6 Makhluk di dunia

Pada suatu hari Imam al-Ghazali telah mengemukakan soalan kepada murid-muridnya iaitu ” Apakah yang paling dekat, jauh, besar, berat, ringan dan tajam di dunia ini.”

Pelbagai jawapan yang telah diberikan oleh murid-murid beliau terhadap persoalan yang telah dikemukakan itu
yang mana ke semuanya adalah tidak tepat. Jawapan terhadap persoalan tersebut ialah :-

Perkara yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ialah “MATI” kerana ia merupakan janji Allah, di mana setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian sebagaimana yang terkandung di dalam Firman Allah
dalam surah Ali-Imran : 185

Perkara yang paling jauh dengan diri kita di dunia ini ialah “MASA LALU” kerana setiap saat yang berlalu pasti
tidak akan kembali lagi sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud , ” Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sibuk, masa kaya sebelum miskin dan masa hidup sebelum mati.”

Perkara yang paling besar di dunia ini ialah “NAFSU” kerana nafsu yang tidak terkawal akan menjerumuskan diri ke jalan kesesatan dan kehinaan sebagaimana Firman Allah di dalam surah al-A’Raf : 179 yang bermaksud “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak memahamkan dengan hatinya, mempunyai mata tetapi tidak melihat dengan matanya dan mempunyai telinga tetapi tidak mendengarkan dengan telinganya. Orang-orang itu seperti binatang, bahkan lebih sesat itulah orang-orang yang lalai. ”

Perkara yang paling berat di dunia ini ialah “MEMEGANG AMANAH” kerana orang yang tidak dapat
menyempurnakan amanah dengan baik tergolong di dalam orang-orang munafik dan setiap manusia akan disoal berkaitan dengan amanah yang telah dipertanggungjawabk an kepadanya.

Perkara yang paling ringan di dunia ini ialah “MENINGGALKAN SOLAT” kerana mementingkan kehidupan duniawi ini manusia seringkali mengabaikan, melengah-lengahkan kewajipan terhadap Penciptanya
Yang Maha Agung.

Manakala perkara yang paling tajam di dunia ini ialah “LIDAH MANUSIA” kerana melalui lidah yang
dikurniakan oleh Allah S.W.T ini manusia seringkali menyalahgunakan kurniaan Ilahi ini untuk menyakiti hati
dan perasaan saudaranya sendiri.

Puteri-puteri hatiku

Duhai puteri-puteri solehah,
Sungguh kalian ibarat mutiara di mataku,
Mutiara yang kilauannya dari dasar lautan dalam,
Menyinari bersama tingginya nilaian dirimu.

Aku bahagia,
Dalam kelibat wajah-wajah kalian,
Puteri-puteri yang kusayangi,
Indah berseri bersama akhlak yang murni.

Duhai puteri-puteri hatiku,
Kalianlah permata Islam,
yang kini amanahku,
Untuk aku pegangi.

Sungguh terasa berat di hati,
Amanah digalasi,
Namun harus digagahi.

Kerana diri ini,
ibaratnya lumpur hitam,
Yang dikelilingi mutiara-mutiara seri,
Dan sering kubimbangi,
semoga lumpur hitam ini,
Tidak mengotori mutiara-mutiara ini.

*monolog 5 RAMADHAN 1430 H.Khas buat adik2 usrahku yang kukasihi,semoga Ramadhan ini mentarbiyah kita menjadi mujahidah sejati.Kalian lah permata hatiku, dan mata-mata rantai perjuangan ini.*
pp

This Ramadhan

imagesRamadhan Kareem is coming again,and let us give thanks to ALLAH for the rahmah of this holy month.
This is my last Ramadhan,being as the undergraduate student in USM and here are some advices for friends (including me ) who think that this DUNYA life is everything.Don’t let the super-packed time with academic activities, assignments, tests and so on as the big stone in front of our way on to reach to the highest place during this barakah month of Ramadhan.

You may make your own Ramadhan planner regarding to the daily activities.Just put the simple checklist that on your target. For example:

Got up for Fajr on time and prayed Fajr with its sunnah
Made morning dhikr
prayed all prayers on time
Made dua for parents.
Read tafsir of one verse of Quran
Gave charity
Prayed taraweeh and witr prayers
Did not argue,nor backbite with anyone.
went to sleep in a state of wudu’

And much2 more examples of the muslim student checklist during Ramadhan.Let us start from today.
Currently, I already shared a song of “Lord of Ramadhan” which is sound so nicely and filled with the spirit of celebrating Ramadhan Kareem.I had listened to this song about one year ago, but till today I’m still looking for the lyric,since nobody shares about it.This might be contributed by the difficulties of catching its words of English,Arabic,Turkish and germany.

Ok, that’s all from me, (WAHSINI,, kenapa la sy menjadi pemalas skrg,nk kena ketuk banyak, ok2 its time to study the PETROLEUM REFINERY)

May ALLAH bless us with the rahmah of Ramadhan.
WASsALAM

Best regard

TAHNIAH

Tahniah saya ucapkan kpd x-classmate sy di Taiping dulu, atas selamatnya melangsungkan pernikahannya dan majlis perkahwinannya pada 16Ogos baru ini.tak tau nk bg ucapan apa, sbb xreti nk menasihati org yg dah berumahtangga..err lain la kalo adik2 usrah yg mtk nasihat..sy benar2 rasa bersalah dan ingin memohon maaf kerana tidak dapat bersama kalian (hampir kesemua bdk2 klas 515 yg pg reunion di mjlis kawin shahril ni) terutama teman2 baik sy yang tidak jemu2 mengajak sy utk berjumpa.Namun hanya pertemuan dgn sy shj yg tidak kesampaian, smp kwan2 naik heran apa la yg sibuknya sy ni.(ps; sy bkn org yg sibuk ttp hnyalah org yg x pandai menguruskan masa)

Bukannya sy tidak rindu utk berjumpa kalian, bahkan sy lah org yg paling ingin berbuat demikian.Namun setiap kali perancangan kalian pasti akan berselisih dgn kepadatan masa sy.Baru-baru ini, ajakan utk bertemu dr teman baik sy yg baru sj tamat trainingnya di Itali juga terpaksa sy tolak dgn berat hati kerana jadual sy sdh dipenuhkan dgn agendanya sendiri.Dan peluang keemasan utk kami semuanya reunion di mjlis perkahwinan rakan sekelas juga terpaksa sy korbankan atas keutamaan di tempat yg lain.

Apapun sy masih berharap agar kita semua ( shahida, nisah,apom,aimi, haja,al ain,oyuk,hana,wanis,jkk cempaka 0405, dan rakan2 BADAR serta ramai lg ) dapat bertemu suatu hari nanti,dalam suasana bersama meraikan kejayaannya masing2.Kepada rakan sekelas sy, sdr wan shahril dan pasangannya: selamat melayari bahtera rumahtangga.Semoga kehidupan baru disinari dgn iman dan taqwa dua insan yang bernaung di bawah satu bumbung rahmat Ilahi.Dan semoga lebih bersemangat waja utk maju ke depan dalam usaha masing2nya utk merangkul ijazah kejuruteraan dr bumi Korea.

Ini saja sy coret2 drp sy yg tb2nya teringat zaman jd bdk sklh dulu.Pantas masa berlalu.

Sekian,wasalam.

A man and a Butterfly

imagesA man found a cocoon for a butterfly. One day a small opening appeared, he sat and watched the butterfly for several hours as it struggled to force its body through the little hole. Then it seemed to stop making any progress. It appeared as if it had gotten as far as it could and could go no farther. Then the man decided to help the butterfly.

He took a pair of scissors and snipped the remaining bit of the cocoon. The butterfly then emerged easily. Something was strange. The butterfly had a swollen body and shriveled wings. The man continued to watch the butterfly because he expected at any moment, the wings would enlarge and expand to be able to support the body, which would contract in time. Neither happened. In fact, the butterfly spent the rest of its life crawling around with a swollen body and deformed wings. It was never able to fly.

What the man in his kindness and haste did not understand, was that the restricting cocoon and the struggle required for the butterfly to get through the small opening of the cocoon are God`s way of forcing fluid from the body of the butterfly into its wings so that it would be ready for flight once it achieved its freedom from the cocoon. Sometimes struggles are exactly what we need in our life.

bb

If God allowed us to go through all our life without any obstacles, that would cripple us. We would not be as strong as what we could have been. Not only that, we could never fly.

KEHENINGAN MALAM

Malam ini dah masuk dua malam aku di usm selepas pulang dr rumah.Kampus masih lagi sunyi dari suara penghuni2 yang banyaknya belum balik lagi dr cuti H1N1(erk macam teruk saja bunyi).abaikan.

Sebenarnya tak tau nk tulis apa, saja tangan duk gatai, digerakkan oleh otak yang kepenatan meronta-ronta minta direhatkan sekejap setelah seharian menyiapkan process design.

Petang tadi,sambil mahu merehatkan minda, saja ku melangkah menziarahi tiga org adik2ku ni yang kedemaman + selesema.adus kesiannya adik2ku, ingatkan depa selamat blk di rumahnya, rupanya terkandas juga di kampus ekoran gejala demam ini. (alhamdulillah hanya demam biasa, negatif H1N1).Seorang sahabatku juga sudah pulang ke kampus hari ini.Maka selepas solat td, kami berlima2 sama berjemaah menjamu selera di bilik mereka, dalam sunyi suasana desa.(alhamdulillah dapat juga mengisi perut selepas seharian mengurung diri di bilik).

Dalam beberapa topik yang dibualkan, kami sama-sama bermuhasabah apabila menyentuh soal kematian kerana kematian itu berada di mana saja.tidak kira masa, tempat dan usia.baik yang muda mahupun yang tua.Terbaru seorang kanak-kanak berusia 11 tahun meninggal dunia asbab gejala demam h1n1 yang gagal dikenalpasti dari awal.

Kematian yang menjemput di usia tua pula adalah sering berlaku, dan sudah menjadi lumrah.Begitulah yang berlaku kepada bapa saudara dan ibu saudaraku.Teringatku pada ibu saudaraku, yang baru-baru ini sakit tenat, menderita akibat kesan bedah drp kanser ususnya yang dihidapi kira-kira 9 tahun lalu.apapun itu semuanya hanyalah asbab, dan juga sbg kifarah dosa manusia.

Sungguh tanda-tanda kematian yang hampir tiba sudah jelas padanya beberapa hari sebelum dia dijemput pergi.tanda-tanda fizikal mahupun setiap percakapan yang keluar darinya yang kian lemah.

Dalam lemah suaranya, dia masih mampu berkata-kata.Kata mak cik, dia melihat abang dan ibunya datang, (singgah).dan org2 yang disebutnya itu sudah lama tiada di dunia ini.Bila ditanya lagi, apakah warna pakaian mereka, mak cik berkata,bhw mereka memakai pakaian berwarna putih dan hijau.

Mak cikku kembali ke rahmatullah pada 29 julai 2009, kira-kira jam 6 40 petang, hanya selepas dua jam aku menelefon ibu bertanyakan khabarnya.Alhamdulillah dia kembali dengan mendapat kalimah toyyibah.jasadnya dikebumikan disebelah kubur anak lelakinya (abg sepupuku) yang juga sudah lama kembali ke rahmatullah kira-kira 5 tahun yang lalu, ketika masih belum menghabiskan pengajiannya di al-AZHAR university.semoga roh mereka di cucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan org2 beriman.

Huhu teringat pula kepada bapa saudaraku yang juga sudah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.Di kala usianya, dia cukup mengingatiku, kerana namaku sama dengan anaknya yang juga sudah meninggal dunia semasa kecil.Jika anaknya masih hidup, kami boleh dikatakan sebaya.Pak teh orang yang berilmu, ingatannya cukup kuat, al Quran dihafalnya, ibadah dijaganya.Jika kami menziarahinya, pasti dia tidak lokek untuk berkongsi ilmu.Sekurang-kurangnya dia akan memberi satu ayat Quran untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Tapi itu semua sudah berlalu.yang tinggal hanyalah kenangan dan pesanannya untuk dijadikan amalan.saat aku menziarahinya kali terakhir, dia sudah tidak mampu berkata-kata, apatah lagi memanggil namaku.hanya pandangan matanya menusuk kalbu.Namun dia masih mampu mengangkat tangannya, lantas diletakkan di atas bahuku saat aku membacakan yassin disisinya.itulah kali terakhir aku dekat padanya sebelum dia juga dijemput pulang menemui ILAHI.

AL FATIHAH.

Kini sedarlah wahai diri, kematian itu bakal menjemputmu pada bila-bila masa sahaja.Wahai Tuhan, sudikah KAU menerima ku nanti? Hampir aku terjelepuk lemah selepas solatku, mengenangkan dosa-dosaku.

PROMO PROGRAM


Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut Berkenaan Program