Artikel ini di re-publish sekali lagi utk tatapan diri sendiri dan shbt/iah seperjuangan.Dah lama x baca artikel ni, dan ini antara artikel yang paling memberi inspirasi kpd diri ana dari dulu lagi,terutama ketika mula2 memegang amanah dlm barisan pimpinan dulu.Dan hari ini pula, Ust Halizal telah berkongsi dan memberi byk sekali input dari pengalamannya yg lepas.Pasti kita sgt teruja mendgr kisah2 kejayaan ramai pejuang Islam di luar sana yang telah ALLAH kurniakan seribu nikmat atas perit payah ,mereka dlm medan perjuangan Islam.Semoga kita menjadi org2 yang tergolong dlm golongan ini kelak.Dan shbt/iah sekalian, sama-sama kita muhasabah diri masing-masing akan tahap keikhlasan hati kita selama ini dlm melaksanakan amanah yg diberi.Dlm menghitung diri sendiri, pasti kita temui bhw sdh byk kali kita berkira2 dgn ALLah dlm hidup ini padahal ALLAH sedikit pun tidak pernah berkira-kira dgn hambaNYA.Selama ini kita lah yg berkehendak kpd Allah dan Allah langsung tidak berkehendak kpd kita.Namun kita masih berkira-kira dgnNYA, terutama dlm meminjamkan masa kita di jalanNya.Kita masih ragu-ragu di atas pertolongan ALLAH.
Astaghfirullah,astaghfirullah, astaghfirullah… semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa kita…
**************************************
Lia, jomlah pergi usrah
Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya
Aku tidak mahu Aku kena study Markah semester lepas dah cukup teruk Gara-gara dakwah, tarbiah dan program Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya.Bukan ke islam tu syumul?
Kalau nak berjaya, kena study .Waktu study, studylah..Esok kalau dah Berjaya..Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku.Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam
Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongket.
Jongkang jongkit? Apa kau merepek ni?
Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongket .Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah..Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah..Tu bukan dakwah namanya..Dan tu bukan belajar namanya
Habis tu?
Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus Tak boleh inversely proportional
Apa maksud kau?
Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya
Aku tidak faham
Tak pe, aku terangkan..Macam gini, bila dah berdakwah tu..Rasa senang je nak study..Bila belajar tentang jantung misalnya..Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah..ciptakan jantung
Bila belajar tentang algebra, terasa..kerdilnya diri Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa? Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah Rasa senang hati nak terima ilmu .Kalau orang lain study 1 jam Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu
Aku tak pernah rasa semua itu..Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?
Tak, itu bukan maksud aku Cuma kena checklah sikit hati tu.Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak
berlaku tarik tali dengan Allah
Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?
Ok, aku berikan contoh. Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,..Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang
tidak habis belajar..Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi..Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah
Ada keraguan dalam hati…Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah..Siapa yang menolong agama Allah, nescaya..Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah,..tapi kita tidak bayar lagi. Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan
dalam doa kita..Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah
Lia dah faham..Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk..Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut
Lia, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan. Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam
Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya
Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,
Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna. Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama. Menjadi motivasi buat kita untuk terus
berada dalam mandala ini.
Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna. Dakwahnya menyinari
hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang
tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .
Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan
dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.
Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.
Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.
Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah – Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alas an yang kuat sehingga Engkau menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.
Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat
itu menjawab
“Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun”.
Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini A. A memerlukan tongkat untuk berjalan. A tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan A. A ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah.
Keinginan A tercapai. Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila A berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.
Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu A berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah.
Dengan kecacatanya, A masih mampu membuat manusia mengingati Allah. Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.
Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.
Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam.
Ayuh berada dalam saf perjuangan.!
Filed under: Tazkirah | 6 Comments »