KEHENINGAN MALAM


Malam ini dah masuk dua malam aku di usm selepas pulang dr rumah.Kampus masih lagi sunyi dari suara penghuni2 yang banyaknya belum balik lagi dr cuti H1N1(erk macam teruk saja bunyi).abaikan.

Sebenarnya tak tau nk tulis apa, saja tangan duk gatai, digerakkan oleh otak yang kepenatan meronta-ronta minta direhatkan sekejap setelah seharian menyiapkan process design.

Petang tadi,sambil mahu merehatkan minda, saja ku melangkah menziarahi tiga org adik2ku ni yang kedemaman + selesema.adus kesiannya adik2ku, ingatkan depa selamat blk di rumahnya, rupanya terkandas juga di kampus ekoran gejala demam ini. (alhamdulillah hanya demam biasa, negatif H1N1).Seorang sahabatku juga sudah pulang ke kampus hari ini.Maka selepas solat td, kami berlima2 sama berjemaah menjamu selera di bilik mereka, dalam sunyi suasana desa.(alhamdulillah dapat juga mengisi perut selepas seharian mengurung diri di bilik).

Dalam beberapa topik yang dibualkan, kami sama-sama bermuhasabah apabila menyentuh soal kematian kerana kematian itu berada di mana saja.tidak kira masa, tempat dan usia.baik yang muda mahupun yang tua.Terbaru seorang kanak-kanak berusia 11 tahun meninggal dunia asbab gejala demam h1n1 yang gagal dikenalpasti dari awal.

Kematian yang menjemput di usia tua pula adalah sering berlaku, dan sudah menjadi lumrah.Begitulah yang berlaku kepada bapa saudara dan ibu saudaraku.Teringatku pada ibu saudaraku, yang baru-baru ini sakit tenat, menderita akibat kesan bedah drp kanser ususnya yang dihidapi kira-kira 9 tahun lalu.apapun itu semuanya hanyalah asbab, dan juga sbg kifarah dosa manusia.

Sungguh tanda-tanda kematian yang hampir tiba sudah jelas padanya beberapa hari sebelum dia dijemput pergi.tanda-tanda fizikal mahupun setiap percakapan yang keluar darinya yang kian lemah.

Dalam lemah suaranya, dia masih mampu berkata-kata.Kata mak cik, dia melihat abang dan ibunya datang, (singgah).dan org2 yang disebutnya itu sudah lama tiada di dunia ini.Bila ditanya lagi, apakah warna pakaian mereka, mak cik berkata,bhw mereka memakai pakaian berwarna putih dan hijau.

Mak cikku kembali ke rahmatullah pada 29 julai 2009, kira-kira jam 6 40 petang, hanya selepas dua jam aku menelefon ibu bertanyakan khabarnya.Alhamdulillah dia kembali dengan mendapat kalimah toyyibah.jasadnya dikebumikan disebelah kubur anak lelakinya (abg sepupuku) yang juga sudah lama kembali ke rahmatullah kira-kira 5 tahun yang lalu, ketika masih belum menghabiskan pengajiannya di al-AZHAR university.semoga roh mereka di cucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan org2 beriman.

Huhu teringat pula kepada bapa saudaraku yang juga sudah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.Di kala usianya, dia cukup mengingatiku, kerana namaku sama dengan anaknya yang juga sudah meninggal dunia semasa kecil.Jika anaknya masih hidup, kami boleh dikatakan sebaya.Pak teh orang yang berilmu, ingatannya cukup kuat, al Quran dihafalnya, ibadah dijaganya.Jika kami menziarahinya, pasti dia tidak lokek untuk berkongsi ilmu.Sekurang-kurangnya dia akan memberi satu ayat Quran untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Tapi itu semua sudah berlalu.yang tinggal hanyalah kenangan dan pesanannya untuk dijadikan amalan.saat aku menziarahinya kali terakhir, dia sudah tidak mampu berkata-kata, apatah lagi memanggil namaku.hanya pandangan matanya menusuk kalbu.Namun dia masih mampu mengangkat tangannya, lantas diletakkan di atas bahuku saat aku membacakan yassin disisinya.itulah kali terakhir aku dekat padanya sebelum dia juga dijemput pulang menemui ILAHI.

AL FATIHAH.

Kini sedarlah wahai diri, kematian itu bakal menjemputmu pada bila-bila masa sahaja.Wahai Tuhan, sudikah KAU menerima ku nanti? Hampir aku terjelepuk lemah selepas solatku, mengenangkan dosa-dosaku.

5 Responses

  1. PADAMU KU BERSUJUD

    Ku menatap dalam kelam.
    Tiada yang bisa kulihat.
    Selain hanya namaMu, ya Allah.

    Esok ataukah nanti.
    Ampuni semua salahku.
    Lindungi aku dari.
    Segala fitnah.

    Kau tempatku meminta.
    Kau beriku bahagia.
    Jadikan aku selamanya.
    HambaMu yang selalu bertaubat.

    Ampuniku ya Allah.
    Yang sering melupakanMu.
    Saat Kau limpahkan karuniaMu.
    Dalam sunyi aku bersujud.

    Esok ataukah nanti.
    Ampuni semua salahku.
    Lindungi aku dari.
    Segala fitnah.

    Kau tempatku meminta.
    Kau beriku bahagia.
    Jadikan aku selamanya.
    HambaMu yang selalu bertaubat.

    Ampuniku ya Allah.
    Yang sering melupakanMu.
    Saat Kau limpahkan karuniaMu.
    Dalam sunyi aku bersujud.

    Kau tempatku meminta.
    Kau beriku bahagia.
    Jadikan aku selamanya.
    HambaMu yang selalu bertaubat.

    Ampuniku ya Allah.
    Yang sering melupakanMu.
    Saat Kau limpahkan karuniaMu.
    Dalam sunyi aku bersujud.
    PadaMu.

    *bait lagu ini adalah dedikasi drp temanku buatku*
    terima kasih sahabat

  2. wei..dah boleh masuk usm ka???…
    **takziah r utk makcik/pakcik ang..yg hidup pasti merasai mati..itu pasti!!

  3. masuk sj la, xda sapa larang aih. bak kata pen.penggawa, bknnya wajib balik pun, cuma sapa yg nk meninggalkn kampus , WAJIB menjalani pemeriksaan kesihatan

  4. salam naimah…

    sedih la baca coretan kamu ni. ada gaya2 boleh tulis bestseller novel ni macam ayat2 cinta nun. apa pun takziah..dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali

  5. wslm ummu ziyad
    hanya coret2 utk merehatkan fikiran2 yang berbelit2šŸ™‚
    masih jauh lagi kaki kn melangkah utk jadi penulis bestseller, huhu, stakat coret coreng kosong boleh la dan menyerabutkan pulak kepala org.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: