GERHANA MATAHARI SEPARA 2010


Pada hari Jumaat, 15hb Jan 2010 nanti, sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.

Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.Di Malaysia, hanya Gerhana Matahari Separa sahaja dapat dilihat pada tarikh tersebut.

Kiraan waktu gerhana dari lokasi bandar-bandar utama di malaysia adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:01 PM

Fasa Maksimum (41% 28.6% Matahari Tertutup):4:26 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:38 PM

Kota Bharu

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:03 PM

Fasa Maksimum (47% 34.5% Matahari Tertutup):4:31 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:45 PM

Langkawi (Kuah)

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 2:54 PM

Fasa Maksimum (52%  39.7% Matahari Tertutup):4:27 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:46 PM

Kuching

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:34 PM

Fasa Maksimum (23%  12.2% Matahari Tertutup):4:34 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:27 PM

Miri

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:43 PM

Fasa Maksimum (24% 12.9% Matahari Tertutup):4:41 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:33 PM

Kota Kinabalu

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:47 PM

Fasa Maksimum (24% 13.5% Matahari Tertutup):4:44 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:35 PM

Cara melihat gerhana

Seperti yang selalu diingatkan, jangan SEKALI-KALI melihat Matahari dengan mata kasar atau alat mencerap (teleskop atau binokular). Cahaya matahari amat terang dan memancarkan radiasi yang amat tinggi sehingga boleh merosakkan mata sehingga buta.

Kaedah paling selamat melihat fasa-fasa gerhana ialah dengan menggunakan kamera lubang pin (Pin Hole Camera).

Jika anda mempunyai binokular, gunalah kaedah projeksi atas kertas (cardboard projection).

Jika anda mempunyai teleskop, sebaik-baik kaedah ialah dengan menggunakan penapis matahari (seperi baader atau mylar). Cuba elakkan daripada menggunakan kaedah projeksi atas kertas kerana intensiti cahaya matahari amat kuat dan boleh mencairkan kanta mata (eyepiece) anda!

Rujuk SINI

Suasana ketika Gerhana Matahari Separa.

Disebabkan matahari teramat cerah, tidak banyak kesan yang dapat dirasa atau dilihat ketika fasa gerhana. Mungkin paling jelas ialah suasana sekeliling akan kelihatan ‘kurang’ terang berbanding biasa. Namun, anda perlulah mempunyai skil observasi yang tinggi untuk benar-benar dapat melihat perbezaan cahaya ketika fasa gerhana.

SOLAT SUNAT GERHANA

Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai Solat Sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Solat Sunat Gerhana Matahari dalam istilah Arabnya : Solat Sunat Kusuf. Solat Sunat Gerhana Bulan dalam istilah arabnya : Solat Sunat Khusuf.

Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu’nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu’ atau pun keseluruhannya. Ramai ulama’ yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.

Hukum Solat Gerhana Matahari

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna :

“Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah .tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana) apa dengan kamu.”

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini
jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

Cara Solat Sunat Gerhana

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah!! (Solat berjemaah)

Niatnya : “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam) ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud.

SUMBER:

FALAK ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: