Satu panggilan, satu semangat


hajiAlhamdulillah, satu semangat baru menyelinap masuk lantas sebuah kegembiraan yg hadir apabila akhirnya saya mendengar juga suara ibu yang sudah hampir dua minggu pergi menunaikan haji bersama ayah di sana.Hanya panggilan mereka yang kami nantikan, kerana mustahil untuk kami yang menghubungi lantaran bimbang akan mengganggu ibadah dan masa mereka di sana.

Baru saja tengahari tadi saya mendapat panggilan drpnya, yg bertanyakan khabar.Ibu dan ayah juga berada dalam keadaan sehat dan kini sudah berada di Mekah selepas meninggalkan Madinah.Perbualan yang ringkas dan sekejap saja, namun sudah memadai bagi saya.Ibu sempat menceritakan keadaan di sana.Katanya mereka sudah pergi melawat ke makam Rasulullah, makam Nabi Ibrahim dan banyak lagi tempat-tempat istimewa yang sudah dilawati.

“Akhirnya dapat juga berjumpa dengannya di sana,” cerita ibu sambil merujuk lawatannya ke Makam Rasululllah saw.Perlahan-lahan juga air mata mengalir, kerana merasakan bahagianya mereka, dan alangkah bahagianya juga jika saya diberikan peluang itu.

Ibu sempat bertanya jika saya mahukan apa-apa, dan saya hanya membalas, saya hanya mahukan doa.Doa untuk kesejahteraan dan kejayaan.

Jika sebelum2 ini saya cukup mencemburui teman-teman yang setiap hari boleh saja menelefon ibu bapa mereka bertanyakan khabar dan meminta doa drp ibu bapa mereka apatah lagi saat musim peperiksaan sudah memasuki fasanya, namun hari ini  Allah Yang Maha Adil dan Pengasih juga menggantikan kepada saya suatu nikmat.
Sekurang-kurangnya panggilan daripada Mekah itu telah menyuntik satu semangat baru yang segar dalam diri ini untuk berjihad melawan perasaan malas, mengantuk tatkala mata menghadap nota-nota kuliah yang harus dihadam untuk menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan.

Terima kasih ya ALLAH.Terima kasih ibu dan ayah.

doa1

Ya ALLAH, jadikanlah haji mereka haji yang mabrur, saie mereka saie yang disyukuri dan dosa mereka dosa yang diampuni, dengan rahmatMU ya ALLAH wahai yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.

doa2

Ya ALLAH kami memohon dalam perjalanan mereka kebaikan dan takwa dan segala amalan mereka Engkau redhai, mudahkanlah perjalanan mereka ini dan dekatkanlah jarak mereka yang jauh.Engkau sebaik-baik yang ditinggalkan (untuk menjaga) keluarga dan harta mereka, ya ALLAH kami berlindung dari halang rintang perjalanan dan buruknya pemandangan serta daripada keburukan masa kembali kepada harta dan keluarga, dengan rahmatMU wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.

6 Responses

  1. bestnye….alhamdulillah…semoga selamat semuanya kat sana…

  2. aini, mak sy kirim salam.Ingatannya juga tak luput kpd teman2 anaknya

  3. alhamdulillah.. penyuntik semangat tuk sy jugak.. rindu pd makcik n pakcik yg baik hati.. moga semua selamat.. amin..

  4. Bos, bergenang air mata bila baca. Huuuu…

    InsyaAllah, semoga yang terbaik buat semua.

  5. naimah!!!gud luck for exam!

  6. Terima kasih kpd teman2 yang mendoakan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: