THE LAST SEMESTER

Hari ini masuk hari kedua saya ke pusat pengajian bagi semester 2 sidang ini.Memang sudah dijangka, masa akan pantas berlalu.Jadual kuliah dan assignment baru bagi kos design sudah diterima semalam.FYP diteruskan bagi yang sudah bermula.Maka bercaturlah kembali fikiran menyusun segala perjalanan hidup di atas planner yang baru saja dibeli.Kotak-kotak kosong itu sudah diisi, kembali mewarnai kehidupan.

Sejak dari semalam bertemu teman2 di skul, soalan2 berkisar tentang keputusan peperiksaan lepas basa basi menyinggah di telinga..Ada yang dalam jangkaan, dan ada yang jauh di luar jangkaan..entah kenapa kalau dah final year pun, rupanya isu result exam pun masih menarik perhatian..saya menganggap tiada siapa yang kisah dan pedulikannya.

Ya ALLAH, kuatkanlah kami di jalanMu yang penuh liku-liku dan onak duri.


Berbalik kepada tugas akademik semester ini, apa yang perlu dilakukan adalah menyiapkan FYP dengan jayanya, design dgn semangatnya dan Advanced control dgn coolnya.Pagi tadi berjaya juga sy mencuri masa dr.fernando utk berbincang bbrpa perkara tentang experiment fyp yang perlu disiapkan dalam tempoh 6 minggu ini.Akhir pertemuan , beliau tidak henti2 mengucapkan tahniah kepada saya.

Semoga semester terakhir ini, menjadi pemangkin kepada semua teman2 dan diri sendiri untuk membaiki diri dan terus maju ke depan.Saya tidak mahu lagi menjadi orang yang sering terpaku pada peristiwa semalam dan akhirnya terlupa kepada perancangannya di hadapan.

Sekian saja catatan dini hari.wasalam.

Kisah teladan: Uwais al-Qarni


Kepada pembaca yang budiman sekalian, sebelum ini saya pernah berkongsikan satu artikel di blog ini berkenaan kisah Uwais al Qarni yang dipetik dari laman web I luv Islam. Namun saya gagal menemukan kembali sumber asalnya. Maka dengan itu saya lebih cenderung untuk “remove” saja posting sebelum ini supaya memelihara kesahihan kisahnya

Sebagai gantinya, saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian sebuah video yang dipetik dari kuliah al Habib Ali al-Jufri (seorang ulama muda dari keturunan Rasulullah saw) . Kisah Uwais al-Qarni turut dikupas bersama di dalam kuliahnya ini. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu para pembaca budiman untuk mengenali dengan lebih lanjut lagi siapakah insan yang bernama Uwais al-Qarni

Protected: MERENTASI SUNGAI KE RFC

This content is password protected. To view it please enter your password below:

DI MANAKAH MATAMU?

Tuhan,

tuntuni aku menuju cintaMU

Istighfar hamba menuju redhaMU

Tuhan

Aku ingin berlari ke arah cahayaMU

Selamatkan aku dari musibahMU

Tuhan

Kuatkan aku di sepanjang jalanMU

Kerana matlamatku yang hanya satu

Ingin bertemu Engkau Penciptaku.

ERTI HARI INI

Terima kasih Allah

kerana menghadiahkan matahari

Terima kasih Allah

kerana menghadiahkan hari ini.

Jika dahulu aku meminta sungai

Namun Allah memberiku lautan

Jika dahulu aku meminta pokok

Namun Allah memberiku taman

Jika dahulu aku meminta seorang teman

Namun kini Allah memberiku kalian.

Kalian di mataku

adalah yang selalu melengkapkan

adalah yang selalu memudahkan

adalah yang selalu mendoakan

adalah yang selalu mengingatkan

Terima kasih sahabat

kerana selalu mengingatkan.

Mengingatkan tentang erti kehidupan,

Mengingatkan tentang erti hari ini

Maka akan ku sematkan

Akan ku kemaskan ikatan

Akan ku hiaskan

Doa kalian dalam ingatan.

Terima kasih

Atas segalanya peringatan.

KERANA 10 SEN

MANISKAN UKHUWAH DGN MENJAMU SELERA

Alhamdulillah, aku kembali segar setelah berehat akibat kepenatan dan kekenyangan yg amat hari ini.Terima kasih kpd tuan penunggu rumah, bos zarina & k rahmah yg sudi menyediakan tempat utk rancangan jalan-jalan cari makan 🙂 kpd sekumpulan anak2 muda yg berwawasan ini.

Sekali sekala apa salahnya kita meraikan dan mengikat ukhuwah dgn mengisi masa dgn aktiviti menyeronokkan hati spt memasak dan makan-makan. Jamulah shbt anda sepuas-puasnya sehingga dia menjilat jari dan termimpi-mimpi makanan indah tersebut.

Hidangan of the day

Tahniah kpd tukang-tukang masak mihun sup special bersama sambalnya yg mengancam ( sapa ntah yg tumbuk) sampai memberikan penangan yg hebat skali kpd sesapa yg merasainya (esp kat tuan rumah ). Semuanya berjalan spt yg dirancang, cuma satu menu je yg unpredictable sket hingga menyebabkan teman2ku terpinga-pinga dan tertanya-tanya, haa termasuk dgn aku2 skali terpinga-pinga !.

Kek kontroversi (Aku tidak bersalah ! 🙂 )

Segala-galanya bermula apabila aku mengajak seorang temanku utk keluar pg membeli kek sempena majlis JAMU MENJAMU ni. Sekali sekala apa salahnya memaniskan ukhuwah dgn menjamu teman-teman anda hidangan manis spt kek coklat ini ( tak yoh le tgu besday baru nak jamu kek, isk2 ). Namun menjadi ter “over ” manis pulak apabila si tuan kedai tersilap menulis ucapan yg sepatutnya di atas kek tersebut .Perkataan “Berjuang” digantinya pulak dgn perkataan “bertunang”…huhuhu..owh haru betui tuan kedai, bila masa pulak aku tempah kek bertunang, isk2? Lain disuruh, lain pulak ditulisnya..Dan bertambah haru pulak apabila aku juga tidak menyedarinya sehinggalah bungkusan kek tersebut dibuka oleh teman-teman ku yg kelihatan terpinga-pinga.Bagaimanapun ahli majlis berjaya ditenangkan setelah aku menjelaskan kesilapan teknikal tersebut.

Majlis berakhir sekitar jam 415 petang dengan semuanya tersenyum tanda berpuas hati kekenyangan.Terima kasih kepada teman-teman dan tuan rumah yang menjayakan majlis ini.

Sekian, wasalam.