Adab Pergaulan Antara Lelaki dan Perempuan


Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang akan kecelakaan.


Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan


• Ucapan yang makruf dan sopan
Firman Allah:

“Dan ucaplah kata-kata yang makruf.”
Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.”
Menundukkan pandangan

Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.


Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu, menurut Ibnu Syiahab az-Zuhri.


Tidak berkhalwat (berdua-duaan)

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia muhramnya.”


• Menghindari tempat syubhat

Sabda Rasulullah SAW:

“Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu…” (Riwayat Bukhari)


Adab khas untuk wanita
Iltizam dengan pakaian Islam

 

Firman Allah:

“Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka.”

Dan firmanNya lagi:
Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliyyah bertabrruj.”


Serius dalam ucapan

Tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja dalam percakapan.

Firman Alla :
“Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.”

Menjaga pergerakan

Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah:

“Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.”

15 Responses

  1. for me, as long as i have no bad intention or desire towards my frens( girls)… that is all matter for me, i will be friendly to them.. the way & the surrounding i’m brought up won’t allow me to cut off any communication with the opposite gender… we never satisfied evryone…. the most i can do is to sincere with myself & respect others…

  2. Islam telah menggariskan panduan dlm batas2 pergaulan antara lelaki dan pereppuan, semua ni telah termaktub dlm al-Quran dan mmg wajib ke atas setiap muslim utk mematuhinya, tiada alasan utk melanggar perintah dari Nya, kerana Allah Maha Mengetahui apa yg ada di sebalik perintahNya itu. Semua ini juga tujuannya adalah utk menjaga kehormatan kaum lelaki dan wanita yg bkn mahram.

    Setiap org juga mempunyai pandgn msg2 dlm bab pergaulan ni, ttp mesti lah hati2 jgn sampai tanpa kita sedari kita telah mempertikaikan perintah yg tertulis di dlm al-Quran.

    • saya sangat setuju pandangan anda sebab itulah uang dituntut dalam Islam.Peraturan yang Allah tetapkan adalah unyuk melindungi kita dari ftnah. Seorang lelaki(apatah lagi suami orang) yang ikhlas hendak menolong isteri sahabatnya dengan menghantar pulang ke rumah ,atas permintaan sahabatnya adalah terdedah kepada fitnah.jauhkanlah…belajarlah berkata “tidak” kepada sahabat tersebut.Lelaki dan perempuan bukan muhrim tidak boleh berdua2 an.Dalam 10 orang yang mendengar fitnah, 9 orang akan percaya dengan fitnah tersebut apabila ternampak walaupun sekali sahaja,lelaki tersebut menghantar isteri sahabatnya ke rumah.Isterinya pula akan hilang kepercayaan kepada suami.Kasihnya kepada suami akan berkurangan walaupun dia wanita beriman yang kasih abadi hanya untuk Allah dan sentiasa menjaga syarak.

  3. mgkn kita msh dgn cara kita, ttp igtlah utk sentiasa menghormati pendirian org lain terutama bg mereka yg menjaga adab pergaulan.

    • Salam,saya setuju dgn awk…tapi cm ne nk buat supaya mereka ni faham dgn kita. Bagi sy,lelaki dan perempuan tak boleh berkwan…
      kalau berkawan pasti akan wujud perasaan..
      itu akan mengganggu perhubungan, pada dasarnya hanya ingin sekadar kawan biasa…bukan teman tapi mesra…
      bahaya…pening2

  4. Salam, renungan yang baik pada yang kadang2 terlupa seperti saye 🙂

  5. salam…kadang2 seorang pejuang kesedaran islam pun akan terlupa hal ini kerana terlalu mengejar kemenangan ‘islam’ walhal matlamat tidak menghalalkan cara. muhasabah pada semua pejuang islam..syukran atas perkongsian2 yg baik…kunjungi jgk mujahid4869.blogspot (stil in learning) wassalam

  6. for a born heritaged muslim & penisular malaysia, i said yes.. but for those come from a mix race & multi religion family… is very impossible to limits the communication with opposite gender friends.. moreover, the surrounding in hometown is completely differents… the racial block btwn races didnt exists there… islam is for all, as long didnt break the rules, it’s still ok..

  7. salam, terima kasih.

  8. sy minta kbnrn utk copy paste

  9. i believe dat guys who respects ladies will always be respected by ladies around him..

  10. […] Sumber:kredit to Nonaro Comments RSS feed […]

  11. sy mohon share…
    “Sumber:kredit to Nonaro Comments RSS feed”

Leave a reply to muslim Cancel reply