GLOBE OF MY MIND


Kira-kira hampir dua bulan yang lepas saat saya berkunjung ke sebuah kedai cenderamata, mata saya terpandang akan ia.Terus hati berkata, “Cantik,istimewa, dan aku ingin memilikinya.”Tanpa berfikir panjang terus saya membelinya.

Kini ia sentiasa saja menemani saya di suatu sudut ruangan meja sambil saya menyelesaikan segala kerja di skrin laptop ini.Setiap kali memandang akan ia, timbul beberapa persepsi dan inspirasi yang berbeza yang membuatkan saya sering berfikir.

SUMBER MOTIVASI

Globe kaca itu saya putar-putarkan di saat merasa penat dengan kerja-kerja yang perlu saya selesaikan.Terasa malas datang mencengkam jika terus dilayankan saja perasaan.Namun melihatkan globe itu, timbul persoalan di benak fikiran, “Bagaimana akan aku kuasai segala ilmu ini jika terus bermalasan begini?” Terus terasa ingin saja digenggam globe kecil itu.Semoga Allah meletakkan dunia ini di tanganku, bukan di hatiku.

KEBESARAN ILAHI

Kadang-kadang saat terpandang akan ia, terus membuatkan diri ini terasa begitu kerdil sekali di sisi Tuhan.Saya membayangkan andai globe kecil sebesar bola ping pong  ini adalah bumi, maka apakah bilik yang beribu kali ganda besar dari saiz globe ini adalah Sistem Suria?Jika saiz bilik itu mewakili Sistem Suria, maka kemungkinan bangunan yang diduduki itu adalah Bima Sakti, malahan mungkin lebih besar lagi, meliputi 1 kawasan luas yang seluas padang bola sepak kerana sesebuah galaksi dianggarkan memiliki 100000 juta bintang.Itu baru saja sebuah galaksi,tetapi anggaran sains mengatakan bahawa mungkin terdapat 170 bilion galaksi dalam alam semesta ini.Dan itu baru saja anggaran akal manusia yang kerdil dan terhad pengetahuannya, namun kebesaran sebenar alam ini hanya Allah saja lah yang Maha Mengetahui.Berbalik kepada globe kecil sebesar bola ping pong tadi, cuba bayangkan anda salah seorang manusia yang sedang berjalan di atasnya,andai anda diberi sayap untuk terbang sekalipun belum tentu anda mampu menjejaki ke sudut sebatang pensil yang terletak kira-kira 5 cm bersebelahan dengannya, apatah lagi menjangkaui keseluruhan sistem ini.Sungguh aku bersaksi bahawa Allah itu Maha Besar.Semoga Allah mengampuni dosa-dosa hambaNya yang berjalan angkuh dan megah di muka bumi.

MUHASABAH DIRI

Di saat fikiran berserabut dengan hal-hal duniawi, di tambah dengan dosa yang membenakkan hati tentu saja membuatkan diri tidak senang duduk.Namun apabila terpandang akan globe ini, hati akan mengingatkan,”Ini semua permainan dunia, ramai manusia yang sudah tenggelam di dalamnya.Semoga Allah menjauhkan aku sejauh-jauhnya dari lalai dengannya.”

INGATKAN  DIRI

Dan hati akan terus mengingatkan setiap kali terpandang akan globe kaca yang berputar-putar itu, “Berbaktilah kepada agama Allah tidak kira di mana saja engkau berjalan di muka bumi ini.”

Semoga Allah juga meneguhkan hati sahabat-sahabat seperjuangan dan saudara seiman tidak kira di ruang muka bumi mana mereka sedang berada saat ini apatah lagi ketika mereka sedang diuji.Allahurabbi

Sekian.

One Response

  1. may ALLAH bless u always n forever

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: