WARKAH TERAKHIR DARI RAMALLAH

32082571458498m.jpgMEMORI keakraban antara aku dan Jihad masih segar di kotak ingatan. Meski setelah tiga tahun lalu perpisahan menjadi tamu, sekaligus menjarakkan kemesraan yang baru memutik. Nostalgia menyusur denai-denai ilmu di Jamie’ Al-Azhar menerpa. Membasuh keresahan menghabiskan pengajian di rantau orang di universiti yang terkenal sebagai kiblat ilmu itu. Betapa indahnya saat lalu, meski ia tidak betah berulang kembali.“Tinggallah bersamaku.” Ujarku setelah berkenalan dengan Jihad kali pertama bertemu dengannya di perkarangan masjid Husin.
“Tak usahlah.” Balas Jihad menolak.
“Tak mengapa, lagipun bukanlah asing mendiami sebuah rumah dengan ahlinya berbeza negara.” Aku meyakinkan walaupun pada mulanya aku agak keberatan lantaran menjadi kelaziman para mahasiswa
Malaysia tinggal dengan rakan senegara.
Set elah berittifaq aku membawa Jihad pulang ke rumah dua bilik yang kusewa di Madinah Nasr itu. Bermulalah episod persahabatan antara kami.Jihad seorang sahabat yang akrab dengan muallafat. Berketrampilan sederhana dan zuhud sifatnya. Melazimi puasa sunat Isnin-Khamis dan qiyamullail. Pernah sekali aku mengusik hamasahnya meratah thaqafah dan mengungguli muallif lantaran cemburu yang terbina. Namun, Jihad tetap sabar dan istiqamah. Padanya safar ilmu di Ardil Kinanah ini adalah peluang yang tidak mungkin diperolehi setiap jiwa yang lahir di daerahnya.

Benarlah kata Jihad. Safar ilmu itu terlalu mencemburinya. Baru setahun menjadi warga Al-Azhar sekaligus teman serumahku, dia terpanggil pulang ke daerah asalnya. Dalam kepasrahan aku melepaskan Jihad pergi.

3259022732648l.jpg

Semalam, kepulanganku ke kediaman di Madinah Nasr mengetuk tirai emosi apabila Muslim, teman serumahku menyerahkan sekeping sampul surat yang dikirimkan dari Ramallah. Tentu sahaja aku tidak akan salah meneka. Aku tidak punya sesiapa di Ramallah, kecuali Jihad. Setelah tiga tahun perpisahan merakam waktu baru kini warkahnya terutus . Kuratah setiap isi warkah Jihad dengan tenang.

Assalamualaikum warahmatullah…Sahabatku fillah,Kukira kau gembira menatap warkah bisu ini meski setelah tiga tahun sepi membaluti persahabatan kita. Ukhwah yang pernah kita bina kuharap masih mekar seperti dulu. Lantas sebagai seorang sahabat. kuterbangkan doa dari bumi Isra’ ini agar hidupmu bahagia.

Akhi ,

Kala kau dan teman-teman meratah thaqafah di halaqah-halaqah ilmu, aku dan para satria di sini terhambat menyusun takhtit demi jihad yang satu. Ya, jihad fisabilillah yang tak akan luput dari jiwa yang beriman. Meski kalian mengejar kefaqihan untuk berstatus ulamak kami terus berperang untuk menang atau syahid sebagai syuhada. Perjuangan kita tetap perjuangan suci murni yang kita warisi daripada mereka yang telah pergi.

Ketahuilah sahabatku, tidak terlintas di nubariku untuk mengabaikan persahabatan yang telah kita bina. Apa lagi jasamu menghulurkan pertolongan dan bantuan kewangan yang kau salurkan buatku menyebabkan aku terasa hiba hingga saat ini pun aku tak mampu membalasnya.

Aku terhenti membaca isi warkah. Hiba mengusik. Ada manik jernih yang bertakung di kelopak mata. Kusambung kembali dengan warkah tetap kemas di genggaman.

Setibanya aku di Ramallah aku teruji dengan kepergian seluruh ahli keluargaku yang gugur syahid di tangan seldadu Yahudi. Berita yang menyayat hati itu kuterima pasrah. Aku sudah tiada sesiapa kecuali setelah aku ditemukan dengan Abdullah seorang pejuang HAMAS yang kemudiannya membawaku bersama jemaah itu. Kau tentu tahu bukan, setiap perkhabaran di sini? Ku kira media sentiasamelaporkan. Justeru tidak perlulah kiranya kuriwayatkan kesemua kisah-kisah itu. Cukuplah sekadar menceritakan persepsiku semenjak menganggotai HAMAS, sebuah pertubuhan intifada yang dilabel George W Bush sebagai kelompok ‘terrorist’, sedang Ariel Sharon yang menyembelih hampir 3000 jiwa umat Palestin dalam tragedi Sabra dan Shatila sewaktu menjadi menteri Pertahanan Israel dilabel sebagai pejuang keamanan. Kau lihat! Tribunal dunia barat menghakimi kita. Sharon celaka itu hanya di’pujuk’ melepaskan jawatan ketika itu tetapi akhirnya dipilih semula menjadi Perdana Menteri menggantikan Ehud Barak serta meneruskan onar, sedangkan tiada sebarang tindakan untuk membela umat Islam Palestin.Meskipun berpemimpinkan seorang amir yang cacat, bukanlah jidar yang menghalang hamasah kami pengikut Syeikh Ahmad Yassin itu. Sebagai ganti kecacatan beliau Allah telah menganugerahkan berpuluh ribu kaki dan tangan pejuang Islam. Syeikh intifada itu kujadikan idola untuk membebaskan bumi Palestin ini. Api jihad sering menyala-nyala saban khutabahnya berkumandang di Masjid Al-Abbas, Masjid Ashnati dan Masjid Izzuddin Al-Qassam mengingatkan umat Islam Palestin kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Kita tidak mungkin boleh menaruh harapan lagi kepada perjuangan Arafat. Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sepatutnya telah lama berundur dari memperjuangkan keamanan dan pembebasan Tanah Suci ini lantaran perjuangan mereka semenjak 1964 itu adalah bersifat kebangsaan dengan paksi sekular.

HAMA S yakin PLO adalah boneka sekular. Persis OIC dan Liga Arab yang saban waktu mengatur penipuan demi penipuan. Apa yang 57 buah negara anggota OIC sebagai pertubuhan kedua terbesar di
dunia itu telah lakukan untuk Palestin? Walaupun asalnya diasaskan di Rabat, Morocco pada 25 September 1969 sebagai menyatakan sensitiviti terhadap cubaan Zionis antarabangsa untuk membakar Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1969. Sementara mereka berdrama Gaza, Jenin dan Ramallah terus berdarah. Belum lagi melihat sandiwara Liga Arab yang sering tidak ada kata putus yang meyakinkan.

Lantaran intifada yang digerakkan Syeikh Ahmad Yassin pada 1987 beliau menerima bayaran perjuangan itu dengan hukuman penjara seumur hidup yang diputuskan oleh mahkamah Israel. Syeikh Ahmad Yassin menderita. Namun perjuangan mustam irrah. Beliau terus meyakinkah kami para anggota HAMAS supaya menolak perjanjian damai yang dimetrai oleh PLO dengan Zionis Israel.

Akhi,

Mengakhiri wakrahku kali ini ingin kupetik kata-kata Syeikh intifada itu yang seringkali menjadi pembakar semangat ku. Beliau dengan tegas pernah berkata: “Kami bersumpah bahawa kekejaman dan kezaliman Zionis Israel terhadap rakyat Palestin tidak akan membuatkan kami mundur setapak pun dan kami akan terus menetang Zionis kerana Allah akan menolong kami. Kami berseru, percayalah dan bersatulah merebut kembali jalan-jalan, kota dan tanah Palestin. Berjihadlah sampai mencapai kemenangan atau mati syahid di jalanNya.”

Sahabatmu,
Jihad Jamal
Ramallah

Warkah itu kulipat kembali seusai membaca baris terakhir. Peluh memercik keluar di dahi kukesat dengan lengan kemeja. Keinsafan bertamu di laman hayat. Pasca kepulangan Jihad ke Tanah Palestin aku meneruskan pengajian dalam fakulti Syariah Wal-Qanun bersama teman-teman yang lain seperti biasa.
Sayang sekali keputusan imtiyaz tahun pertama yang dirangkul Jihad berakhir tanpa disudahkan pengajian hingga tahun empat. Kini aku dalam debar menanti keputusan tahun akhir sambil-sambil mengintai majlis ilmu dan bertalaqi dengan para syeikh.

“Aku sukakan membaca karya Said Hawwa. Antara yang paling menyentuh perasaan dan meninggalkan kesan yang hebat dalam jiwaku adalah sebuah kitab kecilnya yang berjudul “Hazihi Tajribati wa hazihi Syahadati. ” di mana memaparkan kisah hidup perjuangan penulis sendiri.” Kalam Jihad bagai terngiang di telingaku. Aku hanya mengiyakan tuturnya. “Selain itu tulisan-tulisan Syed Qutb juga sering membangkitkan hamasahku,” sambung Jihad. Jihad menyedarkan aku tentang pengajian. Himbauan nostalgia bersamanya membuatkan muallafat di kutubkhannah fakulti kuratah dengan jitu. Minat yang mendalam dalam bidang Syariah meruntun penguasa anku dalam segenap lapangan ilmu terutama Fiqh dan Usulnya. Justeru kuhadam pelbagai kitab turath mahupun muasarah. Tanpa melupakan silsilah harakie sebagai ‘mahar’ perjuangan. Antaranya silsilah Said Hawa, Fathi Yakan, Al-Qardhawi dan sebagainya menjadi teman pengganti ruh membaca yang pernah diasas Jihad. Tulisan-tulisan Imam Hassan Al-Banna, Syed Qutb, Hasan Hudhaibi, Muhd Abdullah Al-Khatib, Ali Abdul Halim Mahmud, Abdul Qadir Audah, Mustaffa Masyhur, Zainab Al-Ghazali, Al-Ma wdudi dan ramai lagi kujadikan iftar selepas quranul fajr.Aku mencapai beberapa keping kertas A4 dan pen untuk membalas warkah dari Ramallah itu.

Assalamu alaikum Warahmatullah…Sahabatku Jihad,Warkah mu selamat kuterima dan kufahami isinya. Aku bersyukur, kau masih mengingati persahabatan dan ukhwah yang kita bina. Ku kira tidak sia-sia kitab Fiqh Ukhwah yang pernah kita diskusikan bersama suatu ketika dahulu. Dan seperti biasa aku juga turut mendoakan kesejahteraanmu dari Lembah Nil ini.Semenjak 1987 lagi tika laungan intifada menggegarkan langit Palestin, HAMAS telah kukenali. Waktu itu aku masih di marhalah ibtidaie. Kalau kau mahu tahu guru besarku dengan lantang pernah berucap di perhimpunan rasmi sekolah seraya melancarkan tabung bantuan kepada intifada Palestin. Apalah yang aku miliki waktu itu selain semasa saku seluar kuseluk wang syiling bernilai 50 sen cuma. Namun kerana itu sahaja yang barangkali mampu untuk menampung perjuangan intifada Palestin aku masukkan kesemuanya ke dalam tabung yang dilancarkan. Semangatku tika itu membuatkan aku terpaksa mengikat perut dan hanya mencicip air dari paip besi.Itu kisah hampir 16 tahun yang lampau. Kisah seorang anak kecil menilai sebuah perjuangan . Bukan kisah seorang mahasiswa membaca tragedi dan peristiwa. Demi menyatakan sokongan yang mustamirrah itu, aku bersama teman-teman di sini melancarkan muzaharat aman dari Jamie Al-Azhar seusai solat Jumaat saban minggu. Kami melaung-laungkan pembebasan dan keadilan untuk Palestin. Ketumbukan kami itu tidak disenangi pihak keamanan. Akibatnya aku dan enam teman lain terberkas, ditahan dan disoal siasat. Mujurnya tiada kesan terhadap pengajian kami di Al-Azhar.Peluang meladeni kitab-kitab ilmu membantuku memahami pengertian jihad sebagai tiang keizzahan Islam. Kau jangan hairan andai kukatakan masih ada ulamak yang tidak mengiktiraf perlakuan meletupkan bom yang kalian amalkan sebagai amaliyat istisyhadiah. Sebaliknya mereka melabelkannya sebagai intihar. Namun aku yakin pendapat yang menyatakan perlakuan itu adalah jihad dan matinya beroleh syahid adalah benar dan tepat.

Benar seperti apa yang kau coretkan. Kita tidak boleh berharap kepada PLO, OIC mahupun Liga Arab kerana dasar perjuangan mereka tidak berlari di atas garisan yang sama dengan perjuangan kita. Lihatlah betapa kemenangan imprealis membina empayar. Biarpun mereka pulang ke negara mereka namun jajahan pemikiran berterusan. Barangkali wajar aku suarakan betapa penderitaan yang kalian hadapi di Palestin,penyemb elihan di Kosova, pemerkosaan di Bosnia, Pembantaian di Poso, penindasan di Kashmir, Pergelutan di Afghanistan dan penyerangan terhadap Iraq adalah harga untaian kifarat kealpaan umat Islam mengembalikan khilafah Islamiah setelah runtuhnya Turki Uthmaniah pada 1924. Pun begitu bukanlah niatku hendak menyalahkan kesemua umat Islam lantaran derita-derita itu kerana masih ada sinar-sinar Islam dinyalakan melalui jemaah dan harakah Islamiah serata dunia.

Akhi,
Nampaknya perjuangan perang salib kita masih belum berakhir. Kau tentu lebih arif mengenai sejarahnya. Apakah kita masih menunggu akan lahirnya Solahuddin Al-Ayy ubi yang kedua? Ku kira tepat ujaranmu. Perjuangan kita adalah satu. Jihad fisabilillah tanpa menghitung bangsa . Meski aku dilahirkan di sebuah
perkampungan Melayu di Malaysia, Palestin tetap adalah tanggungjawabku. Tanpa mengira bangsa kerana ad-Deen itu satu!

Kuakhiri warkah ini dengan rasa syukur dan terharu kerana persahabatan kita terhubung kembali. Takdir Allah menentukan segalanya. Dialah yang mempertemukan kita di atas keimanan dan Dialah juga yang memisahkan kita di atas ketaqwaan. Semoga kita akan terus berutusan. Oh ya, untuk pengetahuanmu
aku akan menamatkan pengajian sarjana muda tidak lama lagi. Doakan imtiyaz.

Sahabatmu dunia akhirat,
Solahuddin Soleh
Kaherah


Selang hampir dua minggu kuterima warkah balas dari Jihad. Namun isinya terlalu hambar. Isinya tidak sebagaimana yang kuharapkan.


Assalamualaikum warahmatullah… Sahabatku,
Syukran kerana membalas suratku. Aku semakin tidak punya masa untuk menulis sebanyak boleh untukmu. Namun kugagahi jua mencuri waktu yang terluang untuk kucoretkan pesanan buatmu supaya perjuangan yang pernah kita bina di Lembah Nil suatu waktu dulu akan terus subur sesubur ingatan ku terhadapmu.
T ahniah kerana bakal bergelar graduan. Aku doakan imtiyaz buatmu. Namun… pesanku teruskan jejak untuk mengejar impianmu untuk menjadi mujtahid umat. Ingat! Tugas dan amanah yang terpikul di bahumu perlu kau lunaskan dengan ikhlas.

Akhir kata dariku… mabruk! Semoga kejayaan agam itu akan kau gunakan di tempat yang sewajarnya.

Sahabatmu,
Jihad Jamal
Ramallah

Natijah imtihan keluar hari ini. Aku bersama Muslim bergegas ke Fakulti untuk melihat natijah masing-masing. “Mabruk Solah!” Ucap Taufiq sewaktu melihatku menuju ke arahnya. Jantungku berdegup semakin kencang. “Izai” Soalku dalam loghat ‘ammiah
berbasa-basi.
“Ya Rab!” Aku menyapu muka dengan telapak tangan tanda syukur kemudian bersegera ke musolla untuk membuat sujud syukur. Muslim juga tersenyum dan dia dan Taufiq saling mengucap mabruk.Hari ini adalah majlis graduan mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang menyudahkan pengajian di Universiti Al-Azhar dalam pelbagai fakulti. Aku menyarung jubah graduan dengan penuh rasa syukur. Majlis diadakan di Dewan Haflah Kubra dengan diserikan kehadiran Rektor Al-Azhar untuk upacara menyampaikan ijazah dan anugerah.

Alif mahasiswa dari Al-Azhar cawangan Tanta menghampiriku. Sambil bertanya khabar dan mengucap mabruk bersilih ganti. Muslim menghampiri kami dan menghulurkan sekeping sampul dari Ramallah kepadaku. Namun aku agak sangsi kerana tulisan di atas sampul itu agak berlainan daripada tulisan Jihad. Kuusir prasangka lantas membuka sampul itu.

Assalamu alaikum warahmatullah,
Surat ini dikirimkan untuk Akhi Solahuddin Soleh untuk memaklumkan berita tentang sahabatmu bernama Jihad Jamal yang telah kembali ke rahmatullah pada Jumaat lalu akibat diserang Zionis Yahudi seusai mengerjakan solat Jumaat di Masjid Al-Khalil. Tabahlah wahai sahabat dan sewajarnya kau bergembira kerana kepergiannya sebagai seorang syuhada’.
Sebagai melunaskan pesanan dan kata-kata yang sempat dituturkan pada pagi Jumaat itu kepadamu maka surat ini aku kirimkan meskipun aku sendiri tidak pasti sama ada akan sampai atau tidak pesanan ini.Kata As-Syahid Jihad Jamal: “Sebaik sahaja kalian mendengar berita syahidnya aku, dongaklah ke langit… lantaran kecintaa nku untuk bertemu Allah, lantas Allah muliakan dengan kematian yang mulia.”

Sahabatmu dan Jihad,
Abdullah Saufi
Ramallah

Aku mendongak ke langit melepaskan doa semoga Jihad dianugerahkan syahid di sisi Allah. Itulah warkah terakhir dari Ramallah. Di depan sana… majlis telah lama bermula.
-TAMAT-GLOSA RI:

ittifaq – sepakat
muallafat – buku-buku/penulisanhamasah – semangat
thaqafah – pengetahuan/kebudaya an
takhtit – perencanaan
amir – ketua
jidar – dinding/tembok
mu stamirrah – berterusan
kutubk hannah – perpustakaan
ifta r – sarapan
marhalah – peringkat
ibtidaie – permulaan /sekolah rendah
muzaharat – tunjuk perasaan/demostrasi

imtiyaz – cemerlang
izai – bagaimana
musolla – surau

 

 

Kredit kepada penulisnya :

Akhi Masrawi

Advertisements

Nur Ramadhan

Oleh: Al-Hidayah

34739781431222l.jpg

Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya. Ditakdirkan Allah, assignments di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana discussion di sana sini. MP3 player berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong. 

“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan barakah ini..” Najwa mengeluh sendirian. 

Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al Anfal ayat 2: 

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal” 

 Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulallah SAW.

 “Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau)” Riwayat Abu Dawud, Ahmad.

Najwa singgah duduk di satu “bench” di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya.  “Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan”. Dalam Najwa mengulangi doanya itu, tiba-tiba terdetik di dalam hatinya:Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan?Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya. Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti halaqah mingguan. Dia terasa sangat “excited” kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa…” Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan. 

 Najwa tersentak… Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin.“Oh.. di situlah silapnya… Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini… Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku”  Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar.

 Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelematkan Najwa dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan perempuann), lalu dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan menepati ciri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh. Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan program-program islami semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan “dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya.

Tiba-tiba Najwa tersentak lagi.. “Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?”

Najwa teringat Surah Al Baqarah ayat 44, ya benar… Dia telah melupakan dirinya sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini.. aku mengharapkan Mu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku.. walau pada kadar sekelip mata,” Najwa berharap. Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri. Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak perlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa.. Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan.  Najwa terkedu.  

“Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati.

 “Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa mencebik.

“Alah.. maaflah.. Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil beri salam.

“Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyakat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya.

 Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki? (Apa khabar iman kamu?).

Hayati senyum, “Alhamdulillah.. Alhamdulillah… I hope to stay in Ramadhan all the time!”Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan!” Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err… Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi, saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar from Sheikh masa solat tarawikh kat musollah” “Surah Al Ma’un ayat 4-5.”“Dalam ayat 4.. Allah cela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa-rasanya kenapa, Najwa?” Hayati buat soalan KBKK pula.

 “Alah, mana la saya tau… Awak citer je la” Najwa malas nak fikir. 

“Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap “iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka”.. “Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim, bukannay fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Bukan referring to orang yang lalai within his/her solat. As if, orang tu dah defeat the purpose of solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solatnya. Itu sebab Allah cela”  “Macam kita lah, kalau dok dalam halaqah, kita asyik cerita pasal kena amar ma’ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar halaqah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu.. What is the purpose of the halaqah to begin with?” Hayati berkata. 

Najwa tertunduk.

“Jazakillah ukhti…”  Hayati berkata, “Awak ni cam ade problem je……” 

Najwa melarikan pandangannya, “Hmm.. Biasalah, hati kurang sihat.” 

Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah.. Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasulullah pernah cakap, sapa yang dalam saat imannya rendah, tapi masih berpegang kepad Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”  “Iman kita memang ada up-s and –down-s. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya.. ..Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “Wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”  You know what, Najwa…Asalnya , kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” Hayati mengusap-usap kepala Najwa. 

Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya! Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa qalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan, diterima oleh Allah. 

CINTA

“Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~…
-Amin, UK-“
  

Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku. 

  Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….  Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. ‘Boring’ juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh. 

 Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu.  Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan ‘early dinner’ di situ. Kemudian, satu detik yang agak ‘mengingatkan’ bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…  Dia ada bertanya “Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?” Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang ‘couple’ yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi ‘simple’ saja. “Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sket la pendek cerita!.”  “Hmm..” Amin hanya mengangguk-angguk. “Dalam Islam ada ke macam ni?” Amin menduga lagi. Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia ‘counter’ lagi. Huh. Diam sahaja lah! “Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya…” Amin cuba menyedapkan hati. 

Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak ‘rasmi’ ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan – ‘Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.’  Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang ‘playboy’ pada masa kini.Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian

.  ‘Tuuut. Tuuut…’ Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.  “Esok free tak? Boleh kita chatting?”  “Boleh… Saya free je.” jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat ‘surprise.’ Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk ‘wish birthday’ aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.  “Ok.Tq…” balasnya pula.

  Keesokannya, aku menanti awal dia online. 

 ‘Tuk. Tuk. Tuk..’ Amin has signed in. Oh, tepat sungguh waktunya…  

Amin: assalamualaikum wbt.  

Wani: wsalam…

  Amin: apa khabar? sihat? iman baik? 

 Wani: alhamdulillah… sihat2..=) awak?  

Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tp takpe, ok je semua  

Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week… 

 Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit… 

 Wani: wah, rajinnya… baguslah! 

 Amin: hurm…  

Amin: study macam mana? 

 Wani: ok je… new sem ni berat sket.. Jadual pack.  

Amin: oic..

. Amin: takpe, study rajin2 ye..

 Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya… 

 Amin: hurm… 

 Wani: apa dia? tanya la… sila2..  

Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang? 

 Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan?

  Wani: so, statusnya kawan je la…

 Amin: hurm……..  Wani: erh, tak betul ke? 

 Amin: hurm.. ni opinion je la – antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima.. 

Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…  

Wani: jadi…  

Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…  

Amin: sbb……  

Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…

 Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…

  Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber’zina’…  

Amin: huh…  

Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…  

Amin: kononya Islamik…  

Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik… 

 Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2’ nieh.. 

 Amin: hurm…..  

Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah… 

Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…  

Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…  

Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…  

Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…

  Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…  Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…  Cinta hakiki hanyalah pada Allah… Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu. Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini. Aku terus menjawab ringkas…. 

 Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah… 

 Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.  

Wani: wassalam.  Signed out  

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya… Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu. 

 “Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai.” Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.

  “Ya bang, Wani turun…”  

Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ‘presentation’ kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program ‘Belia Negara 2057’ esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.

  from : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=550


aku dan hujan

Oleh: Himmah Mardhatillah

thumb_dua_227.jpg

 Bumi Melbourne yang selama ini kering dek musim panas yang berpanjangan walaupun Autumn mula basah sejak kebelakangan ini, basah dek hujan yang menimpa tanah asing ini… Sejak aku hijrah ke sini, jarang sekali kudengari bunyi guruh atau kilat seperti di tanahair. Jika dulu di sana, aku takut dan gerun dengan kilat, mahu sahaja aku duduk di rumah sahaja… takut kena sambar kilat lah! Tapi di suatu pagi di sini, tatkala manusia sibuk berkejaran ke tempat kerja, di celah-celah deruan bunyi enjin kereta… kedengaran bunyi bunyi guruh sayup2 seperti menegur aku yang leka dengan kerjaku.. Wah! Jarang sekali ada guruh di sini.. titis2 hujan mengekori tidak lama kemudian.. sedikit2 lama2 makin lebat…

 Hatiku sejuk… Hujan.. tenang kuterasa tatkala mendengar bunyi hujan.. Aku mula menyedari bahawa sebenarnya aku rindu… Rindu akan hujan.. 

Aku dan hujan… begitu banyak kenangan manis bersama hujan..

Semasa aku kecil, akulah orang yg pertama melompat gembira kalau hujan, nak keluar rumah main hujan. Zaman itu belum ada hujan asid, masih selamatlah.. Adik bongsu yg manja ini mengheret tangan abang utk keluar bermain… berlari-lari, melompat-lompat kegirangan aku dalam limpahan hujan yang sejuk… begitulah setiap kalinya… ku mula mengenal hujan.. dan sungguh aku sukakan hujan! 

“Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan ke luar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira.” Ar-Rum: 48 

Semasa remaja, hujan tetap signifikan dalam jiwaku, walaupun mula dicemari jahiliyah yang mewarnai hidup remaja seperti ku di kota… Suasana hujan itu sungguh syahdu, seperti ada suatu perasaan indah yang tidak tergambar.. hening.. pada masa itu jiwaku yang banyak terpengaruh dengan MTV hanya dapat mengaitkannya dengan kisah cinta dan khayalan dunia… Tapi hujan tetap Indah! Dan hujan masih bersamaku…

 “Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.” Al-A’raaf: 57 

Tapi diriku masih jahil.. belum mengerti sepenuhnya akan kudrat Ilahi… apatah lagi mengaitkan hujan sbg rahmatNya… namun kumasih cintakan hujan… 

Setelah ku tercampak di daerah yang baru ini, hujan hanya turun sekali-sekala, selalunya semasa musim luruh atau sejuk… Tapi hingga kini hujan masih bersamaku.. Hujan masih menemaniku dalam suka dan dukaku, menyimpan seribu kenangan dan rahsiaku…Namun kini Aku dan Hujan berbeza.. 

Kini baru ke kenali Penciptaku… Oh! Baru ku kenali Pencipta Hujan. Rupa-rupanya hujan itu sungguh layak untuk ku cintai… kerana dalam penurunannya tersimpan seribu makna yang Agung, kisah Penciptaku yang Maha Kuasa, Kasih sayang dan rahmatNya yang tidak terhingga… Oh, memang patut ku suka akan dikau wahai hujan..! Alhamdulillah kini ku fahami mengapa aku sungguh suka.. Allah telah mengikatku dengan hujan sekian lama… rupa-rupanya kini baru ku diberi hidayah utk menghargainya dengan selayakNya..iaitu sebagai ciptaan Allah yang penuh misteri dan rahmat..

Perhatikan ayat Allah ini sebaik2nya.

.“Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.” Al-A’raaf: 57 

Suasana ketika hujan yang hening dan syahdu… bunyi2 titisan hujan jatuh ke bumi seolah-olah satu rawatan kpd jiwaku… Kurasakan suatu ketenangan dengan hujan… Pernah suatu ketika, aku diuji dengan begitu hebat… aku menangis…entah kepada siapa hendak ku luahkan perasaanku itu.. Aku menuju ke mihrab, aku yakin ada petunjuknya dari Ilahi… tatkala aku melangkah berat menangisi duka yang perit, tiba-tiba titis2 hujan mula jatuh ke pipiku yang sudah sedia basah…

Ya Allah, Tuhan yang menciptakan dan mengetahui yang tersurat dan tersirat.. sungguh Engkau mengetahui akan pengubat yg terbaik untukku…

 “(Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penentraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan setan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki (mu).”Anfal:11 

Terus ayat ini muncul di akalku yang sedang serabut… Iya.. saat itu kurasakan Allah begitu dekat denganku… membelai dan memujuk hatiku dengan hujan..Dan sungguh kurasakan ketenangan itu…. Dan ku yakin dengan pertolonganNya..Walau diri ini tidak sehebat ahli Badar yang diturunkan hujan sebagai rahmat bantuan dari Allah, ku tahu kasih sayang Allah itu tidak terbatas, dan hujan itu diturunkan sebagai rahmat ke seluruh alam…baik utk keseimbangan ekosistem mahupun sebagai pelajaran kpd mereka yang memikirkannya.. Dan demikianlah setiap kali aku dirundung kegelisahan… Hujan seperti memberhentikan masa.. meninggalkan aku dalam keindahan suasananya yang mengasyikkan… meninggalkan segala masalah2 duniaku di belakang.. hanya aku dan Allah! Sungguh, aku telah lama rindukan hujan…Aku dan hujan… temanku sejakku kecil dan jahil.. hinggaku fahami dan sedari…teruskan tenangi aku.. Segala puji bagi Allah yang menurunkan ketenangan kpd hamba yg dikehendakiNya.

“Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu ia menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.” Az-Zumar:21 

Dan kepada Allah jualah aku akan kembali.. 

Sahabat Sejati

35257744252820l.jpg

Hayati mengemas pakaiannya ke dalam “back-pack”nya, sementara menunggu laptopnya “turn-off”.
Kemudian, dia memperosokkan sahaja laptopnya ke dalam “back-pack”nya. Zuraida, teman sebilik Hayati memasuki bilik sambil membawa secawan kopi yang baunya semerbak sehingga memenuhi atmosfera bilik mereka.

“Awak tak tido umah malam ni ke?” tanya Zuraida. Hayati sudah mengagak pertanyaan tersebut, lalu tersengih sahaja.

“Huhu.. Sedihnya saya tinggal sorang-sorang lagi dalam bilik malam ni, tak de orang nak tolong segarkan saya kalau mengantuk masa study,” Zuraida merengek.

Hayati memakai tudungnya, sambil meniup-niup bucu tudungnya supaya kemas. “Alah awak ni, tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Doa la banyak-banyak supaya Allah segarkan awak. Kadang-kadang, saya ni menggalakkan awak tido lagi ade lah.” Zuraida mencebik. “Awak tido rumah
sape pulak malam ni?”

“Rumah, err.. rumah.. Huda.” Hayati teragak-agak ingin menyebut nama Huda, kerana ini merupakan kali ke 3 dalam minggu itu Hayati bermalam di rumah Huda. Huda merupakan junior kepada Hayati, dia merupakan seorang muslimah yang mempunyai keperibadian yang tulus, walaupun masih belum memahami tanggungjawab dakwah dan masih belum memahami sepenuhnya erti islam yang syumul.

Sejak Huda baru sampai ke bumi “Down Under” ini, Hayati telah pun menjalinkan hubungan akrab dengannya. Maklumlah, sayanglah sekiranya jiwa yang baik disia-siakan potensinya. “Awak nak ikut, Zuraida?” Hayati cuba menghangatkan suasana. Muka Zuraida terus berubah ceria, “Boleh juga!”

Walaubagaimanapun, ada konflik yang berlaku di dalam diri Hayati, dia dapati dalam dia memenangi hati
mad’unya, kadang-kadang dia terasakan seperti mengabaikan hak sahabat- sahabatnya yang lain. Walaupun begitu, sahabat-sahabat serumahnya sangat “supportive”, dan sering memberi kata perangsang, serta ada kalanya sekiranya Hayati tidak sempat melaksanakan tugas mengikut “duty roster” rumah, pasti ada sahabatnya yang lain akan membantunya, terutama sekali Zuraida.

“Tunggu saya kemas barang saya kejap ye!” kelam kabut Zuraida meletakkan cawan kopinya dan terus mengemas barang serta menyalin pakaiannya. Hayati dan Zuraida berjalan menuju ke stesen bas.
Zuraida melihat jadual bas, “Pukul 5.30 p.m baru bas sampai, sekarang baru pukul 5.15 p.m” Hayati mengangguk, “Tak pe lah, kita dok sini dulu sembang-sembang” Zuraida sengih lagi.

“Awak tau tak…” Zuraida memulakan bicara. “Tak tau, hehe” Hayati berlawak. “Tak pe lah.. tak jadi bagitau la kalau cam tu..” Zuraida terus merajuk. “Alah, awak ni.. Saya gurau je..” Hayati cuba memujuk.

Zuraida memaksa dirinya untuk senyum kembali. Entah mengapa, sejak akhir- akhir ini, dia sangat mudah terasa dengan Hayati. Jauh di lubuk hatinya, Hayati merupakan sahabat yang paling dia sayang di kalangan sahabat-sahabat serumahnya. Mungkin kerana itu dia mudah terasa dengan setiap tindak- tanduk Hayati. Namun begitu, Zuraida merupakan orang yang pandaimenyembunyikan emosi di sebalik senyumannya yang kelihatan tenang.

“Awak tau tak, dalam banyak-banyak kawan kita.. Awak la yang paling saya…..” belum sempat Zuraida
menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon dengan suatu suara kuat.

“Assalamualaikum.. Nak pegi mana tu?” Rupa-rupanya Sufiah. Sufiah “pull- over” kereta kecilnya yang berwarna merah. “Hayati, Zuraida.. Naiklah kereta saye ni. Tak sudi ke naik kereta buruk ni”
“Kami nak ke North Melbourne, are you heading that way as well?” Tanya Hayati.

Zuraida yang belum sempat menghabiskan ayatnya, terkejut dengan kedatangan Sufiah. Zuraida tergelak kecil di dalam hatinya, dia terbayangkan Sufiah ibarat Mr Bean yang memandu kereta
kumbang. Perbualannya dengan Hayati termati begitu sahaja.

“Come in, come in. Have a ride. I’m heading to Docklands. Boleh drop korang kat North Melbourne.” Kata
Sufiah.

Dalam kereta, Sufiah memasang lagu UNIC, Sahabat Sejati. Zuraida yang duduk di belakang tiba-tiba membuka bicara, “Yati, ni lagu untuk awak.” Hayati senyum, “Terima Kasih”. Sufiah pula mencelah, “Saya ni tak de orang nak dedicate lagu ke?”. Ketiga-tiga orang sahabat tersebut tertawa.

Zuraidah memandang Hayati yang sibuk berceloteh bersama Sufiah. Zuraida mengalihkan pandangannya ke luar. Lagu terus berkumandang,

“Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini”

Mungkin Hayati tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Zuraida.

Zuraida sangat bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang sahabat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Hayati merupakan sahabat fillah yang pertama yang Zuraida kenali. Hayati banyak memberi sokongan kepada Zuraida di dalam pelajaran, maklumlah Hayati pelajar yang cepat tangkap pelajaran. Namun begitu, sejak mereka melangkah ke tahun dua universiti, dan sejak mereka menerima
kedatangan adik-adik baru, mereka jarang dapat menghabiskan masa bersama sepertimana dahulu. Zuraida sangat khuatir sekiranya dia ketinggalan, dari segi pelajaran, dari segi dakwah, dari segi tarbiyah, dari segi bilangan mad’u, dari segi segala segi.

Zuraida terus memerhatikan Hayati, ditenungnya sahabat itu puas-puas dan berdoa di dalam hatinya, “Ya Allah terimalah segala amal sahabat ku ini, dan ikhlaskan dia. Dan kuatkan dia sekira dia berasa lemah, dan ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau”

Tiba-tiba, Zuraida terasa hatinya sangat lapang. Inilah yang dia mahu rasakan, selama ini perasaannya risau, sedih, bercampur-baur apabila Hayati sudah jarang bersamanya.

Benarlah seperti nasihat Kak Elin, “sekiranya kita ada rasa berat hati dengan seseorang, kita segera
doakan kebaikan untuk dia, insya- Allah, syaitan yang cuba hasut kita tu akan lari lintang pukang. Dan malaikat pula akan mendoakan perkara yang sama untuk kita.”

Ini membuatkan Zuraida tersedar, bahawa kebergantungan yang mutlak itu terletak pada Allah. Dan sekiranya seorang insan itu tidak diberi penghargaan, dia tetap menjadi seperti pokok. Pokok yang menurunkan buah apabila dibaling batu.

Zuraida mahu berlari seperti orang lain, berlari menuju jannah insya- Allah, sama-sama tabah dan kuat dalam membawa risalah perjuangan anbiya’. Tapi, kadang-kadang, dia letih. Kerana lupa mengukur kapasiti diri. Mungkin kerana terlupa, Allah melihat usaha seseorang, dan bukan natijahnya. Tapi, menjadi kebiasaan manusia. Sangat mengharapkan hasil positif di depan mata. Zuraida terkenangkan Nabi Nuh, kisah dakwahnya di dalam Al Quran. Di dalam surah Nuh, Nabi Nuh merintih kepada Allah, beratus-ratus tahun, pagi sehingga malam menyeru kaumnya, tetapi hasilnya, hanya menyebabkan kaumnya
semakin jauh daripada Allah.

“Ah, masakan aku yang baru setahun jagung dalam dakwah ini, mudah sangat putus asa ,” getus Zuraidah dalam hati. Hayati melihat “rear-view mirror”, ternampak muka Zuraida yang serius. Hayati membisikkan sesuatu kepada Sufiah, dan Hayati membawa keluar “handphone”nya.

Hayati menaip sms, “Salam, Huda. Maaf akak tak jadi ke rumah awak malam ni. Ada hal sikit. Nanti akak hantar pengganti akak pergi umah awak ye, hehe.” Sufiah membuat “announcement”, “Baiklah, kita dah sampai Docklands. Selamat makan aiskrim Dairy Bell, jangan lupa saya.”

Zuraida tercengang, Hayati turun dari kereta dan membuka pintu belakang, lalu menarik tangan Zuraida. Zuraida tercengang, “Eh, tadi Sufiah kata dia yang nak ke Docklands.” Sufiah terus memecut laju ke destinasi barunya. Kereta kecil merahnya berderum hebat. “Jom la kita makan aiskrim sama-sama. Dah lama tak “outing” berdua,” Hayati mengajak Zuraida.

Zuraida akur sahaja. Dia terasa pelik, kenapa tiba-tiba Hayati tidak jadi pergi ke rumah Huda.

Hayati membeli aiskrim Chocolate Chips, dan mengambil 2 batang sudu kayu, “Jom dok kat tepi jeti tu..”

Hayati mula bicara, “Tadi kat stesen bas, awak nak cakap sesuatu kan….” Zuraida tersenyum sahaja.
Hayati bicara lagi, “Awak tak boleh tipu saya dengan senyum tenang awak nih….”Zuraida tersenyum lagi. Tapi, senyuman itu diikuti dengan air mata.

“Tadi saya nak cakap lain, tapi sekarang Allah ilhamkan saya untuk cakap sesuatu yang lain kepada awak,”
kata Zuraida, matanya berkaca-kaca. Hayati mengangguk, “Cakaplah..””Kalau awak nak masuk jannah, jangan tinggalkan saya.” Zuraida berkata sambil menahan air matanya yang semakin laju.

Hayati sangat terharu. Dia tidak pernah terbayangkan bahawa ada orang yang akan berkata begitu kepadanya, Hayati tak tahu nak respon macam mana, sedangkan dia sendiri pun terhuyung- hayang dalam perjalanan mencari syurga Allah.

Maksud sepotong ayat Al Quran, ” Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. ” Sungguh mudah untuk bercakap soal ukhuwah islamiyah. Namun nak menzahirkannya payah, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati.

“Saya tahu Allah beri awak banyak kelebihan berbanding saya, moga Allah melindungi saya daripada hasad dan dengki, dan moga Allah menjauhkan awak daripada ‘ujub dan riya’ ,” Zuraidah menghela nafas panjang. Aiskrim Chocolate Chips tidak mampu menarik seleranya. Hayati terpaku. Dia seakan-akan dapat membaca apa yang dirasai oleh kawannya. Benarlah seperti apa yang dia rasai selama ini, tindak-tanduknya yang banyak mengabaikan hak-hak sahabat-sahabatnya mampu mengundang virus ukhuwah.

“Saya nak minta maaf atas salah silap saya. Saya tau saya banyak tinggalkan awak sorang-sorang. I am lost myself. Kononnya keluar berdakwah tapi, banyak yang lain pula saya abaikan,” Hayati mula meluahkan isi hatinya.

Zuraidah berkata, “Saya pun minta maaf, asyik kadang cebik muka. Tapi, tak perlu lah kita mengungkit salah silap kita yang dahulu. Apa yang sudah tu sudah..” Hayati menyambung, “Betul? Kosong-kosong!”
Zuraidah pula berkatai, “Kosong- kosong!”

“Insya-Allah, kita akan saling mengigatkan. Time kena study, kita pulun habis-habisan. Time kena keluar
berdakwah, kita mujahadah sehabis baik, jaga amal fardi.. Kejutkan qiyam, ingatkan supaya puasa sunat!”
Hayati mula meng”list-out” perjanjian di antara mereka.

“Kena tunai hak pada semua pihak yang ada hak ke atas kita, kena berlapang dada dan menerima setiap sahabat kita seadanya, saling memperingatkan, walau kita “fastabiqul khairat”, mudah- mudahan ada persaingan sihat.. dan last sekali …outing kat charcoal chicken dengan geng rumah dua minggu
sekali, hehe..” Zuraida menyambung.

“Lillahi ta’ala!” Zuraida dan Hayati menyebut kalimah “kerana Allah ta’ala” serentak. Mereka tersenyum sesama sendiri.

“Jom makan aiskrim ni dah cair!!” Zuraida menyogok sesudu aiskrim kepada Hayati.”Hehe..” Hayati tergelak kecil. “Er… kita nak tido mana ye malam ni?” Zuraida bertanya. “Hehe.. tak pe, kita tido kat bilik kita yang best tu lah… Sufiah tido kat umah Huda, insya-Allah” jawab Hayati. Zuraida terbayang Sufiah bersama
kereta merahnya menuju ke rumah Huda.
Sufiah memang seorang sahabat yang “sporting” dan lucu.

Kedua-dua sahabat itu tersenyum. Moga Allah memberkati persahabatan mereka, dan meneguhkan hati-hati mereka di atas jalan dakwah hingga bertemu
denganNya. Itulah doa mereka berdua.

kerana ini JALAN PILIHANKU

23798289326971m.jpg Berapa kali aku kata aku bukan belajar di London ! Aku belajar di Swansea ,
di salah satu tempat di Wales ‘
 “Aku dah bilang kat hang banyak kali dah!
Kalau pergi London tu jangan buat
perangai tak elok! Jangan malukan mak ayah! Kau pergi sana untuk
belajar.
Bukan untuk jadi pendakwah!’
Swansea ayah, Swansea ! Bentak hatiku.Aku tak mengerti mengapa semua orang
Malaysia menganggap jika belajar di UK itu maksudnya adalah belajar di
London .

‘ Tak mengapa Sham, aku dok belajar di Ireland ni pun mak aku kata aku
belajar di London.’ Teringat kata-kata Izzul, teman serumahku di saat kami
berbual. Aku mengeluh di saat gagang telefon belum ditutup. Ayah masih meneruskan
ceramahnya yang panjang lebar. Terasa bingit apabila suara garaunya
menembusi gegendang telingaku.

‘ Aku dah bilang kat hang, dok London tu belajar. Buat apa nak enjoy-enjoy
sangat. Bukan senang nak pergi overseas itu, tahu? Semua orang
kampong ni tahu yang anak ayah pergi London . Mana aku nak letak muka jika
kau balik tak bawak apa2 selain bini kau tu je?’

Dia masih tidak berkata apa-apa. Membiarkan si ayah memuntahkan segala
isi hatinya yang terbeku. Padanya ayah tidak mengerti apa-apa yang dialaminya
di bumi berhawa dingin itu.

‘ Usrah-usrah tu bukan tak bagus. Aku suka anak aku jadi anak soleh. Tapi
jangan sampai berlebih-lebihan. Jangan sampai kau tak study langsung. Nak
belajar Islam itu belajar juga, tapi janganlah berlebihan.
Islam itukan
wasatiah. Berpada-pada. Kita jangan terlalu ekstrim. Biar Islam kita Islam
hadhari’
Teringat dulu ayah pernah bertanya kepadaku erti wasatiah. Dia jumpa
dalam buku kitab kuning katanya. Aku katakan itu bermakna berbuat sesuatu
biar pada kadarnya, tidak berlebihan dan tidak berkurangan.

‘ Ayah memang kecewa dengan kau, Sham. Kau tak kasihan ke pada mak ayah.
Macam mana nanti kami nak tanggung malu jika kau balik tak bawak apa-apa?
Kau nak cari kerja macam mana nanti? Nak tanggung anak bini kau lagi. Kau
nak kasi mereka makan pasir ke?’

Aku merenung lantai di bawah telapak kakiku. Kosong. Di sisiku, bidadari
yang menerangi rumah tanggaku duduk bersimpuh sambil menanti-nanti ucapan
dari bibirku. Kasihan dia, tentu dia gundah melihat reaksiku berbicara
dengan ayah di balik telefon. Setiap kali aku mahu menjawab kata-
kata ayahku, si bidadari menyentuh lembut bahuku dan membuka ayatNya yang
menyirami api amarah hatiku;

‘Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa.Jika salah seorang di antara
keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu,
maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya
perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah
keduanya perkataan yang baik’ ( Al-Isra’: 23)
Benarlah sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Aku melirik dengan
hati yang tenang pada wajah bercahaya si bidadari. Dia bukanlah dikalangan
wanita yang dikatakan sebagai jelita.
Hidung sedikit sepet, kulitnya sawa
matang dan ada pancaran-pancaran jerawat di mukanya.
Badannya sedikit
gebu. Tapi aku tidak melihat kesemua itu kerana di saat aku ditanya oleh
abang usrahku akan kriteria calon isteri pilihanku, jawapanku hanyalah;
dia seorang akhwat yang mengikuti tarbiyah dan melaksanakan ajaran
Islam.
Sehingga ke hari ini, aku tidak pernah menyesal membuat pilihan itu.
‘Ayah…’ ujarku dengan nada yang lembut  sambil menahan gelojak di hati yang
tersinggung dek tuduhan-tuduhan si ayah.

‘Ayah, Hisham sebenarnya bukan fail exam keseluruhan ayah. Hisham cuma
fail satu modul sahaja.’

‘Sama jelah . Kalau dah fail tu fail juga…’ Ayah memotong.

‘Bukan begitu. Maknanya Hisham boleh ambil balik modul itu dan lulus. Tak
perlu pun nak kena ulang tahun.’

Aku membayangkan betapa terkejutnya ayah tatkala menerima surat keputusan
peperiksaanku di kampung. Ditambah lagi abang sulungku pulang dari US
tanpa membawa balik segulung ijazah. Hanya sebatang kara. Kini dia hanya
menolong ayah menguruskan kedai runcit di kampung. Sedangkan dahulunya abang
adalah pelajar terbaik sewaktu sekolah menengahnya.

‘Abang ikut tabligh kot, Angah.. Balik rumah asyik pakai baju putih je’
begitu kata adik bongsuku tatkala ditanya.
Abang enggan berbicara
denganku. Aku sendiri tak mengerti kenapa. Mungkin berasa malu.
Barangkali kerana itu ayah melenting dan terkejut. Tapi Hisham tak ikut
tabligh ayah! Hisham ikut tarbiyah!
‘Modul periksa itu modul terakhir Hisham kena ambil. Tapi waktu periksa
hari itu, Hawa dan Hisham kene demam panas. Hisham pergi juga ambil periksa
waktu itu, walaupun tak dapat nak jawap soalan periksa betul-betul.’

Ayah berdengus kasar. Seolah-olah tidak berpuas hati dengan jawapanku. ‘Apapun, ayah tak nak kamu gagal lagi. Kamu kalau ikut-ikut usrah pun jangan
sampai tak belajar. Kita biasa-biasa sudahlah. Tak perlu sampai nak jadi
pendakwah.’

Kadang-kadang aku kecewa mengapa ramai menganggap bahawa faktor utama
kegagalan seseorang yang aktif menghadiri pertemuan-pertemuan ilmu
itu adalah kerana kesibukannya. Ramai lagi manusia yang gagal dalam
pelajaran tapi mereka itu sibuk dengan kefoyaan mereka berhibur serta
menghabiskan masa dengan perkara yang langsung tidak berfaedah.

Pertemuanku dengan seorang sahabat yang memberi cahaya kepada kehidupanku
kini adalah pertemuan yang paling membahagiakan hidupku. Sahabat itulah
yang menjadi naqib usrahku dan menjodohkanku dengan Hawa. Saat aku
jatuh cinta dengan tarbiyah, saat itulah aku mengetahui erti kepada
makna kehidupannya di atas muka bumi ini.

‘Kau sanggup berkorban duit dan masa semata-mata nak pergi usrah Sham? Get
a life man! Takkan masa muda kau ni nak habiskan masa baca Quran je?Kau
tak bosan ke dengar ceramah-ceramah ? Ke hulu-hilir pergi entah kemana-mana
entah. Kau boleh tolak tau kalau orang ajak kau. Kau jangan paksa diri Sham,’
Itulah kata-kata teman serumahku di kala mereka selalu melihat aku hilang
dari bilikku.

‘Tapi aku tak jumpa ketenangan dan kebahagian bila aku buat apa yang kita
buat selama ini.
Usha awek cun, main game, tengok wayang dan lepak-lepak.
Mula-mula aku rasa best lah. Tapi lama- lama aku rasa boringlah.Hidup takde
tujuan. Buat camtu pun aku rasa buang duit dan masa juga.’
‘ Kau memang dah berubahlah, Sham.’ Dan di saat itu, aku mula merasakan
hubunganku dengan teman serumahku semakin renggang.
Nyata jalan kami
adalah dua jalan berbeza. Pemikiran kami berbeza. Kesukaan kami begitu
juga.
Aku berasa bahagia tatkala berjumpa dengan teman seperjuanganku namun aku
sedih melihat teman serumahku masih leka dengan kefoya-foyaan sementara.
Duhai teman, jika dikau mengetahui betapa nikmatnya jalan yang berliku
namun penuh cahaya ini tentu kamu takkan tersilau dengan hiburan
sementara di atas dunia ini. Kehidupan yang kau lalui sekarang ini adalah
jalanyang gelap, yang tidak bermakna apa-apa walaupun kelak kita sama-sama
pulang membawa segulung ijazah, kerana kehidupan sedemikian menjanjikan suka
sebentar, tetapi duka selamanya di akhirat nanti.

‘ Dan sungguh akan Kami isikan neraka
Jahanam dari kalangan jin dan manusia.
Mereka memiliki hati,tetapi tidak
mempergunakannya untuk memahami dan
memiliki mata tetapi tidak melihat dan
memiliki telinga tetapi tidak
mendengar. Mereka seperti haiwan
ternak, bahkan lebih sesat lagi,’ ( Al-
A’raf: 7)
Aku berdoa agar keluargaku dan sahabat- sahabatku akan mendapat pancaran
hidayah ini.

Aku berdoa agar mereka menyintai ilmu, menyintai Islam dan
mahu beramal dengannya. Kerana hidup di bumi UK ini, perbezaan antara kafir
dan Islam adalah terang dan jelas. Minum arak, pergaulan bebas, pergi
kelab malam dan makan babi adalah nyata perkara haram. Tetapi di
Malaysia sangat sukar untuk menilai manakah Islam manakah yang bukan
kerana orang Islam sendiri minum arak, pergi ke kelab malam dan berfoya-foya.
Oleh kerana itu tidak hairan jika ramai graduan luar negara apabila
pulang ke tanahair akan lebih dekat dengan Allah, kerana keadaan
kehidupannya menjadikan dia sedemikian.
Dia memerlukan Allah untuk
hidup. Dia memerlukan Allah untuk menjadikan dia kuat menahan cabaran
kekufuran. Sebab itu di saat sahabat- sahabat seperjuangan mengajaknya untuk
belajar tentang agama Allah, hatinya tidak menolak, kerana dirasakan
bahagia di saat hatinya dekat dengan Allah. Dan dia buntu memikirkan
bagaimanakah lagi dia boleh membawa teman serumahnya mengikuti jalan yang
dia ikuti kini.
‘ Wahai orang-orang yang beriman.
Penuhilah seruan Allah dan Rasul,
apabila dia menyerumu kepada sesuatu
yang memberi kehidupan kepadamu,’
(Anfal:24)

Kerana itu Hisham ikut usrah ayah! Kerana Hisham mahu merasai cahaya itu!
Dan Hisham mahu orang sekeliling Hisham turut merasai cahaya keimanan
tersebut. Kegagalan yang Hisham hadapi sekarang ini bukanlah kerana kesibukan
Hisham tapi adalah semata-mata kerana Allah mahu menguji Hisham. Sebab
semakin Allah sayangkan hambanya semakin Allah berikannya ujian. Jangan
ayah salahkan usrah hanya kerana Hisham gagal!

Mahu sahaja dilontarkan kata-kata itu kepada ayahnya yang separa uzur. Dia
mahu ayahnya memahaminya walaupun sukar. Dan dia berazam untuk berbakti
kepada ayah tatkala dia pulang nanti. Dia mahu tunjukkan bahawa apa yang dia
dapat di negara orang putih ini adalah perkara yang terbaik pernah berlaku
pada dirinya.

‘Abang…’ Lamunannya terhenti selepas sahaja dia meletakkan gagang telefon.
‘Result abang dah dapat dah ini..’ Siti Hawa berlari-lari anak sambil
membawa sampul putih ke arahku. Aku membuka sampul itu dengan penuh
hati-hati dan perlahan-lahan.. ‘Alhamdulillah….’ Sambil menoleh ke
arah isteriku dengan senyuman penuh makna.
Pantas jemariku mengambil telefon kelui di atas katil sambil menekan
punat dial.‘Assalamualaikum ayah, Hisham dapat
first class honor.….’
Dan di saat itu dia merasakan bahawa angin-angin sepoi bahasa di luar sana
turut merasai keriangan hatinya…

TATKALA IMAN TERGODA

495806778m.jpg

Matahari telah tergelincir. Seorang lelaki abersegera menuju
masjid ketika adzan zuhur dikumandangkan dari sebuah masjid
kampus. Lelaki itu berwudhu dan menunaikan solat nawafil. Lalu ia
menjadi makmum di shaff terdepan.Solat wajib ia laksanakan dengan ruku’
dan sujud yang sempurna. Setelah solat tak lupa ia memuji nama Tuhannya dan
memanjatkan doa untuk dirinya, ibu,ayahnya dan untuk ummat Muhammad saw
yang sedang berjihad fii sabilillah.
Sebelum menuju kelas untuk kuliah, lelaki itu sempat bersalam-salaman
dengan beberapa jamaah lain. Dengan raut wajah yang bersahaja,

ia sedekahkan senyuman terhadap semua orang yang ditemuinya. Ucapan salam
pun ditujukannya kepada para akhwat yang ditemuinya di depan masjid.
Lelaki yang bernama Ali itu kemudian segera memasuki ruang kelasnya. Ia
duduk di bangkunya dan mengeluarkan buku berjudul “Langitpun Tergoncang’.
Buku berkisar tentang hari akhirat itu dibacanya dengan tekun. Sesekali ia
mengerutkan dahi dan dan sesekali ia tersenyum simpul. Ali sangat suka
membaca dan meyukai ilmu Allah yang berhubungan dengan hari akhir kerana
dengan demikian ia dapat membangkitkan rasa cinta akan kampung akhirat dan
tidak terlalu cinta pada dunia. Prinsipnya adalah “Bekerja untuk dunia
seakan hidup selamanya dan beribadah untuk akhirat seakan mati esok.”
Sejak setahun belakangan ini, Ali selalu berusaha mencintai akhirat.
Sunnah Rasululah saw ia gigit kuat dengan gigi gerahamnya agar tak
terjerumus kepada bid’ah. Ali selalu menyibukkan diri dengan segala Islam.
Ia sangat membenci sekularisme kerana menurutnya, sekularisme itu tidak
masuk akal. Bukankah ummat Islam mengetahui bahwa yang menciptakan
adalah Allah swt, lalu mengapa mengganti hukum Tuhannya dengan hukum
ciptaan dan pandangan manusia? Bukankah yang menciptakan lebih
mengetahui keadaan fitrah ciptaannya? Allah swt yang menciptakan, maka sudah
barang tentu segala sesuatunya tak dapat dipisahkan dari hukum Allah.
Katakan yang halal itu halal dan yang haram itu haram, kerana pengetahuan
yang demikian datangnya dari sisi Allah.
Sementara Ali membaca bukunya dengan tekun, dua mahasiswi yang duduk tak
jauh dari Ali bercakap-cakap membicarakan Ali. Mereka menyukai
sekali, Ali yang amat tampan dan juga pintar, namun belum mempunyai kekasih,
padahal banyak mahasiwi cantik di kampus ini yang suka padanya. Tapi
tampaknya Ali tidak ambil peduli.

Sikapnya itu membuat para wanita
menjadi penasaran dan justru banyak yang ber-tabarruj di hadapannya. Kedua
wanita itu terus bercakap-cakap hingga lupa bahwa mereka telah sampai kepada
tahap ghibah.
Ali memang tak mahu ambil tahu tentang urusan wanita kerana ia yakin jodoh di
tangan Allah swt. Namun tampaknya iman Ali kali ini benar-benar diuji oleh
Allah SWT. Ali menutup bukunya ketika pensyarah telah masuk kelas. Tampaknya
sang pensyarah tak sendirian, dibelakangnya ada seorang mahasiswi yang
kelihatan malu-malu memasuki ruang kelas dan segera duduk di sebelah Ali.
Ali merasa belum pernah melihat gadis ini sebelumnya.

Saat pensyarah mengabsen satu persatu,tahulah Ali bahwa gadis itu bernama
Nisa.
Tanpa sengaja Ali memandang Nisa. Jantungnya berdegup keras. Bukan
lantaran suka, tapi kerana Ali selalu menundukkan pandangan pada semua
wanita, sesuai perintah Allah SWT dalam Al Qur’an dan Rasulullah saw
dalam hadits.
“Astaghfirullah… !”, Ali beristighfar. Pandangan pertama adalah
anugerah atau lampu hijau. Pandangan kedua adalah lampu kuning. Ketiga
adalah lampu merah. Ali sangat khawatir bila dari mata turun ke hati
kerana pandangan mata adalah panah- panah iblis.
Pada pertemuan kuliah selanjutnya, Nisa yang sering duduk di sebelah Ali,
kian merasa aneh kerana Ali tak pernah menatapnya kala berbicara. Ia lalu
menanyakan hal itu kepada Utsman, teman dekat Ali. Mendengar penjelasan
Utsman, tumbuh rasa kagum Nisa pada Ali. “Aku akan tundukkan pandangan
seperti Ali”, tekad Nisa dalam hati.

Hari demi hari Nisa mendekati Ali. Ia banyak bertanya tentang ilmu agama
kepada Ali.Kerana menganggap Nisa adalah ladang da’wah yang potensial,
Ali menanggapi dengan senang hati.Hari berlalu… tanpa sengaja Ali
memandang Nisa.

Ada bisikan yang berkata, “Sudahlah pandang saja, lagipun Nisa itu tidak
terlau cantik.. Jadi mana mungkin kamu jatuh hati pada gadis seperti itu”

Namun bisikan yang lain muncul, “Tundukkan pandanganmu. Ingat
Allah! Cantik atau tidak, dia tetaplah
wanita.” Ali gundah.

“Kurasa, jika memandang Nisa, tak akan membangkitkan syahwat, jadi mana
mungkin mata, pikiran dan hatiku ini berzina.”

Sejak itu, Ali terus menjawab pertanyaan-pertanyaan Nisa tentang
agama, tanpa ghadhul bashar kerana Ali menganggap Nisa sudah seperti adik… ,
hanya adik.
Ali dan Nisa kian dekat. Banyak hal yang mereka diskusikan.
Masalah ummat maupun masalah agama. Bahkan terlalu dekat…
Hampir setiap
hari, Ali dapat dengan bebas memandang Nisa.
Hari demi hari, minggu demi minggu, tanpa disadarinya, ia hanya memandang
satu wanita, NISA! Kala Nisa tak ada, terasa ada yang hilang. Tak ada teman
diskusi agama…, tak ada teman berbicara dengan tawa yang renyah..,
tak ada…wanita. Lub DUBB!!! Jantung Ali berdebar keras, bukan kerana takut
melanggar perintah Allah, namun kerana ada yang berdesir di dalam hati…kerana
ia… mencintai Nisa. Bisikan-bisikan itu datang kembali…

“Jangan biarkan perasaan ini tumbuh berkembang. Cegahlah semampumu! Jangan
sampai kamu terjerumus zina hati…! Cintamu bukan kerana Allah, tapi
kerana syahwat semata.”

Tapi bisikan lain berkata, “Cinta ini indah bukan? Memang indah! Sayang
sekali jika masa muda dilewatkan dengan ibadah saja. Bila lagi kamu
dapat melewati masa kampus dengan manis.
Lagipula jika kamu berpacaran
kan secara sihat, secara Islami..
‘Benar juga..” Ali mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Manalah ada pacaran Islami, bahkan hatimu akan berzina dengan hubungan
itu. Matamu juga berzina kerana memandangnya dengan syahwat. Hubungan
yang halal hanyalah pernikahan. Selain itu tidak!!! Bukankah salah satu
tujuan pernikahan adalah untuk mengubur zina?”, bisikan yang pertama
terdengar lagi.

Terdengar lagi bisikan yang lain, “Terlalu banyak aturan! Begini
zina, begitu zina. Jika langsung menikah, bagaimana jika tidak sesuai?
Bukankah harus ada beramah-mesra dulu agar saling mengenal!
Apatah lagi kamu
baru kuliah tahun pertama. Nikah susah!”
Terdengar bantahan, “Benci kerana Allah, cinta kerana Allah. Jika
pernikahanmu kerana Allah, Insya Allah, Dia akan redha padamu, dan akan
tenteram keluargamu. Percayalah pada Tuhan penciptamu! Allah telah tentukan
jodohmu. Contohlah Rasululah SAW, hubungan beliau dengan wanita hanya
pernikahan.”

Bisikan lain berkata. “Bla.., bla.., Ali,… masa muda.., masa muda…, jangan
sampai disia-siakan, rugi!”
Ali berfikir keras. Kali ini imannya benar-benar dilanda godaan hebat.
Syaitan telah berhasil memujuknya dengan perangkapnya yang selalu
berjaya sepanjang zaman, iaitu wanita. Ali mengangkat gagang telefon. Jari-
jarinya bergetar menekan nomor telepon Nisa.

“Aah.., aku tidak berani.” Ali menutup telefon.
Bisikan itu datang lagi, “Menyatakannya, lewat surat

saja, supaya romantis…!”

“Aha! Benar! “ Ali mengambil selembar kertas dan menuliskan isi hatinya. Ia
bercadang akan memberikan kepada teman rapat Nisa. Jantung Ali berdebar
ketika dari kejauhan ia melihat Nisa terlihat menerima surat dari temannya
dan membaca surat itu.
Esoknya, Utsman mengantarkan surat balasan dari Nisa untuk Ali, lalu
Utsman berkata, “Nisa hari ini sudah pakai jilbab, dia jadi cantik lah.
Sudah jadi akhawwat!” Ali terkejut mendengarnya, namun rasa penasarannya
membuatnya lebih memilih untuk membaca surat itu terlebih dahulu daripada
merenungi ucapan Ustman tadi. Ali membaca surat itu dengan sungguh-
sungguh. Ia benar-benar tak menyangka akan penolakan yang bersahaja namun
cukup membuatnya merasa ditampar keras.
Nisa menuliskan beberapa ayat dari AlQur’an, isinya : “Katakanlah kepada
laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan
memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (QS. An Nuur :
30)

“Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan
oleh hati.”(QS. Al Mu’minuun : 19).

Ali menghela nafas panjang… Astaghfirullah… Astaghfirullah… Hanya
ucapan istighfar yang keluar dari bibirnya. Pandangan khianatku sungguh
terlarang. Memandang wanita yang bukan muhrim. Ya Allah… kami dengar dan kami
taat.
Astaghfirullah…