MANISKAN UKHUWAH DGN MENJAMU SELERA


Alhamdulillah, aku kembali segar setelah berehat akibat kepenatan dan kekenyangan yg amat hari ini.Terima kasih kpd tuan penunggu rumah, bos zarina & k rahmah yg sudi menyediakan tempat utk rancangan jalan-jalan cari makan🙂 kpd sekumpulan anak2 muda yg berwawasan ini.

Sekali sekala apa salahnya kita meraikan dan mengikat ukhuwah dgn mengisi masa dgn aktiviti menyeronokkan hati spt memasak dan makan-makan. Jamulah shbt anda sepuas-puasnya sehingga dia menjilat jari dan termimpi-mimpi makanan indah tersebut.

Hidangan of the day

Tahniah kpd tukang-tukang masak mihun sup special bersama sambalnya yg mengancam ( sapa ntah yg tumbuk) sampai memberikan penangan yg hebat skali kpd sesapa yg merasainya (esp kat tuan rumah ). Semuanya berjalan spt yg dirancang, cuma satu menu je yg unpredictable sket hingga menyebabkan teman2ku terpinga-pinga dan tertanya-tanya, haa termasuk dgn aku2 skali terpinga-pinga !.

Kek kontroversi (Aku tidak bersalah !🙂 )

Segala-galanya bermula apabila aku mengajak seorang temanku utk keluar pg membeli kek sempena majlis JAMU MENJAMU ni. Sekali sekala apa salahnya memaniskan ukhuwah dgn menjamu teman-teman anda hidangan manis spt kek coklat ini ( tak yoh le tgu besday baru nak jamu kek, isk2 ). Namun menjadi ter “over ” manis pulak apabila si tuan kedai tersilap menulis ucapan yg sepatutnya di atas kek tersebut .Perkataan “Berjuang” digantinya pulak dgn perkataan “bertunang”…huhuhu..owh haru betui tuan kedai, bila masa pulak aku tempah kek bertunang, isk2? Lain disuruh, lain pulak ditulisnya..Dan bertambah haru pulak apabila aku juga tidak menyedarinya sehinggalah bungkusan kek tersebut dibuka oleh teman-teman ku yg kelihatan terpinga-pinga.Bagaimanapun ahli majlis berjaya ditenangkan setelah aku menjelaskan kesilapan teknikal tersebut.

Majlis berakhir sekitar jam 415 petang dengan semuanya tersenyum tanda berpuas hati kekenyangan.Terima kasih kepada teman-teman dan tuan rumah yang menjayakan majlis ini.

Sekian, wasalam.

10 Responses

  1. Tu lah bos, len kali cek time depa tulis tu, cek skali.. Penat je kami berprasangka yang bukan2 tadi. Huhu…

    Alhamdulillah, syukur pada-Nya atas rezki yang diurniakan Allah. Tidak lupa, thanks to bos yang menjadi atas jamuan makan2 utk fizikal kami ni. Ramai yang ‘terpengsan’ penangan mihun sup+sambal kicap tu. Ntah sapa la masak. Ish3…

    • oho,,xdan nak cek akibat mengejar masa apabila teringatkan muka2 yg kelaparan dan tertunggu-tunggu di rumah tu.

  2. adeii…mcm2 la bos ni…hahaa… Anyway, ade org utang mee sup kat saya…siapakah…

  3. haha..mmg lawak! =)
    isy3,astaghfirullah..
    *(maaflah sbb singgah komen kat sini..)

  4. wah,,mantap.golongan.sayap kiri perjuangan ni…semoga di panjngkan usia dan bertemu dgn jodoh dgn cepat..aminnn

  5. sedap x sambal masa mkn meehoon sup? hehe, sume muka shbt merah lps jamuan, itulah ukhuwah, susah dan senang brsama-sama

  6. waaa..macam2 ada..nyam2.. alhamdulillah diatas rezki yg melimpah2 nih.. im happy too,wlaopun tak de dlm majlis ni.. nnt buat lg taw..ukhwah fillah..=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: