Merentasi tasik hingga ke sungai


DSC02004

Buat port di tepi tasik ni

Alhamdulillah, syukur pada ALLAH kerana merealisasikan rancangan saya membawa adik-adik usrah seramai 10 orang pergi berehlah di Taman Tasik Taiping semalam, 14 nov 2009.. ( sayangnya 2 org tak dapat ikut bersama). Saya benar-benar gembira , kerana melihatkan wajah2 ceria mereka, mendengar gelak tawa dan gurau senda mereka, hingga lupa segala kekusutan di fikiran.

Plan asal pada mulanya tidaklah seberapa, bermula dgn idea yang sekadar terlintas di fikiran  hampir sebulan yang lepas, kemudian saya terus disibukkan dgn urusan akademik dan exam, sehinggalah exam selesai pada rabu yang lepas, barulah saya dapat kembali fokus dan merancang perjalanan semalam. Terima kasih tak terhingga juga kepada 2 orang sahabat , K.zarina dan cik wana yang sudi membantu saya merancang rehlah usrah ini.( jasamu dikenang krn sudi jadi ajk makanan, teknikal, keselamatan,transport dan juga pengisian utk rehlah usrati 🙂🙂 )

tasik

Taman Tasik Taiping

Adik2 usrahku, enjoy betui depa ye, sampai ada hilang suara.Heheh.kami tiba di sana sekitar jam 815 pagi, dan mula mencari port yang menarik utk makan.First aktiviti mestilah menjamu selera dulu, sbb semuanya muka2 yang kelaparan dek belum bersarapan lagi.Heh, orang lain sibuk beriadah, kite sibuk makan.Patut la org yang lalu lalang duk tgk semacam je kat satu port tepi tasik ni.( isk2 usrah sapa ntah).

Alhamdulillah, selesai berkelah, kami ubah ke port lain pulak, yang lebih cantik pemandangannya dan privasi utk

ttsk

Tasik yang merakam sbhg kenangan sy berhalaqah semasa sekolah dulu

beraktiviti. Subhanallah, ciptaan ALLAH yang begitu indah sekali pemandangannya menjadikan hati sesiapa yang melihatnya pasti akan tenang dan merasa tenteram sekali.

Adik2 usrahku begitu gembira beraktiviti, dan terhibur benar dengan game semalam.Saya gembira melihat ukhuwah mereka yang semakin erat, walaupun masih ada yang baru mengenali.Geli hati saya,wana dan k.zarina melihat aksi dan ragam adik2 sepanjang mereka bermain game yang kami buat.Tengok muka depa yg penat tu macam la kami ni menganjurkan pertandingan lumba lari 400 m, hehe.

Selesai aktiviti di taman tasik, kami meneruskan lagi perjalanan ke rumah salah seorang adik usrahku yang terletak di Changkat Jering apabila dia mempelawa kami menikmati buah rambutan dan durian di dusunnya.Bak kata orang, rezeki

14112009_012

Rezeki jangan ditolak

jangan ditolak.Maka bersegeralah sekumpulan usrah ni konvoi pula menuju ke sana.Bertambah gembiralah adik2 ini apabila dapat berkunjung ke rumah shbt mereka,siap dapat makan buah-buahan free lagi.Lepas makan, sempat lagi kami pergi ke anak sungai yang terletak di belakang rumahnya.Gembira wajah2 di depan saya saat itu.Saya tidak akan melupakannya.Sesi membuat resolusi usrah mengakhiri slot rehlah di dusun itu.Sekurang-kurangnya, dengan adanya resolusi menjadikan kegembiraan dan ukhuwah yang terbina dalam kembara rehlah semalam tidak berakhir di situ saja.Resolusi itulah yang akan terus mengikat ukhuwah mereka sepanjang sebulan cuti semester ini.

14112009_023

Di dusun buah-buahan tempatan

Menjelang tengahari, kami pun mengundur diri dan meneruskan perjalanan itu.Dalam perjalanan, kami sempat lagi menyinggahkan diri makan di gerai laksa yang agak famous kat situ, Laksa Buyung namanya ( eh betul ke ek namanya, kalo salah tlg betulkan).Terima kasih ye kpd orang yang sudi membelanja kami🙂, terharu2.

14112009_020

Mampu tengok je la sungai ni (airnya yg jernih bertukar keruh kerana hujan), len kali p lagi

Setelah kenyang, ( isk2 bapa kali kenyang da ), akhirnya kami pun meneruskan perjalanan pulang ke kampus. Dalam perjalanan pulang, saya terlihat wajah2 yang gembira dan kepenatan itu sudah pun terlelap.Terima kasih ya ALLAH kerana menghadiahkan  ” a beautiful journey “, satu perjalanan yang lebih baik perancanganNya daripada yang dirancang.Maha Suci ALLAH, alhamdulillah.

sujud

Sujud syukur padaMu atas segala cinta

11 Responses

  1. Ooo..patut ar beriya bebeno nak p sana, rupa2nya tempat bersejarah zaman muda2 dulu. Huhuhu…

    Bos, len kali kalu nk p jalan2 lagik, jgn lupa ajak hamba. Hehe..

  2. Hehe mana ade, tiada agenda terselindung la.
    o bab jalan2 cepat jek nak ikut makcik ni

  3. tasik ke sungai..mcm best tjuk cerpen ni..huhu..
    papepun trime kasih pada kome berdua dan adik2 yg comel sume ..lps ni kite merentas gunung ke laut plak ye..hee~

  4. Cik norash (tergeliat lidah nk sebut nama ni), baru terperasan tajuk tu. Bila masa la plak kita merentas tasik sampai ke sungai. Ishlaa…

    **Ok, set tarikh dan masa utk naik gunung and p laut. Nak masuk diari siap2. Hehe…

    • ok akak set tarikh p panjat gunung n terjun ke laut plak eh.. best la pulak jadi pengacau ni..lagi2 bergandingan dgn akak..bos jangan mara haa…=)

  5. kan kita jalan nek jambatan merentasi tasik2 tu.🙂
    pastu kite nek titi pulak merentasi sungai
    jika dihubung kedua2nya, maka anggap sj la kita telah merentasi kedua2nya

  6. bestnya buat aktiviti mcm ni. semoga ukhuwah yg terbina membentuk pula insan2 yg bekal menjadi mata2 rantai perjuangan.

  7. wah, menggamit rasa hendak pergi pula…

    lama sudah meninggalkan kawasan ini.

  8. teringat zaman muda2 dulu

  9. tumpang baca ja..(dah tuan nya dok forward link)

    (^_^)

  10. forward link kpd org yg berkenaan sj..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: