KENANGANKU


Bismillahirrahmanirrahim

Pernahkah kalian ditanya akan soalan ini?

“Apakah kenangan pahit dan manis anda?”

Setiap daripada kita pasti pernah ditanya akan soalan ini.Bahkan mungkin bermula dari zaman kanak-kanak lagi jika disingkap memori yang lalu.Jika ketika zaman di bangku sekolah rendah lagi, seringkali teman-teman kecil anda akan meminta anda mencoretkan serba sedikit tentang biodata ringkas diri anda di dalam buku koleksi biodata mereka.Maka saat itu, anda pun pantas mengisinya, dengan dihiasi kreativiti yang tersendiri.Ada corak menarik, ada pen yang berwarna warni, ada gambar anda bersama teman-teman, ada sepotong kata–kata indah buat sahabat dan bermacam-macam lagi yang anda sertakan.Comel bukan?

Dan tidak ketinggalan juga, anda turut mencoretkan tentang kenangan pahit dan manis anda buat tatapan sahabat anda itu.Saat itu, pada kotak memori seorang kanak-kanak, jawapan yang sering diberikan kebiasaannya dalam lingkungan seperti ini.

KENANGAN MANIS- Melancong bersama famili/Mendapat hadiah jam daripada ayah/Mendapat kawan-kawan yang baik/Sering mendapat tempat pertama di dalam kelas dll

KENANGAN PAHIT-Jatuh basikal/Jatuh longkang/Dikejar lembu/Dimarahi ayah/Diejek kawan/ dll

Masa pun terus berlalu.Maka kanak-kanak itu pun akan melalui fasa remajanya.Dan saat usia remajanya, soalan itu muncul kembali.Kali ini seorang remaja itu akan menjawab soalan itu dengan jawapan yang sudah mungkin berbeza semasa zaman kanak-kanaknya, seiring dengan pertambahan usia, dan pertambahan memori dalam fikirannya.

Dan jawapan yang sering diberikan :

KENANGAN MANIS-Mendapat keputusan cemerlang dalam PMR/SPM, bertemu sahabat sejati, Disayangi rakan-rakan dan guru, dll

KENANGAN PAHIT-Ditipu atau ditinggalkan sahabat/Putus cinta/Hilang kepercayaan keluarga dll

Masa terus berlalu lagi.Kali ini masa itu sudah menginjak ke fasa awal kedewasaan.Soalan itu mungkin muncul lagi, namun sudah tidak sesekerap dulu lagi.Kini kita boleh membilang berapa kali soalan itu muncul sejak kita berada di alam universiti ini.Bahkan kita boleh mengingati siapa yang pernah bertanya kepada kita akan soalan ini.Mungkin ia hanya ditanya oleh teman-teman yang ikhlas mahu mengenali diri kita dengan lebih dekat lagi.

Dan kini jawapan kepada soalan itu juga mungkin akan berbeza dari sebelumnya sejajar dengan pertambahan memori.

Dan sejak akhir-akhir ini, seringkali saya terfikir.

Usia yang bertambah,memori yang bertambah, terlalu banyak sekali yang dirakam dalam ruang fikiran manusia.Adakah mungkin kita mampu menjawab lagi soalan itu.Jika ditanya tentang kenangan manis, bukankah terlalu banyak nikmat yang telah ALLAH kurniakan seumur hidup ini? Sudah tidak terbilang, bahkan mungkin ada yang telah kita lupakan.!

Jika ditanya tentang kenangan pahit, juga tidak kurang bilangannya, kerana ALLAH yang menyayangi kita sudah banyak kali mengingatkan kepada kita melalui ujian dan dugaannya.Sudah tidak mampu dibilang mungkin! Mungkin juga sebilangannya sudah dilupakan.!

Ada yang mungkin akan berkata, jika begitu cuba diingatkan apakah kenangan yang PALING MANIS DAN PALING PAHIT.

Namun, memori yang subjektif ini kadang-kadang sukar menilai darjah kemanisan atau kepahitan sesebuah kenangan itu.

Saya terus bertanya lagi kepada diri sendiri tentang kenangan paling manis dan paling pahit itu.Sukar untuk diekspresi.

Tetapi kini saya sudah seakan mendapat jawapannya.Ada suatu perasaan indah dan bahagia sekali menyusup masuk ke dalam hati, sekilas setiap kali mengingatinya, memori indah itu.Dan ada pula perasaan derita,kesal, sedih dan pilu apabila mengingati suatu sisi yang lain ,memori pahit itu.Saya yakin saya sudah mendapatkan jawapannya.Dan kini jika anda bertanya kepada saya akan soalan itu.

Apakah kenangan pahit dan manis seumur hidup anda?“

Jawapan saya hanyalah satu.

KENANGAN MANISKU- Adalah saat-saat aku mengingati ALLAH dan ALLAH mengingatiku.

KENANGAN PAHITKU –Adalah saat-saat aku melupakan ALLAH dan ALLAH lupa kepadaku.

13 Responses

  1. thank you for this nice posting. i like it. i appreciate it very well.. hope to remember Allah always..me and all others..

  2. subhanallah.posting ni satu peringatan yg membuahkn rsa rindu kpd Allah. syukran!=)

    • Peringatan utk diri sendiri dan teman2, kita selalu melupakan ALLAH, mengagung2kan selain daripadaNya,padahal seluruh kehidupan ini adalah suatu nikmat daripadaNYA.

  3. thanks for the wonderful post…=)

  4. good post mate…ang mmg ada bakat dowh menulis..seriusly!!!…hahaha

    **aku ingat kan ang post pasai lagu jeffrydin-KENANGANKU..

  5. SubhanAllah..

    **Huh, cam x sesuai je bos ngn lagu Jefrydin tu. Huhu..

  6. naimah! good entry.. (^_^) dari skolah lagi ak mmg da tau hg mmg berbakat dlm menulis..keep up the good work! *rindu kamu*

  7. perkongsian yg baik..cukup subjektif untuk menceritakan kpd semua orang ttg kenangan manis dan pahit yg telah dilalui sepanjang perjalanan hidup ini, klu cerita kt org len pn bknnya mereka dpt merasai apa yg kita telah alami..pernah suatu ketika di tnya apakah kenangan manis yg telah ku alami,dengan spontan menjawab makan RFC( sbb ada shbt yg belanja)..

  8. semua org mempunyai kenangan pahit dan manis tersendiri, terpulang la kepada sejauh mane kite hargai kenangan tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: