Serban Putih Itu

Anak kecil itu kehairanan, dia tertanya, di rumah siapakah yg diziarahinya?Apa pun dia tidak mengerti kerana dia hanya menuruti, mengikuti ibunya dan saudara maranya yang lain dalam perjalanan ziarah itu.

Yang dewasa berbicara sesama mereka.Dia tidak mengenali siapakah di kalangan mereka itu.Anak kecil itu hanya duduk diam kerana dia tidak mengerti., tidak mengerti apa yang diperbualkan mereka.Tidak lama kemudian, muncul kelibat seorang wanita pertengahan usia di tengah tetamu yang hadir.Anak kecil itu hanya melihat.

Di tangan wanita itu , dipegangnya sehelai kain putih.Lantas kain putih itu bergilir-gilir bergerak melepasi tangan tetamu yang hadir.Mereka masing-masingnya ingin memegang kain putih itu, dan ada yang menciumnya.Dia semakin kehairanan.Tiba saatnya, kain itu tiba di tangan anak kecil itu.

Dia memegangnya, dilihatnya dengan penuh kehairanan.Kelihatan kesan titisan percikan darah kering pada kain putih itu diiring dengan harum baunya.Dia semakin ingin tahu.Dari manakah datangnya bau harum itu?Lantas dia juga menciumnya.” Wangi..” bisik hati anak kecil itu.

Hampir beberapa tahun berlalu, anak kecil itu mencari jawapannya.Semakin usianya meningkat , dia sering bertanya kepada ibunya.

“Mak, rumah siapa yang kita ziarah dulu tu?Kain putih tu kain apa?Kenapa baunya wangi bersama titisan darah tu?Milik siapa kain itu?”,,, bertubi-tubi soalan yang menerjah fikiran aku.Itu lah yang telah ku tanya pada ibu suatu ketika dahulu.

“Rumah yang kita ziarah itu adalah rumah as-syahid ust Ibrahim Libya.Kain putih itu adalah serbannya bersama bekas titisan darah kering as-syahid…”balas ibu… Baru aku mengerti…Tidak cukup dengan itu, aku mencari pula apa kisah sebenarnya.Ibu orang pertama yang menceritakan peristiwa berdarah itu.Aku kehairanan…, anak kecil yang tidak mengerti apa..” Ooo kat negara kita pun boleh mati syahid ye? aku ingatkan hanya di negara-negara ARAB yang berperang je ada org mati syahid…”,,,bisik hatiku.

Masa menginjak lagi,,ketika aku berusia kira-kira belasan tahun, buat pertama kalinya aku membaca sejarah ringkas peristiwa itu di dalam sebuah keluaran.Aku semakin berfikir, otak berputar-putar menganalisa.Namun aku kagum dengan semangat juang as-Syahid dan sahabat-sahabatnya.Apalah dosa mereka? Aku kehairanan.

Selang beberapa tahun kemudian, takdir membawaku kembali menziarahi perkampungan bersejarah itu.Tetapi saat itu ziarah ku bukan lagi sebagai anak kecil yang kebingungan, tapi sebagai seorang insan yang sudah tahu mengenal sejarah, mengenal apa yang benar apa yang salah.

Rumah yang aku ziarahi merupakan rumah seorang saudara maraku.Seronok dapat kembali di  sini,Kampung itu suasana desa yang harmoni, namun terakam suatu peristiwa yang menjadi pengalaman hitam buat semua penghuninya.Sehinggakan jika menziarahi orang di situ,  pasti tiada topik lain yang menjadi perbualan utamanya terutama di kalangan orang-orang tua.Topik apa lagi kalau bukan tragedi hitam itu.

Aku melihat kelibat tok Nab yang sudah separuh usia itu terbaring lesu di suatu sudut rumahnya.Walaupun sudah tua, namun dia masih lagi mengingati ku walhal kali terakhir aku bertemu dengannya kira-kira belasan tahun yang lalu.Melihat kehadiran saudara yang datang menziarah, dia bangun menggagahkan diri.Saudara yang sudah lama tidak bertemu pasti akan gembira, berbual bertanyakan khabar.Begitulah ibu dengan yang lain.Mereka asyik sekali berbual, dari topik persaudaraan hinggalah ke topik wajib..sejarah kampung itu.Aku kusyuk mendengar, untuk ditambahkan lagi dalam data analisa fikiranku.Aku memandang ke arah seorang pakcik tua di situ,(suami tok Nab,  aku lupa nama panggilannya),.Rupa-rupanya inilah orangnya yang bertanggungjawab menandatangani surat menuntut balik jenazah as-Syahid untuk dikebumikan.Banyak input yang masuk ke dalam fikiran saat itu untuk dianalisa..kata tok Nab, rumah as syahid sudah berubah sedikit dari tapak asalnya skrg.

Lewat petang itu, kami mengundur diri.Hasrat di hati mahu saja sekali lagi menziarahi rumah as-syahid itu, namun waktu sudah terlalu lewat…Aku berdoa semoga diberi kesempatan lain untuk datang menziarah lagi kampung itu.Dalam perjalanan pulang, pokok-pokok, bukit bukau desa itu seolah-olah berbisik…baru aku kenal di bumi mana aku berpijak.

Ziarah itu sudah hampir dua tahun berlalu.Dalam kecanggihan teknologi sekarang, pelbagai maklumat berkenaan sejarah hitam itu boleh dicari.Aku kini telah menemui jawapannya.Semoga ALLAH membuka mata hati orang-orang yang masih lagi buta, tidak dapat berfikir dengan warasnya.Belum mengenal apa itu yang haq dan apa itu yang batil.

“Tiadakah mereka melakukan perjalanan di muka bumi, sehingga mereka mempunyai hati dengan itu mereka mengerti, dan mempunyai telinga yang dengan itu mereka mendengar? Sungguh, bukanlah matanya yang buta, tapi yang buta ialah hatinya yang ada dalam (rongga) dadanya.”   -al-HAJJ: 46

Wallahualam




Sekilas Sejenak Sepetang

Alhamdulillah masuk hari ni baru habis 2 paper exam, masih ada lagi 3 papers to go.Tengkuk macam nk patah je rasa, sakit juga pagi td, tak pernah lagi mcm ni.Apa pun ALLAH sudah mempermudahkan urusan.alhamdulillah

Tadi lepas exam tersilap pulak jalan, kaki dah melangkah terus ke ATM machine dulu utk transfer duit beli buku, tp terlupa pulak yang tuan kedai bagi no akaun cimb,Fuh , penat la pulak kena jalan patah balik.Jadi rasanya kalau free utk g bank in pun hari khamis ni sj after exam.Huhu..tak sabar ingin aku bertemu dengan buku-buku yang sudah siap ditempah, yang bakal menemani masa lapangku ketika di rumah nanti. 🙂

Yang ni saja yang sempat ditempah.Ada dua lagi buku yang di cari tapi tak jumpa,nampaknya kena pesan kat tuan kedai suh cari “HARI-HARI DALAM HIDUPKU- ZAINAB AL GHAZALI dan FIQH AL AULAWIYYAT-Dr Yusuf al Qardawi…satu lagi buku yang ditempah Ensiklopedia Kisah Sahih Sepanjang Zaman- Dr. Umar Sulaiman Abdullah Al-Asyqar sudah ada, tp tuan kedai cakap page pula tak cukup 2m/s, maka aku membatalkan saja tempahannya.jadi ini saja insyaALLAH yang akan sampai padaku:

1, COGITO ALLAH SUM (Novel inspirasi bagi pencari Tuhan, Best Seller Timur Tengah)

cogito

2.TELAGA BUDI</p>

telaga-budi

” TELAGA BUDI” adalah sauh tempat diamnya pautan budi. Dalam tenang takung airnya, ada pusar lautan makna. Bagai riak di tasik madu, ia menghantar sebimbing wahyu terkupas dari asuh kata Ulamak ‘

Sebuah buku himpunan kata-kata hikmah T.G Nik Abdul Aziz Nik Mat.

3. RINDU ANDALUSIA
tb_rindu_andalus_495cd0bf7ed5f1Menyingkap penindasan sebuah keluarga muslim di granada setelah empayar muslim runtuh, porak peranda, hancur tidak berbentuk…

RINDU ANDALUSIA menyelami penderitaan keluarga Abu Jaafar di tengah keruntuhan kota Cordova. Ratusan kitab kesayangan beliau dibakar oleh tentera Castile di laman Bab el-Ramlah. Badan Inkuisi Granada merampas semua kitab berbahasa Arab dari masjid, pusat sumber, sekolah dan orang perseorangan. Masjid diubahsuai menjadi gereja dan katedral. Kalau ingin selamat minta saja dibaptis menjadi kristian. Anak cucu Abu Jaafar bertahan menjadi Muslim. Di dalam rumah solat dan berkomunikasi dalam bahasa Arab tetapi di luar rumah mereka berbahasa Castile, menggunakan nama baptis dan menghadiri “misi suci” pada hari ahad di gereja.

Sampai bilakah Saleemah, Saad, Hassan, Mariama dan semua keturunan Abu Jaafar sanggup mempertahankan iman?
Mampukah mereka bertahan daripada kekejaman yang bersembunyi di sebalik “misi suci” itu?

– RADWA ASHOUR ; ialah profesor sastera Inggeris di Universiti Ain Shams, Mesir. Beliau juga seorang novelis, cerpenis, dan pengkritik sastera Afro-Amerika.

4. KHADIJAH BINTI KHUWALID- Cinta ABadi Kekasih Nabi.
Penulis- Dr. Muhammad Abduh Yamani

khadijBuku ini adalah terjemahan yang sah daripada buku Khadijah Drama Cinta Abadai Sang Nabi, karangan Dr. Muhammad Abduh Yamani yang diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Ilman. Ia merangkumi kisah kehidupan isteri, sahabat, kekasih serta ibu kepada putera dan puteri Baginda Rasulullah SAW.

Pengisiannya meliputi bab salasilah keturunan, perkahwinan, peribadi, kerjaya, pengorbanan, putera-puteri dan kewafatan. Di samping itu penulis turut menyelitkan bab peranan syair dalam memuliakan Khadijah dan hadis-hadis yang menyentuh tentang kehidupan Khadijah.

Bagi ramai yang masih tertanya-tanya mengapa Khadijah yang menjadi isteri pertama Nabi Muhammad dan kriteria apa yang menyebabkan pemilihan itu? Segeralah mendapatkan buku ini.

“Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku semasa orang lain mengingkariku; dia membenarkanku semasa orang lain mendustakanku; dia menyerahkan hartanya kepadaku semasa orang lain menghalangku; dan Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya semasa aku tidak dapat daripada isteri-isteriku yang lain. ..” –Rasulullah

Semoga peribadi Khadijah,wanita unggul sepanjang zaman ini menjadi contoh kepada pembentukan peribadi muslimah abad ini.

Sementara menunggu buku-buku ini datang,bolehlah menghabiskan dulu pembacaan buku-buku yang dibeli dr kedai ” cik Maya”..:)

Ok sekian saja sekilas sejenak sepetang ini. Aku perlu istirehat, merenew energy untuk study pula next paper “RENEWABLE AND ALTERNATIVE ENERGY”, 16th APRIL 2009.Hehe apa yg nak di study ye? bak kata dr Lee,” Tak yah baca nota pun tak pa, soalan dan jawapan saya xde dalam nota.”…

Kalau xde dalam note, alamatnya kena la menyelongkar semua information dari review paper…:)
Mari menuju kejayaan.

Wassalam.