YOUR MOVE

Life is a game, play it,

Life is a challenge, meet it,

Life is an opportunity, capture it !

SALAM AIDIL ADHA

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Salam aidil adha buat teman2.

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :

“Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu” (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Allah SWT pula berfirman :

“Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh” ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma’ad, Ibn Qayyim).

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

“Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini” (Riwayat Al-Bukhari).

AMALAN-AMALAN UTAMA di BULAN ZULHIJJAH

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu..” (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

“Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f)  Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : “dan berdoalah dan berkorban”. Allah SWT juga menyebut :

“Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati” (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut  :

“Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)” ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

Di petik dari :

UST ZAHARUDDIN .net


 

coret2 tgh malam:

** mode :

Sunyi sepi, semua org dah lari balik..uhu..aku pun rasa nk cabut skrg2 jugak, tp apakan daya urusan belum selesai lg di lab.semoga esok urusan dipermudahkan, dapat jumpa technician, dapat setelkan tmphn bahan2 kimia tu, dan kemudian…balik !

Buat pertama kalinya juga aku berasa sungguh sunyi, sunyi kerana kali ini tiada panggilan yang berkali-kali drp mak spt kebiasaannya setiap kali tahu aku akan pulang. Sunyi, tiada kedengaran suara itu yang selalunya yg akan sentiasa menggesa anaknya supaya cpt pulang.Seolah-olahnya tiada siapa yg menanti aku di rumah tahun ini, uhuu…rindunya pada kelibat dua insan itu. Jadual penerbangan pulang juga dilewatkan sepuluh hari oleh tabung haji atas kesulitan tertentu.

Semoga beroleh haji mabrur utk mak dan ayah..Dan akhir skali, salam aidil adha buat teman-teman.

wasalam


ADJUST YOUR SAIL

DINASOUR mendidik Anaknya

Anak dinasour sudah meningkat dewasa. Bapanya merasakan, tibalah masanya untuk menguji keupayaan anak dinasour supaya mampu menjadi pemimpin kelak.

Beberapa siri ujian telah dirancang. Anak dinasour telah berjaya melepasi kesemua ujian tersebut dengan baik sekali. Cemerlang!

Kini, tibalah masanya untuk ujian terakhir.

“Kamu perlu menyeberangi kawasan paya yang mendidih ini”, bapa dinasour memberikan penerangan.

“Biar betul pak? Paya ini luas lagi mendidih”, anak dinasour seperti tidak percaya.

“Kamu fikirkanlah untuk lulus ujian ini”, selamba bapa dinasour membalas.

Aku nak jd PM dinasour

Resah dan gelisahlah hati anak dinasour. Andai dia gagal ujian ini, bermakna dia tidak layak untuk menjadi pemimpin. Bermacam-macam idea difikirkannya. Namun, kesemua menemui jalan buntu.

“Maaf pak, saya tidak dapat menyelesaikan ujian akhir ini. Menyeberangi paya yang mendidih ini adalah mustahil”, anak dinasour membuat keputusan.

“Tahniah nak, kamu lulus ujian akhir”, senyum bapa dinasour.

Terpinga-pinga anak dinasour tidak memahami.

“Lulus? Bukankah saya gagal menyelesaikan ujian ini?”.

“Ujian akhir ini ialah ujian membuat pertimbangan. Kamu bukan menyerah kalah kerana tidak menyelesaikan tugasan, tetapi kamu telah membuat pertimbangan yang baik dalam membuat keputusan. Menyeberangi paya yang mendidih adalah sesuatu yang tidak rasional”, terang bapa dinasour.

“Fahamlah saya. Terima kasih pak”.

“Sama-sama. Nak, sekalipun kamu gagal kesemua ujian menjadi seorang pemimpin, jangan bersedih, kerana I still love you”, bapa dinasour memandang tepat mata anaknya.

Bapa dan anak dinasour berpelukan dan mereka pulang bertemu dinasour-dinasour lain untuk mengkhabarkan berita gembira.

dipetik dari :

http://zaffankhalid .iluvislam.
com/


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Di sebalik ” The Musical Chairs”

Pernahkah anda bermain permainan ini, “ The Musical Chairs “?Kebanyakan kita pasti mengetahuinya kerana ia adalah sebahagian drp nostalgia permainan semasa zaman kanak-kanak suatu ketika dahulu. Permainan ini selalunya memerlukan lebih dari 3 orang di mana peserta di minta berjalan mengelilingi kerusi2 yang disusun semasa muzik di mainkan.Dan apabila muzik dihentikan saja, peserta akan berebut2 duduk di kerusi yang terdekat dengannya kerana peserta yang gagal mendapatkan duduk akan dikeluarkan dari game tersebut, atau ada juga yang akan dikenakan denda terlebih dahulu daripada PIC.

Itu adalah serba sedikit gambaran mengenainya supaya teman2 kembali mengingatinya. Entah mengapa permainan ini menarik perhatian pemikiran saya.  Kebiasaannya, peserta akan begitu berhati2 mengelilingi kerusi kerana muzik yang dimainkan hanya sebentar sahaja.Namun timbul persoalan, bagaimana pula dengan permainan yang muziknya itu dimainkan begitu lama sekali?Adakah peserta akan terleka dan akhirnya hilang kewaspadaannya kepada muzik yang bakal dihentikan.

Bagi kebanyakan orang, permainan ini mungkin sekadar utk menghiburkan hati dan mengisi masa2 kosong dalam sesebuah majlis atau aktiviti. Namun pada pandangan saya yang cetek ini,  saya analogikannya sebagai sebuah gambaran kehidupan.

Seringkali saya bertanya, “ Apakah yang akan terjadi kepadaku jika saat muzik kehidupan itu dihentikan, aku masih berdiri ? Berdiri mungkin hanya aku terleka kerana asyiknya berjalan mengelilingi kehidupan.Berdiri mungkin juga kerana asyiknya mendengar irama yang dimainkan hingga lupa bahawa hakikatnya irama itu akan dihentikan, lantas langsung terlupa untuk bersiap sedia apabila ianya berhenti.”

Ibaratnya, hakikat kehidupan di dunia itu adalah irama atau muzik yang dimainkan. Ramai manusia yang terleka dengannya, namun ada juga yang berhati-hati dengannya, dan menyiapkan diri kerana menyedari hakikat kehidupannya akan tamat pada bila-bila masa saja.Sesungguhnya beruntunglah orang2 yang menyiapkan diri tersebut dan merugilah mereka yang terleka dengan kehidupan itu.

Seringkali saya memikirkannya, semoga apabila tamatnya muzik kehidupan tersebut, saya akan termasuk dalam golongan yang duduk , yakni mendapat tempat duduknya, dan bukannya dalam golongan mereka yang berdiri, kerana tidak berusaha dan langsung tidak menyiapkan diri akibat terleka.

Sekian saja catatan fikiran di suatu hari.

Wasalam.

Merentasi tasik hingga ke sungai

DSC02004

Buat port di tepi tasik ni

Alhamdulillah, syukur pada ALLAH kerana merealisasikan rancangan saya membawa adik-adik usrah seramai 10 orang pergi berehlah di Taman Tasik Taiping semalam, 14 nov 2009.. ( sayangnya 2 org tak dapat ikut bersama). Saya benar-benar gembira , kerana melihatkan wajah2 ceria mereka, mendengar gelak tawa dan gurau senda mereka, hingga lupa segala kekusutan di fikiran.

Plan asal pada mulanya tidaklah seberapa, bermula dgn idea yang sekadar terlintas di fikiran  hampir sebulan yang lepas, kemudian saya terus disibukkan dgn urusan akademik dan exam, sehinggalah exam selesai pada rabu yang lepas, barulah saya dapat kembali fokus dan merancang perjalanan semalam. Terima kasih tak terhingga juga kepada 2 orang sahabat , K.zarina dan cik wana yang sudi membantu saya merancang rehlah usrah ini.( jasamu dikenang krn sudi jadi ajk makanan, teknikal, keselamatan,transport dan juga pengisian utk rehlah usrati 🙂 🙂 )

tasik

Taman Tasik Taiping

Adik2 usrahku, enjoy betui depa ye, sampai ada hilang suara.Heheh.kami tiba di sana sekitar jam 815 pagi, dan mula mencari port yang menarik utk makan.First aktiviti mestilah menjamu selera dulu, sbb semuanya muka2 yang kelaparan dek belum bersarapan lagi.Heh, orang lain sibuk beriadah, kite sibuk makan.Patut la org yang lalu lalang duk tgk semacam je kat satu port tepi tasik ni.( isk2 usrah sapa ntah).

Alhamdulillah, selesai berkelah, kami ubah ke port lain pulak, yang lebih cantik pemandangannya dan privasi utk

ttsk

Tasik yang merakam sbhg kenangan sy berhalaqah semasa sekolah dulu

beraktiviti. Subhanallah, ciptaan ALLAH yang begitu indah sekali pemandangannya menjadikan hati sesiapa yang melihatnya pasti akan tenang dan merasa tenteram sekali.

Adik2 usrahku begitu gembira beraktiviti, dan terhibur benar dengan game semalam.Saya gembira melihat ukhuwah mereka yang semakin erat, walaupun masih ada yang baru mengenali.Geli hati saya,wana dan k.zarina melihat aksi dan ragam adik2 sepanjang mereka bermain game yang kami buat.Tengok muka depa yg penat tu macam la kami ni menganjurkan pertandingan lumba lari 400 m, hehe.

Selesai aktiviti di taman tasik, kami meneruskan lagi perjalanan ke rumah salah seorang adik usrahku yang terletak di Changkat Jering apabila dia mempelawa kami menikmati buah rambutan dan durian di dusunnya.Bak kata orang, rezeki

14112009_012

Rezeki jangan ditolak

jangan ditolak.Maka bersegeralah sekumpulan usrah ni konvoi pula menuju ke sana.Bertambah gembiralah adik2 ini apabila dapat berkunjung ke rumah shbt mereka,siap dapat makan buah-buahan free lagi.Lepas makan, sempat lagi kami pergi ke anak sungai yang terletak di belakang rumahnya.Gembira wajah2 di depan saya saat itu.Saya tidak akan melupakannya.Sesi membuat resolusi usrah mengakhiri slot rehlah di dusun itu.Sekurang-kurangnya, dengan adanya resolusi menjadikan kegembiraan dan ukhuwah yang terbina dalam kembara rehlah semalam tidak berakhir di situ saja.Resolusi itulah yang akan terus mengikat ukhuwah mereka sepanjang sebulan cuti semester ini.

14112009_023

Di dusun buah-buahan tempatan

Menjelang tengahari, kami pun mengundur diri dan meneruskan perjalanan itu.Dalam perjalanan, kami sempat lagi menyinggahkan diri makan di gerai laksa yang agak famous kat situ, Laksa Buyung namanya ( eh betul ke ek namanya, kalo salah tlg betulkan).Terima kasih ye kpd orang yang sudi membelanja kami :), terharu2.

14112009_020

Mampu tengok je la sungai ni (airnya yg jernih bertukar keruh kerana hujan), len kali p lagi

Setelah kenyang, ( isk2 bapa kali kenyang da ), akhirnya kami pun meneruskan perjalanan pulang ke kampus. Dalam perjalanan pulang, saya terlihat wajah2 yang gembira dan kepenatan itu sudah pun terlelap.Terima kasih ya ALLAH kerana menghadiahkan  ” a beautiful journey “, satu perjalanan yang lebih baik perancanganNya daripada yang dirancang.Maha Suci ALLAH, alhamdulillah.

sujud

Sujud syukur padaMu atas segala cinta

Satu panggilan, satu semangat

hajiAlhamdulillah, satu semangat baru menyelinap masuk lantas sebuah kegembiraan yg hadir apabila akhirnya saya mendengar juga suara ibu yang sudah hampir dua minggu pergi menunaikan haji bersama ayah di sana.Hanya panggilan mereka yang kami nantikan, kerana mustahil untuk kami yang menghubungi lantaran bimbang akan mengganggu ibadah dan masa mereka di sana.

Baru saja tengahari tadi saya mendapat panggilan drpnya, yg bertanyakan khabar.Ibu dan ayah juga berada dalam keadaan sehat dan kini sudah berada di Mekah selepas meninggalkan Madinah.Perbualan yang ringkas dan sekejap saja, namun sudah memadai bagi saya.Ibu sempat menceritakan keadaan di sana.Katanya mereka sudah pergi melawat ke makam Rasulullah, makam Nabi Ibrahim dan banyak lagi tempat-tempat istimewa yang sudah dilawati.

“Akhirnya dapat juga berjumpa dengannya di sana,” cerita ibu sambil merujuk lawatannya ke Makam Rasululllah saw.Perlahan-lahan juga air mata mengalir, kerana merasakan bahagianya mereka, dan alangkah bahagianya juga jika saya diberikan peluang itu.

Ibu sempat bertanya jika saya mahukan apa-apa, dan saya hanya membalas, saya hanya mahukan doa.Doa untuk kesejahteraan dan kejayaan.

Jika sebelum2 ini saya cukup mencemburui teman-teman yang setiap hari boleh saja menelefon ibu bapa mereka bertanyakan khabar dan meminta doa drp ibu bapa mereka apatah lagi saat musim peperiksaan sudah memasuki fasanya, namun hari ini  Allah Yang Maha Adil dan Pengasih juga menggantikan kepada saya suatu nikmat.
Sekurang-kurangnya panggilan daripada Mekah itu telah menyuntik satu semangat baru yang segar dalam diri ini untuk berjihad melawan perasaan malas, mengantuk tatkala mata menghadap nota-nota kuliah yang harus dihadam untuk menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan.

Terima kasih ya ALLAH.Terima kasih ibu dan ayah.

doa1

Ya ALLAH, jadikanlah haji mereka haji yang mabrur, saie mereka saie yang disyukuri dan dosa mereka dosa yang diampuni, dengan rahmatMU ya ALLAH wahai yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.

doa2

Ya ALLAH kami memohon dalam perjalanan mereka kebaikan dan takwa dan segala amalan mereka Engkau redhai, mudahkanlah perjalanan mereka ini dan dekatkanlah jarak mereka yang jauh.Engkau sebaik-baik yang ditinggalkan (untuk menjaga) keluarga dan harta mereka, ya ALLAH kami berlindung dari halang rintang perjalanan dan buruknya pemandangan serta daripada keburukan masa kembali kepada harta dan keluarga, dengan rahmatMU wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.