MARIA


Sudah hampir 7 tahun saya mencari novel yang berjudul ” Maria ” ini,di mana-mana saja kedai buku yang saya singgahi namun masih belum ketemu.Rasanya tidak memasuki pasaran di Malaysia lagi pada ketika itu ( namun skrg sy tidak pasti kerana sudah lama tidak berkunjung ke bookstore).. “Maria” yang saya cari itu sungguh kabur, kerana saya hanya pernah mendengar cebisan saja jalan ceritanya dan saya tidak mengetahui siapakah penulisnya..Namun hati saya benar-benar tertarik untuk memilikinya.Jika beberapa tahun yang lepas , sahabat saya pernah memberitahu bahawa novel ini boleh dibeli dengan dipesan dari teman2 yang belajar di Cairo.Namun saya tetap juga tidak mempunyai peluang untuk memesannya.

Setelah beberapa lama saya melupakan “Maria”, akhirnya ia muncul di depan mata apabila Pondok Buku berjaya mendapatkan novel ini untuk pasaran online nya..Pantas saya membaca sinopsisnya untuk meyakinkan saya adakah ini “Maria” yang saya cari selama ini.Jika benar ini “Maria” yang saya cari selama ini, maka tahniah kepada Pondok Buku kerana telah memenuhi hasrat saya..Kali pertama saya membeli buku secara online di Pondok Buku kira-kira 2 tahun yang lepas, pernah saya bertanyakan tentang “Maria”, namun saat itu Pondok Buku pun belum pernah mengetahui tentang kewujudannya.

InsyaAllah saya akan memesannya tidak lama lagi.Andaipun ia bukan “Maria” yang saya cari selama ini, tidak mengapa bagi saya..Dan saya akan terus mencarinya.

SINOPSIS

Penulis :Emine Uzqan Syenlikoghu

Maria adalah gadis Jerman bermazhab Katolik. Mengharungi liku-liku hidup sebagai anak kepada ibu yang fanatik pada mazhab itu, sedangkan ayahnya seorang ateis. Namun, kehendak Allah mengatasi segalanya. Pertemuaannya dengan pemuda Mesir membuka episod pergelutan tiga penjuru , Islam-Kristian-Ateis.

Abdul Wahab, pemuda Mesir yang belajar di Jerman berjaya menarik Maria ke jalan Allah akhirnya memilih Maria sebagai calon isteri selepas kematian tunangnya, Salwa. Pada saat itu juga, Maria memutuskan hubungan kasihnya dengan pemuda Turki bernama Muhammad yang sudah hilang pegangan Islamnya. Hubungan antara Abdul Wahab dan Maria diuji apabila Abdul Wahab mendapat berita Salwa sebenarnya masih hidup. Maria terperangkap antara cinta dan pengorbanan di samping tekanan daripada ibu dan adiknya.

Mampukah Maria terus berdiri atas niat murni demi Islam yang dianutinya tanpa Abdul Wahab di sisi? Mampukah dia terus hidup dalam mengharungi kemelut akidah dan tekanan keluarganya?

Biodata Penulis: Emine atau Aminah Uzqan Syenlikoghu, penulis terkemuka Turki dilahirkan pada tahun 1953 di bandar Istanbul. Beliau sempat melalui zaman-zaman perubahan Turki. Menjadi pengarah umum Majalah Mektup dari tahun 1985. Bergiat cergas dalam kegiatan Islam dan kesusateraan antarabangsa. Beliau banyak menghasilkan karya-karya bermutu dan dipenjara beberapa kali kerana karya-karyanya. Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Fakulti Usuluddin.

7 Responses

  1. Bos, kalau dh dapat buku tu, nk pinjam. Boleh kan, kan?? Hehe..

  2. wah naim hg pun cari ka buku ni? aku igt dulu masa f4 ada org duk baca buku ni sampai banyak sangat turn. aku pun chop turn jugak tapi akhirnya turn aku tak sampai2. baru semalam aku beli buku ni kat jalan TAR. tak sangka hg pun cari buku ni.🙂

    • heh wanis sapa yg ada buku ni time f4 tuh? aku tahu buku nih dr kak wani naqibah..tak sngka ye hg pun cr buku ni gak , hee..tahniah2 akhirnya hg dpt beli gak buku ni selepas 7 tahun tgu turn , ngehh

  3. tatau la sape punye. aku igt aku nk pinjam kak zatil kut. naim, membe aku ada buku ni, die nak beli bg kat aku, tapi aku dah terbeli yg lain. hg nak x? aku boleh pos kat hg. ke hg da order online da?

  4. lom lagi la wanis ,, xsempat2 lg..kalo itu memudahkan hg, aku terima je,nnti aku byr

  5. novel ni aku dh bc ms 1999 ms darjah 6. mmg best smp cikgu suh wat latihan sains pun aku wat tak port je. mmg best siot🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: