ALONG THE DAYS

Saya baru saja melalui hari-hari yang memenatkan dan menggembirakan.Penat dengan tugasan2 yang memuncak, happy with good news.Penat + happy = happy 😛  alhamdulillah.

Sepintas lalu along the days:

28 &29 Mac:

FYP report final editing + design assignment

Good news from home: Kucingku beranak lagi 3 ekors!

"oh no! 3 new arrivals just equivalent to 3 new stomachs going to share the food with me", complained another cat

30 Mac (hari ni):

sambung fyp report final editing

11 am-1 pm: Klas control dr zainal

2.00-330 pm: fyp report final editing + printing

3.30 pm: GOOD NEWS

a MMS from my brother

i'm just coming into the world, but daddy send me to the inbox

Seorang bayi lelaki sudah selamat dilahirkan.alhamdulillah,cute2, tahniah my bro.

ABANG aku: ” Nama apa nak bagi ni?”

AKU:” ok, i will think about it.

(mana ade idea lagi da, kena menenangkan fikiran dulu supaya lebih bermakna,,kalo kn paksa bg skrg silap2 aku letak nama ahmad fyp, kepada teman2 yang mempunyai cdgn boleh la mengajukan cdgn anda kpd sy 🙂 )”

4.30pm: rushing to school

5.00pm:  Alhamdulillah.FULLY SUBMITTED 2 COPIES of final report.

Maka malam ni dapatlah saya merehatkan diri sebentar sebelum memulakan new life of DESIGN final task.

Er lupa pulak kena memikirkan nama tadi.

Sekian saja.

Along the good days.

Alhamdulillah

ALLAHURABBI

Seorang hamba itu di pembaringannya, sambil kedua matanya basah kerana menyesali segala dosa yang dilakukannya,dan hatinya semata-mata mengharapkan keredhaan Tuhannya.

Kerana dia tahu, dia takut, membayangkan  saat-saat apabila seluruh kehidupannya itu dipertontonkan kepada khalayak manusia kelak, pasti orang-orang yang pernah mengenalinya di dunia ini akan merasa jijik sekali dengan dirinya, pasti orang yang pernah mengagumi dirinya akan merasakan betapa hinanya dirinya itu.Maka saat seluruh manusia menistanya, siapa lagi yang harus diharapkannya?Siapa lagi yang bisa membelanya?Siapa lagi yang sudi menerimanya?Siapa lagi yang harus diharapkan melainkan Allah swt sajalah yang selayak-layak pengharapan itu…

Seorang hamba itu lantas meratap, air matanya terus mengalir tanpa henti.Mengharapkan Allah sajalah semata-mata.Sementara belum terlambat lagi, sementara belum tiba saat dirinya akan dinista  manusia di Mahsyar kelak, sementara pintu taubat masih  terbuka luas, maka pintalah keredhaan Allah dengan sepenuh hati.

Mata hamba itu terus saja basah dengan butiran mutiara jernih.Mengenangkan bagaimana pengakhiran kehidupannya kelak.Sedangkan dalam usia yang telah dilaluinya, betapa banyak sekali masa yang disiakan, amanah yang dikhianati, amalnya yang compang camping, hipokritnya di sana sini.Astaghfirullah, hamba itu terus saja menangis.Menangis kerana dia telah melupakanNya, melupakan kesaksiannya yang telah dicatat di dalam surah al-A’raf ayat 172.

Satu bisikan suara lantas muncul dari sisinya.”Apakah kamu tidak merindui Allah swt?Sampai hati sekali kamu melupakanNya, walhal Allah sedang merinduimu saat ini.”

Saat itu matanya bertambah deras mengalirkan air matanya.Jiwanya terusik sekali. Allah sedang merindukan rintihan hambaNya.Kenangannya berputar kembali.

Suatu ketika dahulu dia pernah berdoa kepada Tuhannya.”Wahai Tuhanku, saat ini aku sedang mengingatiMU, namun akan tiba pula saatnya kelak aku boleh jadi lupa kepadaMu, maka jika tiba saat itu, janganlah Engkau lupa kepadaku, tetapi bimbinglah hatiku agar kembali mengingatiMu, kembalikan ingatan dan kenanganku yang indah ini kepadaku saat aku melupakan Mu itu.Dan jangan sekali-kali Engkau meninggalkanku wahai Tuhanku.”

Hamba itu terus menangis, kerana dia telah melupakan Allah.Dia kembali mengingatkan, bahawa seorang soleh pernah bermimpi berjumpa Zun-Nun Al-Masri. Kemudian dia bertanya,”Apakah yang Allah lakukan terhadapmu?”Zun Nun menjawab,”Allah memanggilku menghadapNya seraya berkata,”Wahai orang yang mengaku-ngaku,wahai pendusta,engkau mengaku cinta kepada -Ku.Namun kemudian Engkau melupakan-Ku.”

Engkau selalu lupa

Sedang hatimu tetap lalai

Padahal umur kian tiada

Namun dosamu semakin bertambah.

Fikirannya terus mengingatkan pula akan kisah yang diriwayatkan oleh Abu Ali Ad Daqaqi .

“Aku datang menjenguk lelaki soleh sedang sakit.Dia dikerumuni oleh murid-muridnya.Dia memang seorang guru besar.Ketika itu dia kelihatan menangis.Padahal umurnya sudah lanjut.Maka ku tanya dia,”Wahai Syeikh,apakah engkau menangis dunia ini?”Dia menjawab,”Bukan,aku menangis kerana aku tidak dapat bersolat lagi.”Dia menerangkan,”Kerana ini hari terakhir bagiku.Padahal aku sujud dalam keadaan lalai.Aku angkat kepalaku pun dalam keadaan lalai.Jangan-jangan aku mati dalam keadaan lalai juga.”Kemudian dengan nafas terputus-putus, dia membacakan syair:

Kufikirkan hari perhimpunan dan Kiamat

Juga tertanamnya pipiku di bawah pusara

Sendirian, tanpa teman, setelah mulia dan jaya

Tubuhku tergadai dengan tanah liat

Kurenungkan panjang dan lebarnya hisab

Juga hinanya makamku waktu diberi kitab

Namun harapanku kepada Engkau

Wahai Tuhanku

Wahai Penciptaku

Engkau ampuni kesalahanku.

Malam yang hening terus berlalu. Hamba itu terus hanyut dalam pengharapannya. Ingatannya yang hilang telah dikembalikan kepada Tuhannya. Hembusan angin malam terus bertasbih bersama jiwa hamba.

Allahurabbi

*Tulisan ini hanyalah karya penulis, dengan intipatinya diadaptasi dari terjemahan kitab Mukashafah al-Qulub, Imam al-Ghazali.”


KENANGANKU

Bismillahirrahmanirrahim

Pernahkah kalian ditanya akan soalan ini?

“Apakah kenangan pahit dan manis anda?”

Setiap daripada kita pasti pernah ditanya akan soalan ini.Bahkan mungkin bermula dari zaman kanak-kanak lagi jika disingkap memori yang lalu.Jika ketika zaman di bangku sekolah rendah lagi, seringkali teman-teman kecil anda akan meminta anda mencoretkan serba sedikit tentang biodata ringkas diri anda di dalam buku koleksi biodata mereka.Maka saat itu, anda pun pantas mengisinya, dengan dihiasi kreativiti yang tersendiri.Ada corak menarik, ada pen yang berwarna warni, ada gambar anda bersama teman-teman, ada sepotong kata–kata indah buat sahabat dan bermacam-macam lagi yang anda sertakan.Comel bukan?

Dan tidak ketinggalan juga, anda turut mencoretkan tentang kenangan pahit dan manis anda buat tatapan sahabat anda itu.Saat itu, pada kotak memori seorang kanak-kanak, jawapan yang sering diberikan kebiasaannya dalam lingkungan seperti ini.

KENANGAN MANIS- Melancong bersama famili/Mendapat hadiah jam daripada ayah/Mendapat kawan-kawan yang baik/Sering mendapat tempat pertama di dalam kelas dll

KENANGAN PAHIT-Jatuh basikal/Jatuh longkang/Dikejar lembu/Dimarahi ayah/Diejek kawan/ dll

Masa pun terus berlalu.Maka kanak-kanak itu pun akan melalui fasa remajanya.Dan saat usia remajanya, soalan itu muncul kembali.Kali ini seorang remaja itu akan menjawab soalan itu dengan jawapan yang sudah mungkin berbeza semasa zaman kanak-kanaknya, seiring dengan pertambahan usia, dan pertambahan memori dalam fikirannya.

Dan jawapan yang sering diberikan :

KENANGAN MANIS-Mendapat keputusan cemerlang dalam PMR/SPM, bertemu sahabat sejati, Disayangi rakan-rakan dan guru, dll

KENANGAN PAHIT-Ditipu atau ditinggalkan sahabat/Putus cinta/Hilang kepercayaan keluarga dll

Masa terus berlalu lagi.Kali ini masa itu sudah menginjak ke fasa awal kedewasaan.Soalan itu mungkin muncul lagi, namun sudah tidak sesekerap dulu lagi.Kini kita boleh membilang berapa kali soalan itu muncul sejak kita berada di alam universiti ini.Bahkan kita boleh mengingati siapa yang pernah bertanya kepada kita akan soalan ini.Mungkin ia hanya ditanya oleh teman-teman yang ikhlas mahu mengenali diri kita dengan lebih dekat lagi.

Dan kini jawapan kepada soalan itu juga mungkin akan berbeza dari sebelumnya sejajar dengan pertambahan memori.

Dan sejak akhir-akhir ini, seringkali saya terfikir.

Usia yang bertambah,memori yang bertambah, terlalu banyak sekali yang dirakam dalam ruang fikiran manusia.Adakah mungkin kita mampu menjawab lagi soalan itu.Jika ditanya tentang kenangan manis, bukankah terlalu banyak nikmat yang telah ALLAH kurniakan seumur hidup ini? Sudah tidak terbilang, bahkan mungkin ada yang telah kita lupakan.!

Jika ditanya tentang kenangan pahit, juga tidak kurang bilangannya, kerana ALLAH yang menyayangi kita sudah banyak kali mengingatkan kepada kita melalui ujian dan dugaannya.Sudah tidak mampu dibilang mungkin! Mungkin juga sebilangannya sudah dilupakan.!

Ada yang mungkin akan berkata, jika begitu cuba diingatkan apakah kenangan yang PALING MANIS DAN PALING PAHIT.

Namun, memori yang subjektif ini kadang-kadang sukar menilai darjah kemanisan atau kepahitan sesebuah kenangan itu.

Saya terus bertanya lagi kepada diri sendiri tentang kenangan paling manis dan paling pahit itu.Sukar untuk diekspresi.

Tetapi kini saya sudah seakan mendapat jawapannya.Ada suatu perasaan indah dan bahagia sekali menyusup masuk ke dalam hati, sekilas setiap kali mengingatinya, memori indah itu.Dan ada pula perasaan derita,kesal, sedih dan pilu apabila mengingati suatu sisi yang lain ,memori pahit itu.Saya yakin saya sudah mendapatkan jawapannya.Dan kini jika anda bertanya kepada saya akan soalan itu.

Apakah kenangan pahit dan manis seumur hidup anda?“

Jawapan saya hanyalah satu.

KENANGAN MANISKU- Adalah saat-saat aku mengingati ALLAH dan ALLAH mengingatiku.

KENANGAN PAHITKU –Adalah saat-saat aku melupakan ALLAH dan ALLAH lupa kepadaku.

The mayonnaise jar and 2 cups of coffee

When things in your life seem, almost too much to handle,
When 24 Hours in a day is not enough,
Remember the mayonnaise jar and 2 cups of coffee !

A professor stood before his philosophy class
And had some items in front of him.
When the class began, wordlessly,
He picked up a very large and empty mayonnaise jar
and proceeded to fill it with golf balls.

He then asked the students, if the jar was full.
They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured
them into the jar. He shook the jar lightly.
The pebbles rolled into the open areas between the golf balls.

He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar.
Of course, the sand filled up everything else.
He asked once more if the jar was full. The students responded with a unanimous ‘yes.’

The professor then produced two cups of coffee from under the table and poured the entire contents into the jar, effectively
filling the empty space between the sand. The students laughed.

‘Now,’ said the professor, as the laughter subsided,
‘I want you to recognize that this jar represents your life.
The golf balls
are the important things – family,
children, health, Friends, and Favorite passions –
Things that if everything else was lost and only they remained, Your life would still be full.

The pebbles are the other things that matter like your job, house, and car.

The sand is everything elseThe small stuff.

‘If you put the sand into the jar first,’ He continued,
‘there is no room for the pebbles or the golf balls.
The same goes for life.

If you spend all your time and energy on the small stuff,
You will never have room for the things that are important to you.

So…

Pay attention to the things that are critical to your happiness.
Play With your children.
Take time to get medical checkups.
Take your partner out to dinner.

There will always be time to clean the house and fix the disposal.

‘Take care of the golf balls first —
The things that really matter.
Set your priorities. The rest is just sand
.’

One of the students raised her hand and inquired what the coffee represented.

The professor smiled.
‘I’m glad you asked’.

It just goes to show you that no matter how full your life may seem,
there’s always room for a couple of cups of coffee with a colleague or a friend.’

source:

http://sakinah-omar.blogspot.com/