I Remember Your Smile

Advertisements

LORONG-LORONG ITU

Petang hari yang indah , cuacanya baik sekali. Hari ini entah apa kuasa yang datang menjengah di hati lantas menggerakkan jari jemari saya untuk menulis kembali di laman yang sudah bersawang ini, sejak ditinggalkan kira-kira setahun lebih diam menyepi.

Saya kira ini suatu tanda yang positif, walaupun saya tidak tahu apa hendak digambarkan di sini.

Satu tahun yang telah berlalu, sukar untuk diceritakan apa yang telah saya lalui , di lorong-lorong waktu.

LORONG-LORONG ITU

Lorong-lorong itu,

Di bibir jalannya punya cerita

Berencahkan suka dan duka

 

Lorong-lorong itu,

Aku tidak akan memahaminya

Melainkan harus melaluinya

 

Lorong-lorong itu,

Si penunggunya ada di situ

Sama cuma berlainan waktu

 

Lorong-lorong itu,

Terus kekal misteri berlalu,

Ianya tetap ketetapan Tuhanku

Hikmah pasti sedang menunggu

 

Maafkan saya sekiranya ada yang sedang pening-pening lalat dengan puisi yang caca merba ini, haha. Just a trial post after 1 year and 2 months losing my sense of blogging.

Sekian, wasalam

MARIA

Sudah hampir 7 tahun saya mencari novel yang berjudul ” Maria ” ini,di mana-mana saja kedai buku yang saya singgahi namun masih belum ketemu.Rasanya tidak memasuki pasaran di Malaysia lagi pada ketika itu ( namun skrg sy tidak pasti kerana sudah lama tidak berkunjung ke bookstore).. “Maria” yang saya cari itu sungguh kabur, kerana saya hanya pernah mendengar cebisan saja jalan ceritanya dan saya tidak mengetahui siapakah penulisnya..Namun hati saya benar-benar tertarik untuk memilikinya.Jika beberapa tahun yang lepas , sahabat saya pernah memberitahu bahawa novel ini boleh dibeli dengan dipesan dari teman2 yang belajar di Cairo.Namun saya tetap juga tidak mempunyai peluang untuk memesannya.

Setelah beberapa lama saya melupakan “Maria”, akhirnya ia muncul di depan mata apabila Pondok Buku berjaya mendapatkan novel ini untuk pasaran online nya..Pantas saya membaca sinopsisnya untuk meyakinkan saya adakah ini “Maria” yang saya cari selama ini.Jika benar ini “Maria” yang saya cari selama ini, maka tahniah kepada Pondok Buku kerana telah memenuhi hasrat saya..Kali pertama saya membeli buku secara online di Pondok Buku kira-kira 2 tahun yang lepas, pernah saya bertanyakan tentang “Maria”, namun saat itu Pondok Buku pun belum pernah mengetahui tentang kewujudannya.

InsyaAllah saya akan memesannya tidak lama lagi.Andaipun ia bukan “Maria” yang saya cari selama ini, tidak mengapa bagi saya..Dan saya akan terus mencarinya.

SINOPSIS

Penulis :Emine Uzqan Syenlikoghu

Maria adalah gadis Jerman bermazhab Katolik. Mengharungi liku-liku hidup sebagai anak kepada ibu yang fanatik pada mazhab itu, sedangkan ayahnya seorang ateis. Namun, kehendak Allah mengatasi segalanya. Pertemuaannya dengan pemuda Mesir membuka episod pergelutan tiga penjuru , Islam-Kristian-Ateis.

Abdul Wahab, pemuda Mesir yang belajar di Jerman berjaya menarik Maria ke jalan Allah akhirnya memilih Maria sebagai calon isteri selepas kematian tunangnya, Salwa. Pada saat itu juga, Maria memutuskan hubungan kasihnya dengan pemuda Turki bernama Muhammad yang sudah hilang pegangan Islamnya. Hubungan antara Abdul Wahab dan Maria diuji apabila Abdul Wahab mendapat berita Salwa sebenarnya masih hidup. Maria terperangkap antara cinta dan pengorbanan di samping tekanan daripada ibu dan adiknya.

Mampukah Maria terus berdiri atas niat murni demi Islam yang dianutinya tanpa Abdul Wahab di sisi? Mampukah dia terus hidup dalam mengharungi kemelut akidah dan tekanan keluarganya?

Biodata Penulis: Emine atau Aminah Uzqan Syenlikoghu, penulis terkemuka Turki dilahirkan pada tahun 1953 di bandar Istanbul. Beliau sempat melalui zaman-zaman perubahan Turki. Menjadi pengarah umum Majalah Mektup dari tahun 1985. Bergiat cergas dalam kegiatan Islam dan kesusateraan antarabangsa. Beliau banyak menghasilkan karya-karya bermutu dan dipenjara beberapa kali kerana karya-karyanya. Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Fakulti Usuluddin.

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum wbt.Rasanya masih belum terlambat untuk sy mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada teman-teman sekalian. Hari ini 20 September 2010 saya kembali ke kampus seperti biasa utk menyelesaikan kerja-kerja yg tertunggak setelah 2 minggu lamanya bercuti..(err ni la kali pertama cuti raya yang paling panjang selama masuk u).Aidilfitri kali ini cukup istimewa bagi saya walaupun tidak kesemua ahli keluarga saya dapat berkumpul kerana ada yang beraya di perantauan.

Maka di kesempatan ini,saya ingin memohon maaf kepada teman-teman andai ada salah dan silap saya sama ada disengajakan atau tidak disengajakan.Semoga kalian juga dilimpahi barakah di bulan Syawal yang mulia ini.

Sekian saja drp saya.

Tak dapat makan hamper raya, dapat tdo dalam kotak hamper pun jadi la

Kalaulah Bukan Kerana Allah Menutup Aib Kita

Pada zaman Nabi Musa AS, bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, “Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami”. Maka berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh debu, haus dan lapar.

Nabi Musa berdoa, “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur ‘alaina rahmatak.. warhamnaa bil athfaal ar rudhdha’.. wal bahaaim ar rutta’.. wal masyaayikh ar rukka’..” Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, “Ilaahi.. asqinaa”..

Allah pun berfirman kepada Musa, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian”.

Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, karena engkaulah hujan tak  turun”. Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksud.

Ia berkata dalam hatinya, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”. Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.

Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Musa pun kehairanan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”. Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”.

Musa berkata, “Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu”. Allah berfirman, “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu?

Kisah ini dipetik dari :

OhIslam.com

********************

*Kisah yang benar2 memberi pengajaran kepada kita.Pengajaran tentang erti taubat dan erti syukur.Bukankah setiap daripada kita pernah melakukan kesalahan ? malah kesalahan yang Allah telah tutupkan aibnya.Namun hamba yang bodoh tetap tidak menyedarinya dan terus bermaksiat kerana baginya selagi tiada sesiapa yang tahu akan perbuatannya maka selagi itulah dia selamat.

Semoga kisah ini meruntun jiwa hamba untuk bertaubat.Takutilah akan Hari Pembongkaran kelak di mana Allah sendiri lah yang akan menghakimi setiap hambaNya.

“Tidak ada seorang pun antara manusia di akhirat kelak kecuali dia akan berhadapan dengan Allah SWT .Antara manusia dan Tuhan tidak ada jurubahasa (tiada pegawai protokol).   -HR Muslim

Membaca kisah ini juga mengingatkan saya akan sebuah buku yang dikarang oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, “Bertemu Janji Allah” yang menyingkap akan kisah mahsyar yang menyayat hati.

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW menjelaskan mengenai hari pendedahan yang akan dilakukan oleh Allah terhadap hambaNya di akhirat kelak, sehingga ada di kalangan manusia yang memohon kepada Allah supaya segala rahsia keburukan diri mereka tidak didedahkan di khalayak ramai dan tidak juga didedahkan di hadapan Allah.Mereka tidak sanggup menanggung malu yang amat sangat.

Sesetengah mereka menganggap lebih baik mereka dicampakkan terus ke neraka asalkan tidak didedahkan segala perbuatan mereka yang keji dan hodoh.

Maka takutilah dari sekarang  ini akan hari pembongkaran yang penuh gawat kelak.Masih belum terlambat untuk bertaubat kepada Allah. Kerana sesungguhnya orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh akan ditutup aibnya di Hari Segala Dosa Dibongkar.

(Ingatlah) hari (yang pada waktu itu) Allah mengumpulkan kamu pada hari perhimpunan (untuk dihisab), itulah hari (waktu itu) diperlihatkan segala kesalahan, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan amal soleh nescaya Allah akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan memasukkannya ke dalam syurga dan mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.Itulah keuntungan yang besar.

-Surah Taghabun (64:9)

Sekian saja untuk peringatan bersama. Salam Ramadhan daripada saya.

ALONG THE DAYS

Saya baru saja melalui hari-hari yang memenatkan dan menggembirakan.Penat dengan tugasan2 yang memuncak, happy with good news.Penat + happy = happy 😛  alhamdulillah.

Sepintas lalu along the days:

28 &29 Mac:

FYP report final editing + design assignment

Good news from home: Kucingku beranak lagi 3 ekors!

"oh no! 3 new arrivals just equivalent to 3 new stomachs going to share the food with me", complained another cat

30 Mac (hari ni):

sambung fyp report final editing

11 am-1 pm: Klas control dr zainal

2.00-330 pm: fyp report final editing + printing

3.30 pm: GOOD NEWS

a MMS from my brother

i'm just coming into the world, but daddy send me to the inbox

Seorang bayi lelaki sudah selamat dilahirkan.alhamdulillah,cute2, tahniah my bro.

ABANG aku: ” Nama apa nak bagi ni?”

AKU:” ok, i will think about it.

(mana ade idea lagi da, kena menenangkan fikiran dulu supaya lebih bermakna,,kalo kn paksa bg skrg silap2 aku letak nama ahmad fyp, kepada teman2 yang mempunyai cdgn boleh la mengajukan cdgn anda kpd sy 🙂 )”

4.30pm: rushing to school

5.00pm:  Alhamdulillah.FULLY SUBMITTED 2 COPIES of final report.

Maka malam ni dapatlah saya merehatkan diri sebentar sebelum memulakan new life of DESIGN final task.

Er lupa pulak kena memikirkan nama tadi.

Sekian saja.

Along the good days.

Alhamdulillah

PPKK Receives Prestigious International Recognition

PENANG, 28 Dec 2009– The study programmes at the School of Chemical Engineering (PPKK), Universiti Sains Malaysia (USM) have been accorded international recognition after being accredited by the United Kingdom-based Institute of Chemical Engineers (IchemE).

USM is the first university in the country to receive accreditation for the Master of Engineering in Chemical Engineering from IchemE for a period of five years, from 2009 till 2013.

IchemE is a prestigious world body that has a membership of almost 90 countries world-wide, including New Zealand, Australia, India, Singapore, China, Ireland and others.

The Dean of PPKK, Professor Abdul Latif Ahmad said that this accreditation follows the success of USM as one of the universities recognized by IchemE for the Bachelor of Engineering in Chemical Engineering in 2006.

He added that this success, one of the highlights of 2009, proves that USM is on a solid track to continue with its excellent performance.

“PPKK is especially proud of this achievement; more so because it is a concerted effort by lecturers, university administrators and also the students.

“This success will spur PPKK onward to continue with its excellent performance and at the same time enhance the quality of higher education in the country,” he said.

Prof. Abdul Latiff stressed that the IchemE accreditation is prestigious and not easily attained by any university unless it meets all the criteria that have been set.

“Our success also means that the quality of the courses offered by USM meet certain standards that are internationally recognized. We also restructured our curriculum so that it can compete with other universities which are far more advanced internationally. This ensures that we are not backward in providing the best education to undergraduates,” he explained.

Prof. Abdul Latiff who became the Dean of PPKK in 2005 added that in the five years of helming PPKK, he is satisfied with the success achieved by PPKK, particularly the strong position in terms of the standard and quality of studies.

He said that PPKK has set a high benchmark in ensuring that the curriculum is always in line with developments in the field of chemistry, especially at international level.

————————————————————————————————————————————————— The news above just reminds me on the short session of 4th year students with Dr.Sam after Design lecture today.As usual, setiap awal semester mesti la Dr. ni setia menjalankan tugasnya mengingatkan kami suh p jumpa PA.Notis2 biasa, tapi kali ni dr bawak notis lain ( for 4th year yang nak grad tahun ni ), mengingatkan bahawa kami tentang accredetation IchemE, yang katanya our degree of chem eng. adalah laku di seluruh Europe.Banyak jugak dr pesan, tapi tak igt da..last but not least kata dr. , “tahniah to all of u for this accredetation, tahniah to our fully commited lecturers and staffs”..

Dah masuk tahun baru ni, harap2 skul kimia pun ada azam baru.Kembalilah skul ku naikkan prestasi ke tempat pertama for usm KPI rank seperti  tahun sebelum ni.

Give thanks to ALLAH.