Madah untuk wanita solehah





Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku ,
Wanita solehah.

“Wanita hiasan dunia ,Seindah hiasan adalah wanita solehah”

 

 

*Note: credit kpd penulis madah ini.Saya pun x igt mana dapat madah solehah ni,sbb diforward org.Jadi xdpt kesan sumbernya. dah bertahun post di sini.Apa pun semoga Allah melimpahkan pahala kepada penulis asalnya.ameen*

28 Responses

  1. Wanita solehah itu ibarat sebutir mutiara yg bersinar di dasar lautan.

  2. wanita solehah juga ibarat permata di celahan kaca

  3. syukran buat umm thuraya
    seinfiniti penghargaan kpd hamba Allah yg mengingatkan saudaranya.

    benar kata umm thuraya,

    “Wanita salihah, wanita yang terjaga dan mulia dari pandangan non mahram. Wanita salihah, wanita yang pandangannya terjaga dari memandang non mahram.

    Wanita salihah ketika berdakwah, tak pernah terlihat siapa ia. Namun coretan pena dan buah fikirannya bertebaran ke penjuru mata angin, tanpa orang tahu siapa dia.”

    -Umm Thuraya-

  4. Sungguh wanita solehah itu adalah lebih baik dari perhiasan dunia

  5. wanita dicipta dr rusuk lelaki utk dijaga dan dipelihara…. bukan untuk ditindas

    kedudukan wanita ni istimewa…

    wanita kena berilmu dan menjaga diri kerana sesungguhnya wanita itu adalah aurat……

    • 9 cara make-up seorang muslimah… [1] jadikan ghoddul basor (menundukkan pandangan) sebagai hiasan mata kita,nescaya semakin berseri dilihat orang. [2] oleskan lipstik kejujuran pada bibir kita nescaya semakin manis kata2.. [3] gunakan pemerah pipi kita dengan kosmetik yang diperbuat daripada rasa malu yang dijual di saloon iman. [4] hiasilah kedua2 tangan kita dengan gelang tawaduk dan jari jemari kita dengan cincin ukhwah.[5] pakailah giwang mustamik (pendengar) yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya nescaya kita akan semakin anggun.[6] pakailah sabun istighfar yang menhilangkan semua dosa dan kesalah yang kita lakukan.[7] rawatlah rambut kita dengan jilbab islami yang menhilangkan panahan pandangan lelaki merbahaya.[8] sebaik2 kalung kita ialah kalung kesucian.[9] bedakilah wajah kita dengan air wudhu nescaya muka kita akan bercaya di akhirat. sekian

  6. Wanita solehah yang cerdas yang memanfaatkan ilmu pengetahuannya di jalan Allah

  7. sungguh indah madah ini, boleh djadikn pedoman..thanx 🙂

  8. […] “Wanita hiasan dunia ,Seindah hiasan adalah wanita solehah” https://nonaro.wordpress.com/2007/07/01/madah/ […]

  9. Tanpa wanita, duniakan hancur!B-)

  10. wanita solehah ibarat bidadari dr syurga..
    tercipta wanita dr rusuk lelaki untuk dilindungi…

  11. indah sungguh madah di atas..
    wanita solehah..hiasan terindah dunia…….

  12. semoga hari2 yang kita lalui menjadikan kita cergas dan bersemangat untuk terus menjadi muslimah yang berjaya……ان شاءالله

  13. salam perkenalan..bgsla ad madah yang bley wat wanita muslimah itu lebey berhati2

  14. ada lg x madah yg best2?

  15. maaf, stakat ni sy sudah xda koleksi madah2 mcm ni
    kalo ada , akan diposkan di sini

  16. rasa tersentuh hati bila membaca madah ni..muslimah solehah..umpama mawar indah yang mengharum wangi..

  17. mohon izin share ye

  18. mabruK…sungguh bagus artikel nie..
    jadikanlah ia pedoman dunia akhirat…
    bg yg brgelr wanita jagalah dirimu jgnlh mudah menjual diri…mahalkanlah diri itu slagi blum dpetik…

  19. mntk izin untuk brkongsi artikel ini…trime kaseh…..

  20. mohon saya untuk share madah ini. jazzakallah

  21. “Insyaallah…brsama2 lah kita mnjaga batasan malu kta kpada Allah swt….

  22. mawar mekar di saat lalang cuba menghalangnya mekar..durinya tajam ibarat sebilah pedang agar taman mawar terpelihara dari lebah yg cuba mencuri madu keimanan juga dari siput yg cuba memakan daun yg menutup maruah mawar..Waallahualam

  23. jazaka’allah..

  24. minta izin utk kongsi segala mutiara kata di sini

Leave a comment