The War On Democracy

Pernahkah anda menonton filem “The War On Democracy”?Jika belum, pastikan anda menontonnya memandangkan filem ini sarat dengan kupasan bagaimana sebuah negara bernama Amerika memporak perandakan sesebuah negara berdasarkan modus operandi yang didalangi oleh gerakan Freemasonry.

warSaat ini saya sudah hampir menamatkan pembacaan saya terhadap sebuah buku yang berjudul “Gerakan Freemasonry: Musuh dalam menghancurkan Islam.” yang pada saya sangat penting utk diketahui oleh segenap umat Islam, terutamanya pendokong gerakan Islam utk mengenali siapakah golongan ini dan bagaimana mereka mendalangi percaturan dunia dalam membentuk New World Order. Dan kebetulan pada hari ini juga saya telah terbaca akan satu tulisan oleh Sdr Faisal Tehrani yang mengupas tentang filem “The War On Democracy” yang menarik perhatian saya serta berselari dengan apa diceritakan tentang Freemasonry.Filem berbentuk dokumentari ini menjadikan Venezuela dan Hugo Chavez sbg kes yang dikupas dan pernah menimbulkan kekecohan di Pesta Filem Cannes 2007.

Filem ini mengisahkan Hugo Chavez seorang pemimpin Venezuela yang disenangi rakyatnya atas dasarnya yang membela rakyat miskin, kelas bawahan dan rakyat luar bandar manakala dasar luarnya pula tidak pernah memberi muka kepada AS, kuasa imperialis dunia.Kekayaan minyakVenezeula tumpah kembali kepada rakyat yang memerlukan dan ini tentunya tidak disenangi golongan atasan Venezuela serta Washington.Rancangan menjatuhkannya mula dirancang di Miami, Rumah Putih dan kelab-kelab mewah di Caracas.

Media digunakan untuk menyebarkan kebencian dan dakyah palsu mengenai Chavez.Gerakan anti-Cahvez mendapat perhatian besar.Kod warna diperkenalkan utk menunjukkan solidarity mereka, kononnya mereka bangkit utk memastikan demokrasi, kebebasan dan hak asasi Venezuela bertakhta kembali.

Pada 11 April 2002, gerakan pembangkang yang semakin kuat kerana sokongan media tertentu mengatur rally utk menunjukkan protes terhadap Chavez.Pada hari yang sama, kumpulan pro-Chavez juga berarak.Jalan yang mereka lalui tidak sama mengikut perancangannya.Namun, sesuatu telah berlaku.Terdapat ahli dari gerakan pembangkang yang tidak dikenali muncul, memandu ribuan manusia ke arah jalan yang sedang dilalui oleh perarakan pro-Chavez.Mereka bertembung.Dan tiba-tiba keadaan menjadi huru hara.Penembak hendap dari atas bumbung menembak orang awam khusus dari kumpulan pembangkang.Ramai yang terbunuh, dan tercedera.

Malam tersebut, media swasta yang memang anti-Chavez menunjukkan rakaman penyokong Chavez berdiri di atas

Hugo Chavez

Hugo Chavez

jambatan, mengeluarkan pistol dan menembak ke arah kumpulan pembangkang yang sedang berarak di bawah.Footage itu dgn jelas memaparkan kumpulan pro-Chavez sdg menembak “sesuatu”.Ia berguna utk membakar semangat rakyat bhw Chavez mmg bertanggungjawab terhadap pembunuhan dan rusuhan berdarah itu. Malah malam itu juga, pihak atasan tentera ikut muncul di kaca tv mengesahkan Presiden Chavez adalah “pembunuh” dan dictator.Mereka menuntut Chavez meletak jawatan.Tentera malah mengepung rumah Chavez.Adakah ia benar?Adakah penyokong Chavez yang menembak golongan pembangkan?Siapakah penembak di atas bumbung?Adakah mereka polis?Pihak berkuasa?

Pilger ( pengarah filem) berjaya mencungkil rahsia sebenar.Otto Nuestald, koresponden CNN di Venezuela pada tahun 2002 dalam satu temubual mengakui beliau merakam kenyataan media komandan tentera Venezuela mengutuk Chavez “sebelum” perarakan bermula.Malah dalam kenyataan media itu, komanden itu menyebut angka kematian dan kecederaan walhal rusuhan belum pun berlaku!

Dalam huru hara di istana Moraflores, Chavez kemudian diculik.Media CNN dan swasta segera melaporkan Chavez meletak jawatan.Dan seorang pemimpin baharu dilantik, seorang usahawan bernama Pedro Carmona. Propaganda media segera menghebahkan “cahaya baru telah tiba di Venezuela”.Harus diingatkan Chavez tidak pernah meletak jawatan.Malah beliau diculik selama 48 jam.Pemimpin baru Venezuela menggantung parlimen serta merta, kembali meletakkan dasar yg memihak kumpulan atasan.

Seperti yang dijangkakan, Bush yang memerintah AS ketika itu mengalu-alukan pertukaran “rejim Chavez”.Rakaman pembunuhan yang dikatakan dilakukan Chavez terhadap kump pembangkang diulang-ulang oleh media antarabangsa.CNN,FOX, CBS dan BBC semuanya memanjangkan berita yang sama.Kuasa Tuhan, Maria, isteri Chavez menelefon sebuah radio kiri di kwsn pedalaman dan menjelaskan ,”Chavez tidak menandatangani surat perletakan jawatan.Tandatangan palsu telah diturunkan.”

Kebenaran yang mengejutkan itu mendorong rakyat miskin, luar Bandar dan kelas pekerja bangkit menyelamatkan Chavez.Mereka berarak ke Caracas dan menuntut Presiden Chavez dikembalikan.Tentera berpangkat rendah yang tidak sanggup lagi menipu, menyerbu istana presiden, dan mengembalikan Chavez yang ditahan di sebuah tempat.Perancang yang merampas kuasa sebelumnya melarikan diri ke Miami.

Begitulah kisah yang telah dibongkar oleh Pilger. Bertahun-tahun AS mengerahkan seluruh jentera yang ada khususnya media utk menyediakan konspirasi jahat.Salah satu jentera di bawah CIA ialah NED ( National Endowment for Democracy) yang berfungsi menyalurkan dana bagi menjatuhkan kerajaan di negara yang tidak memihak AS. Di Venezuela, lebih AS$2 juta disalurkan kepada pembangkang utk menjatuhkan Chavez.

Selepas 45 tahun, menurut kajian Pilger, AS telah berusaha menjatuhkan lebih 50 buah kerajaan yang demokratik supaya lebih pro-Washington. Itulah yang sedang dilakukan NED di Malaysia dan Republik Iran.Adalah tidak mengejutkan Kenneth Timmerman, salah seorang pemikir NED terlanjur mengatakan di sebuah majlis di Washington beberapa hari sebelum pengundian di Iran ,” There is the talk of a “green revolution” in Tehran”.Gerakan hijau yang dimaksudkan merujuk kpd gerakan pembangkang Mir Hossein Mousavi yang kempen nya menggunakan warna hijau.

Tidakkah ada persamaan apa yang menimpa Chavez hampir 10 tahun yg lalu dgn apa yang dilalui Mohmoud hari ini?Siapakan pembunuh sebenar Neda, remaja yang mati ditembak hendap dari atas bumbung Tehran? CNN mendakwa Neda dibunuh oleh Basiji,( kump para militari yang setia kpd Ayatullah Ali Khamanie). Tetapi tidak pernah ada pembuktian.Saban hari video “pembunuhan “ itu dimuat turun dari You Tube dan dihebahkan melalui Twitter di seluruh dunia.

Apa yang tidak disedari (ttp ditunjukkan Pilger dlm filem itu) ialah ketika kudeta terhadap Chavez berlaku, imej penyokong Chavez menembak anggota pembangkang sbnrnya imej yang dimanupulasikan.Apa yang sebetulnya berlaku ialah golongan penyokong Chavez di atas jambatan mengeluarkan pistol utk mempertahankan diri mereka drp serangan penembak hendap yang sama, yang menembak kump pembangkang.Ini bermakna ada campurtangan yang misterius yang sengaja melaga-lagakan kedua-dua kump itu.

Di Malaysia, adakah NED beroperasi? Sudah tentu.maka berhati-hatilah dgn laporan media dan khabar angin menerusi internet.

Cepat dapatkan filem The War On Democracy dan tonton sendiri!

The Hospital Window

Two men, both seriously ill, occupied the same hospital room. One man was allowed to sit up in his bed for an hour each afternoon to help drain the fluid from his lungs. His bed was next to the room’s only window. The other man had to spend all his time flat on his back. The men talked for hours on end. They spoke of their wives and families, their homes, their jobs, their involvement in the military service, where they had been on vacation.

hoEvery afternoon when the man in the bed by the window could sit up, he would pass the time by describing to his roommate all the things he could see outside the window.The man in the other bed began to live for those one-hour periods where his world would be broadened and enlivened by all the activity and color of the world outside.The window overlooked a park with a lovely lake. Ducks and swans played on the water while children sailed their model boats. Young lovers walked arm in arm amidst flowers of every color and a fine view of the city skyline could be seen in the distance.

As the man by the window described all this in exquisite detail, the man on the other side of the room would close his eyes and imagine the picturesque scene.

One warm afternoon the man by the window described a parade passing by. Although the other man couldn’t hear the band – he could see it. In his mind’s eye as the gentleman by the window portrayed it with descriptive words.

Days and weeks passed.

One morning, the day nurse arrived to bring water for their baths only to find the lifeless body of the man by the window, who had died peacefully in his sleep. She was saddened and called the hospital attendants to take the body away.

As soon as it seemed appropriate, the other man asked if he could be moved next to the window. The nurse was happy to make the switch, and after making sure he was comfortable, she left him alone.

hos

Slowly, painfully, he propped himself up on one elbow to take his first look at the real world outside. He strained to slowly turn to look out the window beside the bed.

It faced a blank wall. The man asked the nurse what could have compelled his deceased roommate who had described such wonderful things outside this window.

The nurse responded that the man was blind and could not even see the wall. She said, “Perhaps he just wanted to encourage you.”

Epilogue:
There is tremendous happiness in making others happy, despite our own situations.
Shared grief is half the sorrow, but happiness when shared, is doubled.
If you want to feel rich, just count all the things you have that money can’t buy.
Today is a gift, that’s why it is called the present.

TAKZIAH

ISNIN, 22 JUNE 2009.

Hari ni kembali bekerja spt biasa..Kepenatan masih terasa.Pagi ni melihat saja kelibat saya, ramai yang bertanya kan khabar teman saya, Siti Fairuz yang baru saja ditimpa kemalangan Jumaat lalu, 19 june 2009 dalam perjalanannya ke tempat LI.

Takziah diucapkan.Sedih terasa kerana saat dia ditimpa musibah, I’m not around.Lagipun sepanjang 8 weeks LI yang dah lalu, dialah yang byak menolong saya kerana sudi menumpangkan saya bersama2 membonceng motornya pergi dan balik dari tmpat kerja.Malah ketika menerima khabar kemalangan, ada staf yang menyangka saya turut sama terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kereta dan motor tersebut.Masih tinggal 2 weeks to go.Semoga Allah mempermudahkan urusannya, sembuh secepat yg mungkin dan kembali bertenaga utk meneruskan pengajian di PPK Kimia pada sidang hadapan.InsyaALLAH saya akan menziarahinya pada malam ini jika diberikan kesempatan, membawa salam dan ucapan selamat dari teman-teman sepengajian yang lain.

Saya yakin beliau seorang yang tabah..Kepada teman-teman, mari sama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.Semoga beliau beroleh rahmah dari musibah yang menimpa.

wasalam

Mampukah Aku Seperti Mereka?

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Ketika aku marah,
Inginku intip serpihan sabar,
Daripada catatan hidup Siti Sarah.
Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.

Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
Bahagia adalah miliknya.

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah.

1_327217931l

adapted from:

http://www.iluvislam.com

MONOLOG DINIHARI

love2

MONOLOG DINIHARI :18 JUNE 2009.

Hati ku berbunga-bunga, lantaran nikmat bahagia yg diberikan Ilahi. Sungguh benarlah janji  RABBUL IZZATI.Sesudah kesusahan pasti ada kemudahan..Dan Dia telah mengurniakan aku kemudahan itu selepas Dia mengujiku.

Sungguh siapa yang bersabar, akan memperoleh nikmat kesenangan dan ketenangan di hujung ujiannya.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

“Ya ALLAH, semoga Engkau menjadikan bagiku cahaya orang-orang beriman yang memancar di dunia dan akhirat.Ameen”

EAGLE AND STORM

es

“Did you know that an eagle knows when a storm is approaching long before it breaks? The eagle will fly to some high spot and wait for the winds to come.

When the storm hits, it sets its wings so that the wind will pick it up and lift it above the storm. While the storm rages below, the eagle is soaring above it. The eagle does not escape the storm. It simply uses the storm to lift it higher. It rises on the winds that bring the storm.

When the storms of life come upon us – and all of us will experience them – we can rise above them by setting our minds and our belief toward God. The storms do not have to overcome us. We can allow God’s power to lift us above them.

God enables us to ride the winds of the storm that bring sickness, tragedy, failure and disappointment in our lives. We can soar above the storm.

Remember, it is not the burdens of life that weigh us down; it is how we handle them.”

–This inspirational words are adapted from–

http://www.pravsworld.com/new/essence_of_life.htm

MEMELIHARA HATI

Jumaat 12 june 2009.

Alhamdulillah, pada petang semalam kuliah ust Zul dapat berjalan spt biasa walaupun pada mulanya kelas tersebut terpaksa dibatalkan krn bbrapa mslh teknikal.

Sambungan kuliah semalam memetik tajuk berkenaan hati.Berikut adalah sedikit input yang dapat saya kongsikan daripada kuliah tersebut yang berdasarkan kitab “Nasihat Agama & Wasiat Iman” oleh Imam Habib Abdullah Haddad bertempat di Malaysian NPK Fertilizer Sdn.Bhd.

“…Hati itu penghulu segala anggota dan ketuanya.Tiada kebahagiaan di dunia mahupun akhirat selagi hati itu tidak dan belum disucikan dan dibersihkan daripada sifat-sifat buruk tercela,serta segera menyeri dan menghiaskannya dgn sifat-sifat baik yg terpuji.”

TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG:

1) Merasa bangga melihat dirinya maju lebih dari org lain.

2) Suka menonjolkan diri terhadap orang lain.

3) Minta dikedapankan di majlis org ramai.

4) Bergaya dan beraksi  angkuh ketika berjalan.

5) Membantah teguran org lain, meski pun bicaranya salah.

6) Tidak mengendahkan nasihat atau teguran org.

7) Suka menindas org Islam yang miskin atau lemah.

8- Kerap menganggap dirinya betul dan tidak pernah salah.

9) Suka memuji-muji diri.

10) Bermegah dgn datuk nenek yang kenamaan atau ahli keagamaan.

11) Bermegah dgn keturunan.