran-jiran.

Hendak masuk semula ke usm? oh tidak2, dah malas nk kena lalu pak guard saringan,bimbang juga merisaukan akak baik kerana aku smpt memaklumkan kehadiranku malam ini di rumahnya. Adus mahu tak mahu terpaksalah dgn berat hatinya  aku berpatah balik ke pekaka yg hampir utk membeli topup walaupun hari sudah hampir lewat malam.Selesai membeli topup, akhirnya aku berjaya menghubungi akak baik dan selamat masuk ke rumahnya.

Dan sekarang, aku mahu berehat.…kembali bermuhasabah.Esok awal-awal pagi aku akan bertolak pulang ditemani akak baik, utk menziarahi ibu saudaraku yang disayangi.(Semoga rohnya dicucuri rahmat).Sesungguhnya sudah masuk hampir dua minggu, ini adalah suatu perjalanan tarbiyah., mendidik jiwaku mengingati mati.

  • Maafkan sy pembaca2 .Posting ini hanyalah coretan sy yg tiba2 hilang mengantuk selepas berkejar ke sana ke mari di suatu malam.
  • Maafkan juga jika otak anda turut berserabut selepas membaca posting ini. ..(ayatku yg lintang pukang).

2 Responses

  1. life, semua orang akan mengalami peristiwa ni atau yang sewaktu dengannya…

    INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN

  2. life, semua orang akan mengalami peristiwa ni atau yang sewaktu dengannya…

    INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN

    take care, wabak berbahaya, dlm kampus atau luar , sma jak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: