DINASOUR mendidik Anaknya


Anak dinasour sudah meningkat dewasa. Bapanya merasakan, tibalah masanya untuk menguji keupayaan anak dinasour supaya mampu menjadi pemimpin kelak.

Beberapa siri ujian telah dirancang. Anak dinasour telah berjaya melepasi kesemua ujian tersebut dengan baik sekali. Cemerlang!

Kini, tibalah masanya untuk ujian terakhir.

“Kamu perlu menyeberangi kawasan paya yang mendidih ini”, bapa dinasour memberikan penerangan.

“Biar betul pak? Paya ini luas lagi mendidih”, anak dinasour seperti tidak percaya.

“Kamu fikirkanlah untuk lulus ujian ini”, selamba bapa dinasour membalas.

Aku nak jd PM dinasour

Resah dan gelisahlah hati anak dinasour. Andai dia gagal ujian ini, bermakna dia tidak layak untuk menjadi pemimpin. Bermacam-macam idea difikirkannya. Namun, kesemua menemui jalan buntu.

“Maaf pak, saya tidak dapat menyelesaikan ujian akhir ini. Menyeberangi paya yang mendidih ini adalah mustahil”, anak dinasour membuat keputusan.

“Tahniah nak, kamu lulus ujian akhir”, senyum bapa dinasour.

Terpinga-pinga anak dinasour tidak memahami.

“Lulus? Bukankah saya gagal menyelesaikan ujian ini?”.

“Ujian akhir ini ialah ujian membuat pertimbangan. Kamu bukan menyerah kalah kerana tidak menyelesaikan tugasan, tetapi kamu telah membuat pertimbangan yang baik dalam membuat keputusan. Menyeberangi paya yang mendidih adalah sesuatu yang tidak rasional”, terang bapa dinasour.

“Fahamlah saya. Terima kasih pak”.

“Sama-sama. Nak, sekalipun kamu gagal kesemua ujian menjadi seorang pemimpin, jangan bersedih, kerana I still love you”, bapa dinasour memandang tepat mata anaknya.

Bapa dan anak dinasour berpelukan dan mereka pulang bertemu dinasour-dinasour lain untuk mengkhabarkan berita gembira.

dipetik dari :

http://zaffankhalid .iluvislam.
com/


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

8 Responses

  1. laa ..
    baru ja kemarin dulu tgk cite katun dinosor ‘a land b4 time’ yg sm plot cm ni..
    bagus2
    jgn salah buat pertimbangan..
    ” timang tinggi-tinggi “

  2. Ha ah, den tengok sama dgn cik komet ni. Nama test tu, “Long Neck Test”, ujian utk jadik pemimpin. Nama anak dinosor tu, Littlefoot. Kui3

    **Nmpk sgt xde keje, pagi2 dh tgok katun. Huhu…

  3. menarik2. teringin gak nak tgk citer tuh. tp dah melepas. xpe la nnti org2 rmh yang dah tgk tu blh la buat persembahan teater kat kami, lakon semula.šŸ™‚ comelnya

    • Uits, tau ar kami ni memang comey2, tapi rasa cam x comey plak nk berlakon teater cerita tu. Walau bagaimanapun, akan dipertimbangkan tawaran tersebut. Hehehe..

      ** Anak2 dinasour dlm katun tu mmg comey2, Hehe..

  4. erkkk, saya membayangkan kome sume berlakon jadi mak2 atau bapak dinasour.. adei disalah erti

    • Uits, katun tu banyak cerita ttg anak2 dinasour, x bnyk cite ttg mak bapak dinasour. So, kalu nk buat teater, mestilah kami kena jadik anak2 dinasour yang comel. Ngeh3..

      ** Mak bapak dinasour dlm cite tu pun baik2, ok gk. Hehehe…

  5. huhu layan je la seniorku yg bajet cute :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: