SUATU HARI

CATATAN 29 JULAI 2009.(RABU)

Hari yang kelam kabut jadinya.Ekoran langkah berjaga-jaga pihak usmkkj yg telah mengeluarkan arahan supaya kampus ditutup bermula esok sehingga 5 ogos, maka berpusu-pusulah para pelajar ni dgn sepantas kilatnya meninggalkan kampus.

Fuh,bertindak pantas semua org.Dan aku? Kepala dr pg tadi mula berserabut bkn kerana memikirkan kerisauan ttg H1NI, huhu namun kepala ini berputar-putar memikirkan bbrp perancangan yg perlu ditunda, ditukar, dan diubahsuai.Err x lupa juga yang menyumbangkan kpd belitan urat kepala ni adalah ttg process design yg kena htr next week.Plan asalnya nk bncg dgn SV dan ahli kump ari ni ttp memandangkan semua org pun dah lari, maka tinggallah semata perancangan..tapi lupakan semua tu.

Pada asalnya aku mahu saja pulang esok petang slps menyelesaikan bbrapa tugasan namun plan itu juga perlu disegerakan kpd awal pagi esok memandangkan ibu baru saja menelefon dan mengkhabarkan kembalinya ibu saudara ku ke rahmatullah petang td.

Dan bermula selepas isya’ tadi segera aku menyelesaikan bbrp tugasan itu, (huhu namun tak siap2 jugak)..Blok di desa mmg  sunyi dari hiruk pikuk suara penghuninya yang kebanyakannya sudah pantas meninggalkan kampus.Maka tinggallah aku sendiri di bilik menyelesaikan kerja-kerja tertangguh dlm aman damai.Namun kerja harus dihentikan pada jam 1040 mlm memandangkan aku sudah berjanji utk menghantar bbrpa org adik junior ke hentian bas PB. Segera aku berkemas,kerana malam ini aku akan bermalam di rumah akak2 baik memandangkan kami akan bertolak terus pulang seawal yg mgkin pagi esoknya.

Adus kelam kabut jadinya.Maaf la adik2 kalo akak bw keta ntah apa2.huhu.mujur lah ada adik2 yang baek dan memahami.Hari sudah semakin lewat.Sesungguhnya hati ini risau, apatah lagi bw keta sorg diri.Selesai menghantar adik2, segera ku menuju ke rumah akak2 baik, tp sesuatu pula yg terjadi.Adus rupanya kredit ku sudah hbss, maka tersadailah aku di depan rumah akk2 baik hampir 10 minit kerana penghuninya mmg langsung x menyedari kehadiranku walaupun sudah dibunyikan hon berkali2.Hendak bersuara, aku yakin sure2 susah juga nk dgr, err takut juga mengganggu jiran-jiran.

Hendak masuk semula ke usm? oh tidak2, dah malas nk kena lalu pak guard saringan,bimbang juga merisaukan akak baik kerana aku smpt memaklumkan kehadiranku malam ini di rumahnya. Adus mahu tak mahu terpaksalah dgn berat hatinya  aku berpatah balik ke pekaka yg hampir utk membeli topup walaupun hari sudah hampir lewat malam.Selesai membeli topup, akhirnya aku berjaya menghubungi akak baik dan selamat masuk ke rumahnya.

Dan sekarang, aku mahu berehat.…kembali bermuhasabah.Esok awal-awal pagi aku akan bertolak pulang ditemani akak baik, utk menziarahi ibu saudaraku yang disayangi.(Semoga rohnya dicucuri rahmat).Sesungguhnya sudah masuk hampir dua minggu, ini adalah suatu perjalanan tarbiyah., mendidik jiwaku mengingati mati.

  • Maafkan sy pembaca2 .Posting ini hanyalah coretan sy yg tiba2 hilang mengantuk selepas berkejar ke sana ke mari di suatu malam.
  • Maafkan juga jika otak anda turut berserabut selepas membaca posting ini. ..(ayatku yg lintang pukang).

The Law of Seed

3664160379_8b06644236Take a look at an apple tree. There might be five hundred apples on the tree, but each apple has just ten seeds. That’s a lot of seeds! We might ask, “Why would you need so many seeds to grow just a few more apple trees?” Nature has something to teach us here. It’s telling us: “Not all seeds grow. In life, most seeds never grow. So if you really want to make something happen, you had better try more than once.”

This might mean: You’ll attend twenty interviews to get one scholarship. You’ll interview forty people to find one good employee. You’ll talk to fifty people to sell one book, one car, one vacuum cleaner, or a business idea. And you might meet a hundred acquaintances just to find one special friend. When we understand the “Law of the Seed”, we don’t get so disappointed. We stop feeling like victims. We learn how to deal with things that happen to us. Laws of nature are not things to take personally. We just need to understand them, and work with them.

Successful people fail more often. But they plant more seeds. When things are beyond your control, here’s something that you must NOT DO so as to avoid misery in your life:
– You must not decide how you think the world SHOULD be.
– You must not make rules for how everyone SHOULD behave.
– Then, when the world doesn’t obey your rules, you get angry!
– That’s what miserable people do!

On the other hand, let’s say you expect that:
– Friends SHOULD return favours.
– People SHOULD appreciate you.
– Planes SHOULD arrive on time.
– Everyone SHOULD be honest.
– Your husband or best friend SHOULD remember your birthday.

These expectations may sound reasonable. But often, these things won’t happen!
– So you end up frustrated and disappointed.
– There’s a better strategy.

Demand less, and instead, have preferences!
– For things that are beyond your control, tell yourself: “I WOULD PREFER “A”, BUT IF “B” HAPPENS, IT’S OK TOO!”

This is really a change in mindset. It is a shift in attitude, and it gives you more peace of mind. You prefer that people are polite… but when they are rude, it doesn’t ruin your day. You prefer sunshine… but if it rains, it is ok too!

To become happier, we either need to
a) Change the world, or
b) Change our thinking.

It is easier to change our Thinking! It is not the problem that is the issue, but rather it is your attitude attending to the problem that is the problem. It’s not what happens to you that determine your happiness. It’s how you think about what happens to you!

adapted from:

I luv Islam

Rejab: Pengertian,Peristiwa penting dan Amalan

i luv


Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Peristiwa Penting

1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra’ dan Mi’raj
Isra’dan Mi’raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi’tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi’tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya “At-Tobaqatil Qubra”, bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Amalan

Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid’ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur’an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya’ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.

dipetik daripada :

i luv islam

Selamat Tinggal LI

Hari ini, 3 July 2009 merupakan hari terakhir saya di sini, Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd setelah menamatkan latihan industri yang menjadi syarat untuk melengkapkan pengijazahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia yang bakal diterima setahun saja lagi…(“erk ayat skema pulak, mcm kt cover page dlm LI report “)

Dan 6 Julai 2009, saya akan menyambung kembali pengajian di PPK Kimia sebagai pelajar tahun akhir.. (“errlkkk, tahun akhir? Biar betui aku jadi 4th year , cepatnya masa berlalu, rasa baru ja jadi first year, baru ja p daftar kt pameran statik..isk22..”)

Barisan staf MNFSB.

Barisan staf MNFSB.

Maka dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya sepanjang latihan industri ini terutama keluarga saya ( “for supporting keperluanku, makan minum ku, tempat tinggalku, pengangkutanku,, erk dah nama duk umah sendiri” ) dan juga penghargaan anugerah khas kpd: supervisor saya, En Razak ( RND engineer ), Bapak Didik ( “ Jabatan Didik Ikan” nama timangannya, selaku imported fertilizer specialist , makasih bapak), Bapak Oyon ( imported urea specialist, makasi bapak yang selalu mengajar dan membelanja kami makan ), team lab: en Nizami, Bhiyazid, cik din, pok cik,azizi dan team production : abg firdaus,en mahadi dan en zamani seterusnya semua staff yang begitu banyak membantu hingga tidak mampu disenaraikan di sini.

Seterusnya tidak dilupakan juga kepada akak2 HRA,FINANCE dan HSE : k. farah, k Siti,k Ros, k Bibah,K Ann, k Anis,Kamila, k As, K zai, k Aini,dan K Yanti.Terima kasih atas sokongan anda.

Akhir kata terima kasih daun keladi kepada MNFSB yang sudi menerima kami. ( err makasih juga sbb siap bg cenderahati lagi kt kami)

Semoga Allah menambahkan production kilang anda dgn kapasiti berlipat ganda pada masa akan datang…

Sekian.